Monday, November 7, 2022

MALAYSIA BAKAL MILIKI 2400 PERANCANG KEWANGAN BAHARU

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Majlis Graduasi MFPC sesi 2022 telah dianjurkan oleh Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Majlis Graduasi ini meraikan sejumlah 2,400 individu yang lulus kesemua modul “Registered Financial Planner” (RFP) dan “Shariah Registered Financial Planner” (Shariah RFP) sebelum mereka memilih haluan sebagai perancang kewangan atau penasihat kewangan yang berlesen. Pengisytiharan majlis graduasi disempurnakan oleh Dr. Norhana Binti Endut, Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia (BNM). 

Presiden Majlis Perancangan Kewangan Malaysia, Vincent Kwo, dalam ucapannya menzahirkan hasrat bahawa dengan pengiktirafan RFP dan Shariah RFP ini akan meningkatkan nilai serta kepercayaan pelanggan kepada semua generasi baharu perancang kewangan di Malaysia. 

Hidup di zaman kemelesetan ekonomi kini menyebabkan masyarakat terpaksa membuat rancangan kewangan yang lebih sistematik. Setiap individu memerlukan pendapatan yang stabil dan berterusan bagi menampung komitmen kehidupan semasa seperti cukai, kos perubatan, kos pendidikan anakanak, nafkah keluarga, hutang, dan keinginan peribadi seperti melancong. Maka, di sinilah kita melihat peranan Perancang Kewangan sebagai penyelamat masyarakat dari kekusutan ini. Peranan utama penasihat atau perancang kewangan bertauliah dan berlesen ialah menyediakan khidmat nasihat kewangan yang holistik kepada pengguna, termasuk aliran tunai, pengurusan hutang, perlindungan risiko (insurans dan takaful), simpanan untuk pendidikan, pelaburan masa hadapan, percukaian dan zakat, perancangan persaraan dan pengurusan aset. 

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...