Tuesday, November 22, 2022

WIPRO MENGUMUMKAN IBU PEJABAT MEREKA DI ASIA PASIFIK, TIMUR TENGAH DAN AFRIKA (APMEA) DI DUBAI

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu & BANGALORE, India, 22 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wipro Limited (NYSE: WIT, BSE: 507685, NSE: WIPRO), sebuah syarikat perkhidmatan teknologi dan perundingan yang terkemuka, mengumumkan pembukaan Ibu Pejabat Unit Pasaran Strategik Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (APMEA) mereka di Dubai, UAE.

Yang Amat Mulia Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Putera Mahkota Dubai dan Pengerusi Majlis Eksekutif Dubai, dan Yang Amat Mulia Sheikh Maktoum bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Timbalan Pemerintah Dubai dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan UAE, bersama pegawai penting UAE, telah melawat ibu pejabat yang baru dibuka pada hari pertama.

Yang Amat Mulia Sheikh Hamdan bin Mohammed berkata, penubuhan kemudahan baharu Wipro di Dubai menunjukkan profil emiriyah yang semakin berkembang sebagai hub global untuk syarikat teknologi maklumat yang terkemuka di dunia. Visi Timbalan Presiden dan Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum untuk pertumbuhan dipacu inovasi telah menjadikan Dubai tempat yang menarik untuk pelaburan dari pemain terkemuka dunia dalam industri yang memacu masa hadapan ekonomi global. Dubai telah mewujudkan infrastruktur dan ekosistem dinamik yang mendayakan industri teknologi maklumat bersama kerangka kerja kawal selia yang direka untuk menyokong inovasi, keusahawanan dan perkembangan perniagaan. Bandar ini juga merupakan pangkalan yang sesuai untuk mengakses beberapa bakat teknologi terbaik dunia, yang terus tertumpu di Dubai untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan yang banyak dan taraf hidup yang tinggi. Sepanjang dekad lepas, Dubai telah menyaksikan beberapa kisah kejayaan besar teknologi global yang telah menonjolkan lagi profil bandar sebagai tempat tumpuan untuk pertumbuhan dan keusahawanan dalam sektor ini.”

Terletak di tengah kawasan perniagaan One Central yang sibuk di Pusat Dagangan Dunia Dubai, ibu pejabat yang baru dibuka ini akan menerajui perkembangan dan pelaburan Wipro di seluruh UAE dan APMEA. Ia akan menangani agenda perniagaan, teknologi dan transformasi klien dalam sektor tumpuan seperti Perkhidmatan Kewangan, Peruncitan, Telekom, Tenaga dan Utiliti dan Sektor Awam. Wipro memulakan operasinya di Timur Tengah di UAE pada tahun 2001 dan hari ini telah berkembang ke beberapa negara di rantau ini. Unit pasaran strategik APMEA menjana hasil sekitar $1.5 bilion untuk Wipro dan menggaji lebih 30,000 kakitangan.

Rishad Premji, Pengerusi Eksekutif, Wipro Limited, berkata, “Kami sangat gembira untuk melancarkan ibu pejabat  APMEA di Dubai, yang membuka lembaran baharu untuk Wipro dalam pasaran teknologi yang bergerak pantas. Dubai adalah pintu masuk ke seluruh dunia, dan kerajaannya yang progresif, tenaga kerja yang berbilang budaya, dasarnya yang mesra perniagaan, menjadikannya sesuai untuk kami apabila melebarkan sayap ke seluruh rantau APMEA.”

Kerjasama ekosistem adalah salah satu tonggak teras strategi perniagaan Wipro. Ibu pejabat APMEA akan merangkumi ruang inovasi bersama, tempat rakan kongsi strategik, termasuk AWS, Microsoft, HPE, Informatica, Palo Alto Networks, SAS dan Snowflake, akan berkolaborasi dengan Wipro untuk mencipta penyelesaian bersama yang menangani keperluan sektor dan teknologi utama yang sentiasa berubah.

Menyatukan kekuatan kumpulan Wipro, Ibu Pejabat akan menempatkan pasukan khas tempatan dari Capco, perunding teknologi dan pengurusan globalnya yang tertumpu kepada perkhidmatan global, dan dari Designit, syarikat reka bentuk dan inovasi strategiknya, yang menawarkan keupayaan terbaik Wipro yang berbeza di rantau ini. Selain itu, Wipro juga telah memperkenalkan Lab45 di rantau ini yang merupakan ruang inovasi bervisi untuk membangunkan penyelesaian terbaik untuk memupuk dan mempercepatkan pembentukan idea dengan klien.

Thierry Delaporte, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, Wipro Limited, berkata, “Menubuhkan ibu pejabat kami di sini membuka potensi pertumbuhan, dan peluang untuk sinergi yang sangat tinggi,  di seluruh rantau. UAE faham nilai strategik teknologi dan keupayaan transformatif teknologi digital untuk memacu perubahan secara kekal. Wipro berkongsi visi tersebut. Kami akan memanfaatkan keupayaan global kami, kepakaran tempatan serta ekosistem rakan kongsi global kami untuk mencipta secara bersama penyelesaian untuk pelanggan kami di rantau ini.”

Anis Chenchah, Ketua Pegawai Eksekutif – APMEA, Wipro Limited, berkata, “Saya gembira kerana menjadikan Wiptro sebuah syarikat global dalam industri kami yang menggabungkan tiga benua besar – Afrika, Asia dan Oceania – di bawah kepimpinan yang disatukan, yang beribu pejabat di Dubai, bandar tempat asal saya,  Pertukaran perniagaan antara Afrika dan Asia telah meningkat dengan ketara, dan mewujudkan peluang besar untuk Wipro. Dengan lokasinya yang strategik, infrastrukturnya yang sangat moden, dan cara berfikir global, Dubai adalah tempat yang sesuai untuk memacu pertumbuhan perniagaan kami di rantau yang sangat berpotensi di dunia ini.”

Tentang Wipro Limited

Wipro Limited (NYSE: WIT, BSE: 507685, NSE: WIPRO) adalah syarikat perkhidmatan teknologi dan perunding terkemuka yang tertumpu kepada pembinaan penyelesaian inovatif yang menangani keperluan transformasi digital klien yang paling kompleks. Memanfaatkan portfolio keupayaan holistik kami dalam rundingan, reka bentuk, kejuruteraan dan operasi, kami membantu klien merealisasikan cita-cita mereka yang paling berani dan membina perniagaan lestari yang sedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Dengan lebih 250,000 pekerja dan rakan kongsi perniagaan merentasi 66 negara, kami berusaha atas janji untuk membantu pelanggan kami, rakan sekerja dan komuniti berkembang maju dalam dunia yang sentiasa berubah. Untuk maklumat lanjut, kunjungi kami di www.wipro.com.

Kenyataan Memandang Ke Hadapan

Kenyataan memandang ke hadapan yang terkandung di sini mewakili kepercayaan Wipro tentang cara masa hadapan, kebanyakannya tidak dapat diramal dan di luar kawalan Wipro. Kenyataan sedemikian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan tentang prospek pertumbuhan Wipro, hasil operasi kewangan masa hadapan, pelan, jangkaan dan hasratnya. Wipro memberi peringatan kepada pembaca bahawa kenyataan memandang ke hadapan yang terkandung di sini tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza daripada hasil yang dijangka dengan kenyataan tersebut. Risiko dan ketidakpastian sedemikian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian mengenai perolehan, hasil dan keuntungan yang berubah-ubah, keupayaan kami untuk menjana dan menguruskan pertumbuhan, melengkapkan cadangan tindakan korporat, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT, keupayaan kami untuk mengekalkan kelebihan kos kami, peningkatan upah di India, keupayaan kami untuk menarik dan mengekalkan golongan profesional mahir, limpahan kos dan masa untuk harga tetap, kontrak kerangka masa tetap, penumpuan klien, sekatan imigresen, keupayaan kami untuk menguruskan operasi antarabangsa kami, mengurangkan permintaan untuk teknologi dalam bidang tumpuan utama kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi, keupayaan kami untuk berjaya melengkapkan dan menyepadukan potensi pemerolehan, liabiliti untuk kerugian dalam kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat yang kami buat pelaburan strategik, penarikan balik insentif kerajaan fiskal, ketidakstabilan politik, perang, sekatan undang-undang ke atas pengeluaran modal atau memperoleh syarikat di luar India, penggunaan harta intelek kami tanpa kebenaran dan keadaan umum ekonomi yang memberi kesan kepada perniagaan dan industri kami.

Risiko tambahan yang boleh menjejaskan hasil operasi kami pada masa hadapan diterangkan sepenuhnya dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Laporan Tahunan dalam Borang 20-F. Pemfailan ini boleh didapati di www.sec.gov. Kami mungkin, dari semasa ke semasa, membuat kenyataan memandang ke hadapan tambahan bertulis dan lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan laporan kami kepada pemegang saham. Kami tidak akan mengemas kini sebarang kenyataan memandang ke hadapan yang mungkin dibuat dari semasa ke semasa oleh kami atau bagi pihak kami.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16535

No comments:

Post a Comment

ACARA SAMPINGAN YANG DIADAKAN DI FORUM BANDAR SEDUNIA KE-12 UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN DAN AMALAN PEMBANGUNAN BANDAR LESTARI GLOBAL

KAHERAH, 13 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Semasa Forum Bandar Sedunia ke-12, satu acara sampingan berhubung pengalaman dan amalan pembanguna...