Saturday, November 26, 2022

BERUSAHA UNTUK MENCAPAI KEGEMILANGAN BERSAMA PASUKAN IMPIAN BOLA SEPAK IKONIK YILI




HOHHOT, China, 25 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Acara bola sepak yang terbesar di dunia telah bermula. Sejak awal tahun 2022, Kumpulan Yili telah mengumumkan perjanjian penajaan dengan beberapa pasukan bola sepak kebangsaan terbaik dunia, termasuk Argentina, Portugal, Sepanyol dan Jerman, serta bintang bola sepak antarabangsa seperti Cristiano Ronaldo, Neymar dan David Beckham.

Yili percaya bahawa “Kualiti yang Hebat Diperolehi daripada KEGHAIRAHAN” dan oleh itu telah lama menjadi penyokong bagi pembangunan sukan. Syarikat itu telah membina satu perkongsian selama tujuh belas tahun dengan Sukan Olimpik, menaja Liga CBA dan Piala Asia dan memilih sendiri sebuah “pasukan impian” bola sepak dunia pada tahun 2022. Semua usaha ini melambangkan dedikasi Yili terhadap kesihatan dan sukan.

“Pasukan impian” bola sepak yang dipilih sendiri oleh Yili

Pasukan bola sepak kebangsaan Argentina memang terkenal dengan serangan terus yang pantas, pasukan Portugal dengan keupayaan serangan dan pertahanan yang seimbang, pasukan Sepanyol kerana gaya hantaran pendek dan pantas “tiki-taka” mereka yang mahir, dan pasukan Jerman kerana kecekapan dan gaya permainan mereka yang teratur. Kejayaan mereka masing-masing berkait rapat dengan keghairahan dan minat mereka terhadap sukan itu.

Keghairahan inilah sebab kenapa Yili telah juga menandatangani bintang bola sepak antarabangsa, yang telah memberi impak kepada generasi akan datang. Cristiano Ronaldo ialah seorang daripada penjaring gol utama dunia, yang terkenal kerana kecekalan, disiplin diri dan set minda pertumbuhan beliau. Neymar terkenal bukan sahaja kerana kemahiran beliau yang luar biasa tetapi juga sebagai seorang ketua pasukan yang telah membawa pasukan Brazil kembali ke mercu kegemilangan. Bekas pemilik jersi No. 7 Manchester United dan sepakan lengkung beliau yang masyhur, David Beckham, telah memberi inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia.

Yili berkongsi keghairahan yang sama untuk kecemerlangan dengan mereka dan bercita-cita untuk mencapai kegemilangan, bersama dengan “pasukan impian” bola sepak ikonik ini.

Senario penggunaan baharu

Yili telah memberikan kejutan kepada peminat bola sepak. Ia telah melancarkan pakej edisi terhad “pasukan impian” itu, yang menampilkan kesemua bintang bola sepak yang ditandatangani oleh Yili. Untuk menarik lebih ramai peminat bola sepak, kempen interaktif bertemakan bola sepak juga telah dilancarkan, yang melibatkan ramalan permainan dan kotak barangan yang boleh dikumpul.

Produk tenusu Yili yang sihat, seperti yogurt AMBPOMIAL, minuman lactobacillus aktif Meiyitian dan susu organik Satine, adalah yang terbaik untuk membawa nutrien kepada peminat bola sepak sambil menonton perlawanan lewat malam.

Yili telah membangunkan produk-produk yang berinovatif dan mengembangkan senario penggunaan untuk memenuhi keperluan pelanggan. Ia menyokong acara-acara sukan global dan melindungi kesihatan pengguna di seluruh dunia dengan menyampaikan produk yang berkhasiat dan berkualiti tinggi.

Kehidupan yang lebih baik untuk semua orang

Hari ini, kesedaran orang ramai tentang kecergasan telah pun meningkat dengan pesat. Walau bagaimanapun, terdapat kemajuan yang masih boleh dicapai. Oleh itu, Yili, tetap berdedikasi untuk mencapai visi “Perkongsian Kesihatan Bersepadu Dunia”, sebagai yang utama dan pemacu kepada motivasi. Syarikat itu mengambil tindakan untuk menjaga kesihatan pengguna dengan menyokong gaya hidup yang sihat dan dengan melancarkan kempen-kempen awam untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk menyertai aktiviti berbentuk fizikal.

Yili dan jenama anak syarikat mereka telah baru-baru ini melancarkan beberapa kempen baharu yang berinovatif. Ia telah bekerjasama dengan China Youth Daily dan Xiaomei.cc untuk menggalakkan pelajar kolej untuk membuat filem pendek yang menonjolkan minat mereka terhadap bola sepak. Yili Nutrition 2030 telah membangunkan projek “Untuk Impian Bola Sepak Kanak-kanak”, yang menyediakan kursus latihan profesional, pakaian seragam, kit bola sepak dan barangan pemakanan kepada kanak-kanak.

Menjalani kehidupan dengan penuh semangat dan sepenuhnya adalah dengan sendirinya, satu prinsip panduan yang wujud. Pembentukan sebuah “pasukan impian” mencerminkan pemahaman Yili tentang bola sepak dan dedikasi kepada kesihatan manusia sejagat. Pada masa hadapan, Yili akan mengekalkan keghairahan ini dan berusaha untuk menjadi sebuah pembekal makanan yang sihat kepada dunia. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16555

No comments:

Post a Comment

ACARA SAMPINGAN YANG DIADAKAN DI FORUM BANDAR SEDUNIA KE-12 UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN DAN AMALAN PEMBANGUNAN BANDAR LESTARI GLOBAL

KAHERAH, 13 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Semasa Forum Bandar Sedunia ke-12, satu acara sampingan berhubung pengalaman dan amalan pembanguna...