SHAOXING, China, 7 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 3 November, Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Wilayah Zhejiang telah mengumumkan di sidang akhbar bahawa Forum Pertukaran Kisah Laluan Sutera Baharu·Keqiao 2022 dan Persidangan Kesaudagaran Tekstil Sedunia Ke5 akan diadakan di Daerah Keqiao, Bandar Shaoxing, Wilayah Zhejiang dari 15 hingga 20 November.
Industri tekstil Daerah Keqiao terkenal di seluruh dunia kerana hampir ¼ daripada fabrik tekstil ringan dunia diperdagangkan di sini setiap tahun. Jumlah eksport tekstil tahunan melebihi 100 billion yuan, yang meliputi 192 negara dan rantau.
Forum Pertukaran Kisah Laluan Sutera Baharu·Keqiao 2022 terdiri daripada forum utama dan tiga sub-forum. Hampir 100 peserta termasuk pegawai kementerian, pemimpin perniagaan, eksekutif media dan penyelidik akan berkumpul di Zhejiang, berkongsi kes dan teknik penceritaan yang berkaitan dengan inisiatif “Lingkaran dan Laluan” ini.
Persidangan Kesaudagaran Tekstil Sedunia Ke5 ini dan aktiviti yang berkaitan akan berlangsung dari 15 hingga 20 November. Aktiviti utama ialah pertemuan tema, forum meja bulat, Minggu Fesyen Keqiao, pesta tekstil musim luruh dan forum selari. Acara lain termasuk Anugerah Merit Ulang Tahun Ke30 Bandar Tekstil China, dan penerbitan Kertas Putih tentang Industri Percetakan dan Mewarna.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16483
No comments:
Post a Comment