Friday, September 20, 2024

NIQ MEMPERKENALKAN ALAT AI RINTISAN UNTUK JENAMA CPG DI PESTA INOVASI FASTCOMPANY 2024 MENYEDIAKAN CERAPAN YANG DIKUASAKAN MANUSIA DENGAN KEPANTASAN AI

Memperkenalkan model bahasa besar CPG pertama di dunia dan BASES AI, alat yang menggunakan data sebenar yang diizinkan pengguna untuk mencipta panel sintetik bagi pengujian konsep

Model bahasa baharu menawarkan 7x automasi model awam, mengenal pasti, mengatur dan mengkategorikan produk yang dilatih menggunakan 160 petabait data

BASES AI menghasilkan panel tinjauan sintetik yang menguji dan menanda aras idea dengan kos yang kecil dan tempoh masa yang singkat

CHICAGO, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ (NIQ), syarikat risikan pengguna global yang terkemuka di dunia, mengumumkan dua kejayaan dalam kecerdasan buatan yang mengesahkan lagi kedudukan syarikat tersebut sebagai peneraju pasaran. BASES AI dan model bahasa besar pertama industri CPG akan membantu pelanggan NIQ memanfaatkan kuasa AI yang bertanggungjawab untuk memacu inovasi dan mengembangkan bahagian pasaran. NIQ juga akan bercakap tentang trend AI dalam risikan dan inovasi pembelian pengguna semasa menjadi panel pada Hari Khamis, 19 September, pukul 2:20pm ET yang bertajuk “Adakah AI Tahu Perkara Sebenar yang Kita Mahukan? Cara Responden Sintetik Mengganggu Inovasi Produk.”

BASES AI ialah platform yang menggunakan data yang diizinkan pengguna tentang corak penggunaan merentasi ratusan ribu isi rumah bertujuan meniru tingkah laku pengguna. Platform ini mempunyai akses kepada data dalam masa nyata, membolehkannya mencipta panel responden sintetik yang besar bertujuan mereplikasi teknik dan metodologi penyelidikan pasaran yang dipercayai dalam tempoh masa yang singkat. Daripada beberapa hari atau minggu untuk mengumpulkan maklum balas manusia, BASES AI boleh menyediakan analisis potensi konsep dalam masa 10 minit. Syarikat CPG boleh menggunakan skor ini, serta panduan yang kaya tentang pendorong minat dan keunikan, untuk mengulangi idea sebelum peringkat kelayakan akhir dengan pengguna manusia. Kepantasan dan kualiti BASES AI bermakna jumlah idea yang lebih besar boleh dinilaikan sambil mengurangkan garis masa inovasi secara keseluruhan.

Pelancaran BASES AI kepada penguji Beta di Amerika Utara digabungkan dengan pelancaran model bahasa khusus CPG NIQ yang pertama, memperkasa keupayaan pembahagian produk lanjutan platform utama pengukuran runcit Discover NIQ. Dengan memanfaatkan pangkalan data 160 juta produk NIQ, model ini mengatasi model LLM awam sebanyak lebih 7x dalam keupayaan mengekod item dengan pantas dan tepat. Melalui akses kepada pemecut baharu, model ini akan terus berkembang dalam keupayaan dan kecanggihan, menyediakan kepada pelanggan kami Full View™ pasaran dan pengguna masing-masing melalui cerapan yang tiada tandingannya.

No comments:

Post a Comment

XSOLLA MELANTIK ZORAN VASILJEV SEBAGAI NAIB PRESIDEN GLOBAL STRATEGIC PARTNERSHIPS

  (Grafik: Xsolla) Vasiljev Membawa Pengalaman Meluas dan Kepimpinan untuk Mendorong Pengembangan Global LOS ANGELES, 26 Sept (Bernama- BUSI...