Thursday, November 17, 2022

UPGRAD MENANDATANGANI RUANG SELUAS 335,000 KAKI PERSEGI UNTUK TUJUAN PENGEMBANGAN MERENTASI 4 BANDAR

 ~Untuk pengambilan seramai 1,400 ahli pasukan menjelang bulan Mac 2023~


MUMBAI, India, 21 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Antara peneraju Edtech yang terbesar di Asia, upGrad meneruskan rancangan pertumbuhan dan pengembangan bagi memberikan impak kepada pelajar di India dan di seluruh dunia, serta mempersiapkan mereka untuk sedia bekerja. Sehingga kini, 'Satu upGrad' telah memberikan impak kepada 8.2 juta pelajar dalam kemahiran insani, persediaan ujian, program berkaitan kolej, program berkaitan kelayakan, penempatan, perubahan pekerjaan dan peningkatan kerjaya.

upGrad telah menandatangani pajakan baharu dalam beberapa bulan yang lalu seluas 335,000 kaki persegi bertujuan digunakan untuk ruang pejabat, kampus luar talian, penginapan untuk pelajar, studio dan bilik latihan untuk senarai guru dan fakulti yang semakin bertambah bagi meneruskan trajektori pertumbuhannya yang tinggi. upGrad telah menawarkan untuk mengambil lebih daripada 1,400 ahli pasukan bekerja antara bulan November 2022 dan Mac 2023 di seluruh India dan pejabat global.

upGrad menutup kawasan seluas 200,000 kaki persegi di Mumbai untuk program penginapan pelajar apabila pelajar yang terlibat itu sendiri telah memainkan peranan sebagai arkitek untuk mereka bentuk kemudahan mereka, 20,000 kaki persegi di Bengaluru untuk pengembangan KnowledgeHut kepada Bootcamp dan lebih daripada 25,000 kaki persegi di Pune untuk pengembangan di Talentedge, 40,000 kaki persegi lagi di Sektor 125 di Noida untuk bahagian Pengajian Luar Negara mereka - upGrad Abroad dan 50,000 kaki persegi di Sektor 58 di Noida bertujuan menempatkan infrastruktur persediaan ujian kerajaan yang mengandungi 45+ studio bersama 150+ jurulatih yang memenuhi 27 saluran YouTube, serta menerima lebih daripada 25L tontonan setiap hari dan juga akan melatih lebih daripada 5L mereka yang beraspirasi pada tahun ini untuk memastikan kesediaan kerja kerajaan.

upGrad mempunyai pasukan di lapangan dan pejabat di seluruh dunia - di Singapura, San Francisco, Indonesia, New York, Timur Tengah, London, Vietnam, Washington dan di seluruh Australia. Daripada 1,400 ahli, majoriti akan menjadi Fakulti, Jurulatih dan Pakar diikuti dengan jualan dan pemasaran, kandungan, penyampaian & pengalaman pembelajaran. Tumpuan pekerja yang diambil ini ialah kepada bahagian pertumbuhan tinggi mereka yang termasuk: (a) Belajar di Luar Negara, (b) 10 Kampus Global, (c) Program kerja diaktifkan dan sedia yang dilancarkan oleh upGrad di India dan Amerika Syarikat dalam tempoh 90 hari yang lalu dan (d) di Universiti SkillTech ATLAS di Mumbai.

“Pengembangan dalam negeri telah menjadi keutamaan kami. Walaupun model perniagaan kami memperoleh 100%+ pencapaian dari suku tahun ke suku tahun, perkara ini penting untuk kami melaburkan semula keuntungan tersebut bagi meningkatkan impak yang kami sasarkan untuk dipacu. Kami sedang berkembang untuk menempatkan pasukan lebih besar yang kami ambil untuk bekerja. Selain itu juga, walaupun tumpuan kami ialah kepada model penyampaian dalam talian yang kuat, kami menggalakkan pelajar semasa dan bakal pelajar berjumpa kami secara bersemuka semasa mereka memutuskan program yang sesuai untuk diri mereka sendiri. Oleh itu, dengan mengadakan pertemuan secara fizikal membolehkan kami menjadi lebih rapat dengan pelajar kami dalam perjalanan Pembelajaran Sepanjang Hayat mereka," kata Mayank Kumar, Pengasas Bersama & Pengarah Urusan, upGrad.

Melalui cara ini, upGrad terus beroperasi di 30 pejabat di India merentasi 10 bandar. Di samping itu juga, pejabat global upGrad terletak merentasi San Francisco, New York, Washington, London, Singapura, Dubai, Jakarta, Vietnam, Sydney, Melbourne dan Nairobi. Kemampuan dan kebolehcapaian adalah hasil utama misi upGrad untuk menyediakan jutaan pekerjaan dan mencipta pekerjaan untuk kerjaya masa akan datang dan oleh itu, pengembangan geografi akan terus menyokong pertumbuhan yang dirancang dan pantas.

Maklumat Tentang upGrad: upGrad, bermula pada tahun 2015 merupakan perintis bagi revolusi pendidikan dalam talian, menumpukan kepada memperkasa kejayaan kerjaya untuk tenaga kerja global seramai lebih daripada 1.3 bilion. upGrad ialah satu daripada beberapa Syarikat Teknologi Pembelajaran Sepanjang Hayat Berintegrasi di dunia - merangkumi pelajar kolej sehingga profesional yang bekerja daripada kumpulan umur 18-50 tahun dan merentasi kursus Sarjana Muda, Program Berkaitan Kampus & Pekerjaan, belajar di luar negara, bentuk pendek kepada program eksekutif sehingga peringkat Ijazah, Sarjana dan Kedoktoran - dengan asas pelajar seramai 8.2 juta merentasi 100+ negara dan lebih 300 rakan kongsi Universiti dan perniagaan perusahaan yang teguh dengan asas pelanggan sebanyak 1,000 syarikat di seluruh dunia.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20221116005522/en/

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk dihubungi

Hubungan Media: upGrad | Neha Prasad | Penolong Pengurus – PR | neha.prasad@upgrad.com

Sumber: upGrad

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16534

No comments:

Post a Comment

ACARA SAMPINGAN YANG DIADAKAN DI FORUM BANDAR SEDUNIA KE-12 UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN DAN AMALAN PEMBANGUNAN BANDAR LESTARI GLOBAL

KAHERAH, 13 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Semasa Forum Bandar Sedunia ke-12, satu acara sampingan berhubung pengalaman dan amalan pembanguna...