LONDON, 2 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA) buat kali kedua bekerjasama dengan Banco Improsa, untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah USD20 juta ini daripada Spanish Agency for International Development Cooperation (AECID) - AECID (dinasihati oleh COFIDES) .
Mengulas tentang transaksi tersebut, Felix Alpizar, Pengurus Besar BANCO IMPROSA, berkata: "Banco Improsa amat berbesar hati untuk diiktiraf oleh AECID dan COFIDES untuk rekod prestasi dan programnya bagi membiayai dan menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Costa Rica. Dengan kredit ini kami akan dapat meneruskan sumbangan kami kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara tersebut."Ketua Perbankan Pelaburan EMGA, Sajeev Chakkalakal berkata, “Kami sekali lagi berbesar hati untuk memudahkan visi berterusan Banco Improsa untuk menyokong PKS di Costa Rica dan melengkapkan penyelesaian pembiayaan ini dengan AECID (dinasihati oleh COFIDES).”
José Luis Curbelo, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif COFIDES, menyatakan bahawa “kami berbesar hati untuk menyokong AECID dalam projek impak pertamanya dengan EMGA dan IMPROSA di rantau Amerika Tengah. Transaksi tersebut akan digunakan untuk membiayai perusahaan kecil dan sederhana di Costa Rica, yang akan menyumbang kepada penciptaan dan pengekalan peluang pekerjaan berkualiti dan mengurangkan ketidaksamaan. Kami berharap untuk meneruskan perkongsian strategik ini, yang mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negara membangun dengan mengukuhkan sektor swasta melalui sokongan kewangan yang teguh.”
Carlos Jiménez Aguirre, Pengurus Besar FONPRODE dan Ketua Jabatan Kerjasama Kewangan AECID menyatakan bahawa "dengan termeterai transaksi ini mencerminkan matlamat Spanish Cooperation dalam menyumbang untuk mengembangkan sokongan kewangan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Costa Rica, ini adalah kerana PMKS memainkan peranan penting dalam mewujudkan dan mengekalkan peluang pekerjaan yang baik dan mengurangkan ketidaksamaan. Hasrat kami adalah untuk memperluaskan sokongan seperti ini kepada negara-negara Amerika Tengah yang lain dalam menyediakan akses kepada pembiayaan untuk PMKS, dengan tumpuan khas untuk mengarusperdanakan strategi jantina dan perubahan iklim dalam aktiviti sektor swasta.”
Emerging Markets Global Advisory LLP, yang berpangkalan di London, membantu institusi kewangan dan korporat berasaskan pasaran baru muncul yang mencari hutang atau modal ekuiti baharu.
Banco Improsa telah diasaskan pada tahun 1995 dan merupakan sebuah bank khusus dengan kepakaran dalam menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan kewangan kepada PMKS, yang merangkumi sebahagian besar portfolionya. Ia mempunyai rekod prestasi yang luas dalam menyediakan sokongan dan khidmat nasihat kepada PMKS. Faktor kejayaan utama Banco Improsa terletak pada komitmennya terhadap standard tinggi perkhidmatan yang diperibadikan, tangkas dan fleksibel, bersama-sama dengan penyelesaian kewangan tersuai, telah membolehkannya mencapai kedudukan yang kukuh dalam segmen ini. Banco Improsa merupakan sebahagian daripada Grupo Financiero Improsa (GFI).
Fund for the Promotion of Development (FONPRODE), diuruskan oleh Spanish Agency for International Development Cooperation (AECID) dengan sokongan oleh COFIDES (Spanish Development Finance Institution). AECID ialah badan pengurusan utama Spanish Cooperation dan berorientasikan ke arah memerangi kemiskinan dan menggalakkan pembangunan lestari. COFIDES menyediakan pengurusan sokongan untuk FONPRODE dengan operasi pembiayaan yang boleh dibayar balik yang menggalakkan pembangunan sosial dan ekonomi negara rakan kongsi melalui pelaburan atau pemindahan sumber ekonomi dengan sifat yang boleh dibayar balik. FONPRODE akan membiayai hutang dan ekuiti yang tidak boleh dibayar balik dan boleh dibayar balik. Contoh pembiayaan boleh bayar balik yang ditawarkan oleh FONPRODE ialah pinjaman kepada penyedia perkhidmatan kewangan yang bertujuan untuk keterangkuman kewangan.
COFIDES, sebuah syarikat milik kerajaan yang terlibat dalam pengurusan Negara dan pihak ketiga serta dananya sendiri, mempunyai beberapa matlamat; mengantarabangsakan ekonomi Sepanyol, memajukan pembangunan ekonomi dan mengukuhkan kemampuan syarikat yang terjejas oleh COVID-19. Selain kerajaan Negara Sepanyol, para pemegang sahamnya termasuk Banco Santander, Banco Bilbao Vizcaya Argentaria (BBVA), Banco Sabadell dan Development Bank of Latin America (CAF).
Jeremy Dobson
info@emergingmarketsglobaladvisory.com
SUMBER: Emerging Markets Global Advisory
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16472
No comments:
Post a Comment