Saturday, September 28, 2024

BILLUPS MENGUMUMKAN PELANTIKAN KEPIMPINAN UTAMA UNTUK MENDORONG PENGEMBANGAN GLOBAL

Veteran dalam Industri Pengiklanan Menyertai billups sebagai Ketua Pegawai Operasi Global dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik

NEW YORK, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- billups, agensi perkhidmatan pengurusan Luar Rumah (Out-of-Home (OOH)) yang terkemuka dan bebas, hari ini mengumumkan pelantikan Claudia Valderrama sebagai Ketua Pegawai Operasi Global dan Ben Milne sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk kawasan Asia Pasifik. Kedua-duanya merupakan peranan baharu dan merupakan sebahagian daripada pengembangan syarikat yang penting yang telah merangkumi pelancaran keupayaan pengukuran OOH baharu berdasarkan teknologi berpaten, pemerolehan empat agensi OOH di seluruh dunia dalam tahun lalu, dan pertumbuhan pendapatan sebanyak 123% dalam tiga tahun lepas.

Valderrama, sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Kewangan Global di Wieden+Kennedy, membawa kepada billups kepakaran operasi yang luas dan pemahaman mendalam tentang landskap pengiklanan global yang sedang berkembang pesat. Sebagai Ketua Pegawai Operasi, beliau akan mengawasi strategi operasi di seluruh dunia termasuk perakaunan, kewangan, IT dan operasi warga kerja dengan fokus kritikal untuk memberikan nilai yang lebih tinggi kepada pelanggan billups di seluruh dunia. Valderrama akan berpusat di Portland, Oregon.

Milne, seorang veteran pengiklanan OOH sepanjang kerjaya beliau, baru-baru ini memimpin bahagian OOH global untuk dentsu. Beliau akan mengetuai operasi dan inisiatif pembangunan perniagaan di seluruh Asia Pasifik, sebuah kawasan yang telah menjadi pemacu utama pertumbuhan global billups. Milne akan berpangkalan di Singapura dan fokus untuk mengembangkan pasukan sedia ada yang kini merangkumi 17 pekerja di tiga pejabat billups. 

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...