Tuesday, November 8, 2022

INGREDION INCORPORATED MELAPORKAN PERTUMBUHAN KUKUH YANG BERTERUSAN DALAM SUKU KETIGA TAHUN 2022




  • Jualan bersih suku ketiga tahun 2022 sebanyak $2,023 juta, 15% lebih tinggi berdasarkan laporan dan 19% lebih tinggi tidak termasuk impak pertukaran asing berbanding tempoh sama pada tahun 2021
  • EPS* terlapor dan terlaras suku ketiga tahun 2022 masing-masing ialah $1.59 dan $1.73, berbanding EPS terlapor dan terlaras suku ketiga tahun 2021 iaitu masing-masing $1.75 dan 1.67
  • Syarikat telah mengemaskinikan gambaran tahun penuh 2022 EPS terlaras dalam lingkungan $7.00-$7.45 berbanding gambaran sebelumnya iaitu $6.90-$7.45

WESTCHESTER, Ill., 8 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), sebuah pembekal global terkemuka bagi penyelesaian ramuan kepada industri perkilangan makanan dan minuman, hari ini melaporkan hasilnya bagi suku ketiga tahun 2022. Hasil itu dilaporkan menurut prinsip perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S. bagi tahun 2022 dan 2021, termasuk item yang dikecualikan daripada ukuran kewangan bukan GAAP yang dibentangkan oleh Syarikat.

“Ingredion mencapai satu lagi suku tahun yang memberangsangkan dengan jualan bersih naik sebanyak 15%” ujar Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif Ingredion. “Hasil tersebut dipacu oleh permintaan kukuh merentasi kedua-dua bahan asas dan istimewa yang digabungkan dengan pengurusan harga dinamik di setiap rantau pada tahun tersebut yang di terajui oleh pusat penentuan harga kami yang cemerlang. Kami mengimbangi kos input yang lebih tinggi sepenuhnya, memperluaskan margin kasar dan mencapai perkembangan pendapatan operasi yang teguh.

“Bahan pengkhususan terus berkembang dengan pertumbuhan digit berganda apabila kami melaksanakan ‘Driving Growth Roadmap’ kami, dengan pencapaian margin jualan bersih dan untung kasar yang lebih tinggi merentasi kesemua empat rantau kami pada tahun lepas” tambah Zallie. “Antara sorotan pada suku tahun tersebut, kami telah melaksanakan kemudahan pengeluaran baru kami di Shandong, China, dengan kapasiti pengeluaran kanji tempatan kami meningkat lebih daripada dua kali ganda untuk menampung pasaran ini yang semakin besar dan berkembang. Perkembangan ini yang kena pada waktunya juga membolehkan kami memanfaatkan kapasiti rangkaian baharu kami untuk menyokong para pelanggan Eropah yang bimbang tentang kekurangan dalam industri yang dijangka untuk beberapa produk kanji akibat kemarau musim panas yang teruk. Tambahan lagi, dengan menyokong platform pertumbuhan pengurangan gula kami, kami telah menerima kelulusan Kesatuan Eropah untuk penyelesaian biotukar stevia Reb M kami, yang selanjutnya menyediakan kami kedudukan untuk membangunkan francais PureCircle kami.

“Sementara persekitaran makro berada dalam keadaan tidak pasti, pasukan kami terus melakukan usaha yang terbaik untuk mengimbangi peningkatan inflasi dan pertukaran asing sambil mengatasi cabaran rantaian bekalan untuk merealisasikan pertumbuhan. Sambil kami memandang ke hadapan, kami memantau permintaan pelanggan dengan rapi dan giat berusaha untuk memastikan keperluan masa kini serta masa depan mereka dipenuhi.

*Perolehan sesaham tercair terlaras (“EPS terlaras”), pendapatan operasi terlaras, kadar cukai pendapatan efektif terlaras dan purata berwajaran cair terlaras saham biasa adalah ukuran kewangan bukan-GAAP. Lihat seksyen II Maklumat Kewangan Tambahan bertajuk “Maklumat Bukan GAAP” berikutan Penyata Kewangan Disatukan Ringkas yang disertakan dalam siaran akhbar ini untuk penyelarasan ukuran kewangan bukan GAAP ini dengan ukuran kewangan GAAP yang secara langsung paling sebanding.

Table

Sorotan Kewangan
  • Pada 30 September 2022, jumlah hutang dan tunai termasuk pelaburan jangka pendek masing-masing mencapai jumlah $2.4 bilion dan $298 juta berbanding pencapaian masing-masing berjumlah $2.0 bilion dan $332 juta pada 31 Disember 2021.
  • Kos pembiayaan bersih bagi suku tahun ketiga adalah RM24 juta berbanding RM20 juta bagi tempoh tahun lalu.
  • Kadar cukai terlaras dan terlapor bagi suku ketiga masing-masing ialah 32.3 peratus dan 30.6 peratus, berbanding 22.2 peratus dan 21.5 peratus masing-masing bagi tempoh tahun lalu. Peningkatan dalam kadar cukai pendapatan berkesan terlapor khususnya didorong oleh implikasi cukai antarabangsa A.S termasuk kredit cukai asing dan pelarasan caj pelemahan dalam suku ketiga tahun 2021.
  • Perbelanjaan modal bersih penuh yang terkini ialah $196 juta, menaik sebanyak $10 juta sejak tempoh setahun yang lalu.

Table

Jualan Bersih
  • Jualan bersih suku ketiga dan sehingga tahun kini telah meningkat dari tempoh tahun lalu. Peningkatan ini didorong oleh campuran harga dan jumlah yang teguh, yang diimbangi sebahagiannya oleh laping jumlah jualan bersih Argentina yang disatukan bagi tahun sebelumnya. Tidak mengambil kira impak pertukaran asing, jualan bersih meningkat 19%, bagi suku tahun dan tahun hingga kini.
Pendapatan Operasi
  • Pendapatan operasi terlapor dan terlaras suku tahun ketiga masing-masing ialah $182 juta dan $191 juta, peningkatan masing-masing sebanyak 6% dan 17% sejak tempoh sama tahun lalu. Peningkatan dalam pendapatan operasi terlapor didorong oleh campuran harga lebihan yang sebahagiannya diimbangi oleh pelarasan lebihan tahun sebelumnya kepada Argentina yang dipegang untuk pelemahan jualan. Peningkatan dalam pendapatan operasi terlaras didorong oleh campuran harga kukuh yang lebih daripada mengimbangi kos jagung dan input yang lebih tinggi. Tidak termasuk impak pertukaran asing, pendapatan operasi terlapor dan terlaras masing-masing meningkat 12% dan 23% sejak tempoh sama tahun lalu.
  • Pendapatan operasi terlaras dan terlapor tahunan hingga kini masing-masing ialah $605 juta dan $619 juta peningkatan masing-masing sebanyak 170% dan 8% sejak tempoh sama tahun lalu. Penambahan pendapatan operasi terlapor berpunca daripada pegangan tahun sebelumnya bagi caj pelemahan jualan berhubung dengan usaha sama Argentina. Peningkatan dalam pendapatan operasi terlaras didorong oleh campuran harga kukuh yang lebih daripada mengimbangi kos jagung dan input yang lebih tinggi. Tidak termasuk impak pertukaran asing, pendapatan operasi terlapor dan terlaras masing-masing meningkat 179% dan 12% sejak tempoh sama tahun lalu.

Table 

Table

 
Dividen dan Pembelian Semula Saham
Bagi tiga suku tahun pertama 2022, Syarikat telah membayar dividen berjumlah $133 juta, dan dalam suku tahun ketiga telah mengisytiharkan dividen suku tahun sebanyak $0.71 sesaham yang perlu dibayar dalam suku tahun keempat. Ini adalah peningkatan sebanyak 9% daripada dividen sebelumnya dan adalah peningkatan tahunan bagi tahun yang kelapan secara berturut-turut. Pada suku tahun tersebut, Syarikat telah membeli semula $29 juta saham belum lunas bagi saham biasa, yang membawa jumlah bahagian pembelian semula Ingredion bagi tiga suku tahun pertama 2022 sebanyak $112 juta. Pada 26 September 2022, Syarikat telah memberi kelulusan bagi program pembelian semula saham baharu sehingga 6 juta saham sehingga Disember 2025, yang menggantikan program terdahulu. Ingredion menganggap pulangan nilai kepada pemegang saham melalui dividen tunai dan pembelian balik saham sebagai sebahagian daripada strategi peruntukan modalnya untuk menyokong jumlah pulangan pemegang saham.

Ramalan Keseluruhan Tahun 2022
Kini Syarikat menjangkakan ramalannya bagi EPS terlapor untuk keseluruhan tahun 2022 dalam lingkungan $6.90 hingga $7.20. EPS terlaras kini dijangka dalam lingkungan $7.00 hingga $7.45, berbanding EPS terlaras sebanyak $6.67 dalam tahun 2021 dan berbanding ramalan sebelumnya sebanyak $6.90 hingga $7.45. Jangkaan ini tidak termasuk pemerolehan berkaitan dengan kos integrasi dan penyusunan semula, serta mana-mana kos pelemahan nilai yang boleh berlaku.

Syarikat menjangkakan jualan bersih bagi keseluruhan tahun 2022 mencapai digit berganda pertengahan dan pendapatan operasi terlaras pada digit berganda yang rendah.

Berbanding tahun lepas, ramalan tahun penuh 2022 mengandaikan yang berikut: Pendapatan operasi Amerika Utara dijangka naik rendah hingga digit berganda pertengahan, didorong oleh campuran harga lebihan yang jauh mengimbangi kos jagung dan input lain yang lebih tinggi; pendapatan operasi Amerika Selatan kini dijangka akan naik dalam digit berganda, didorong oleh campuran harga lebihan; pendapatan operasi Asia-Pasifik kini dijangka akan naik dalam digit tunggal pertengahan, didorong oleh pertumbuhan PureCircle; dan pendapatan operasi EMEA dijangka kini mendatar hingga kenaikan rendah digit tunggal, didorong oleh campuran harga lebihan yang diimbangi sebahagiannya oleh kos input yang lebih tinggi dan impak pertukaran asing. Kos korporat dijangka berada dalam satu digit pertengahan.

Bagi keseluruhan tahun 2022, Syarikat kini menjangka kadar cukai efektif terlapor sebanyak 28.0 peratus hingga 31.5 peratus dan kadar cukai efektif terlaras sebanyak 28.5 peratus hingga 29.5 peratus.

Wang tunai daripada operasi bagi keseluruhan tahun 2022 kini dijangka dalam lingkungan $225 juta hingga $275 juta, yang menggambarkan peningkatan yang dijangka dalam baki modal kerja kami akibat kod jagung yang lebih tinggi. Perbelanjaan modal untuk tahun penuh dijangka antara $290 juta dan $320 juta.

Butir-butir Panggilan Persidangan dan Siar Web
Ingredion akan jadi tuan rumah bagi suatu panggilan persidangan pada hari Khamis, 3 November 2022, jam 8 pagi Waktu Tengah / 9 pagi Waktu Timur, diacarakan oleh Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif dan Jim Gray, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai kewangan. Panggilan akan disiarkan dalam web dalam masa nyata dan boleh diakses di https://ir.ingredionincorporated.com/events-and-presentations. Suatu pembentangan yang mengandungi maklumat kewangan dan operasi tambahan boleh diakses melalui tapak web Syarikat, dan boleh dimuat turun beberapa jam sebelum panggilan dimulakan. Main semula akan tersedia untuk masa terhad di: https://ir.ingredionincorporated.com/financial-information/quarterly-results.

Perihal Syarikat
Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), yang beribu pejabat di pinggir bandar Chicago, ialah penyedia penyelesaian ramuan global terkemuka yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 120 negara. Dengan jualan bersih tahunan 2021 sebanyak $6.9 bilion, Syarikat memproses biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan tumbuhan lain untuk menjadi penyelesaian bahan tambah nilai untuk industri makanan, minuman, pemakanan haiwan dan industri lain. Dengan pusat inovasi Idea Labs® Ingredion di seluruh dunia dan kira-kira 12,000 pekerja, Syarikat mencipta bersama dengan pelanggan dan memenuhi tujuannya untuk menyatukan potensi manusia, alam semula jadi dan teknologi untuk menjadikan kehidupan lebih baik. Layari ingredion.com untuk mendapatkan maklumat lanjut dan berita Syarikat yang terkini.

Pernyataan Prospektif

Siaran berita ini mengandungi atau mungkin mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 sebagaimana yang dipinda dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934 sebagaimana yang dipinda. Syarikat bermaksud pernyataan prospektif ini untuk dilindungi oleh peruntukan penyimpanan selamat bagi pernyataan tersebut.

Pernyataan prospektif termasuk, mana-mana pernyataan mengenai jangkaan Syarikat bagi jualan bersih keseluruhan tahun 2022, pendapatan operasi terlaras, EPS yang terlapor dan terlaras, pendapatan operasi segmen, kadar cukai efektif yang terlapor dan terlaras, aliran tunai daripada operasi, dan perbelanjaan modal dan mana-mana pernyataan lain mengenai prospek Syarikat dan operasi masa depannya, keadaan kewangan, jualan bersih, pendapatan operasi, volum, kos korporat, kadar cukai, perbelanjaan modal, aliran tunai, perbelanjaan atau item kewangan lain, termasuk pelan atau strategi dan objektif bagi mana-mana yang disebut di atas, dan apa-apa andaian, jangkaan atau kepercayaan yang mendasari apa-apa yang disebutkan di atas.

Pernyataan ini ada kalanya dikenal pasti dengan penggunaan perkataan yang memandang ke hadapan seperti “mungkin,” “akan,” “hendaklah,” “menduga,” “andaian,” “percaya,” “pelan,” “projek” “anggaran,” “jangka” “bercadang,” “meneruskan,” “proforma,” “ramal,” “pandangan,” “menggerakkan,” “peluang,” “potensi”, “sementara,” atau ungkapan lain yang serupa atau bertentangan dengannya. Semua pernyataan selain pernyataan fakta sejarah dalam siaran ini atau dirujuk dalam siaran berita ini ialah “pernyataan prospektif”.

Pernyataan ini berdasarkan keadaan atau jangkaan semasa, tetapi tertakluk pada risiko dan ketidakpastian inheren tertentu yang kebanyakannya sukar untuk diramal dan berada di luar kawalan kami. Walaupun kami yakin bahawa jangkaan kami yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan prospektif ini adalah berdasarkan anggapan yang munasabah, pelabur diingatkan bahawa kami tidak dapat memberikan jaminan bahawa jangkaan kami akan terbukti benar.

Hasil dan pembangunan sebenar mungkin berbeza secara ketara dengan jangkaan yang tersurat atau tersirat oleh pernyataan ini, berdasarkan pelbagai risiko dan ketidakpastian, termasuk kesan COVID-19 terhadap permintaan bagi produk kami dan hasil kewangan kami; perubahan dalam pilihan pengambilan berhubung dengan sirap jagung berfruktosa tinggi dan produk lain buatan kami; kesan keadaan ekonomi global dan keadaan umum politik, ekonomi, perniagaan dan pasaran yang menjejaskan pelanggan dan pengguna dari pelbagai kawasan geografi dan negara, tempat kami membeli bahan mentah kami atau membuat atau menjual produk kami, termasuk, khususnya, keadaan ekonomi, mata wang dan politik di Amerika Selatan dan situasi ekonomi dan politik di Eropah serta kesan faktor ini terhadap jumlah jualan kami, penentuan harga produk kami dan keupayaan kami untuk mengumpul bayaran yang belum diterima daripada pelanggan; pembelian produk kami pada masa depan oleh industri utama yang kami layani, yang menyumbang kepada sebahagian daripada jualan kami yang ketara, termasuk, tanpa batasan, makanan, minuman, dan pemakanan haiwan; ketidakpastian atas penerimaan produk yang dibangunkan melalui pengubahsuaian genetik dan bioteknologi; keupayaan kami untuk membangunkan atau memperoleh produk dan khidmat baharu pada kadar atau kualiti yang mencukupi untuk memperoleh penerimaan pasaran; persaingan meningkat dan/atau tekanan pelanggan dalam industri penapisan jagung dan industri yang berkaitan, termasuk mengambil kira pasaran dan harga produk utama kami dan produk bersama kami, terutamanya minyak jagung; ketersediaan bahan mentah, termasuk kanji ubi kentang, ubi kayu, gam Arab dan jenis jagung tertentu yang menjadi asas bagi beberapa produk kami, dan keupayaan kami untuk menyalurkan kepada pelanggan peningkatan kos jagung atau bahan-bahan mentah lain yang boleh berlaku; kos tenaga dan ketersediaannya, termasuk isu tenaga di Pakistan; kemampuan kami untuk mengawal kos, mencapai belanjawan dan merealisasikan sinergi yang dijangka, termasuk berkaitan dengan kemampuan kami untuk melengkapkan projek penyelenggaraan dan pelaburan yang dirancang, tepat pada masanya dan mengikut belanjawan serta berhubung dengan kos barangan angkut dan perkapalan; kesan perubahan iklim dan langkah-langkah perundangan, peraturan dan pasaran untuk menangani perubahan iklim; kemampuan kami untuk mengenalpasti dan melengkapkan pemerolehan atau perikatan strategik atas terma yang mendatangkan faedah di samping kebolehan kami untuk mengintegrasikan perniagaan yang diperoleh dengan jayanya atau mengadakan dan mengekalkan perikatan strategik dan mencapai sinergi yang dijangka berhubung dengan apa yang disebut di atas; kesukaran pengendalian di kemudahan perkilangan kami; tingkah laku pasaran modal dan kewangan, termasuk berhubung dengan turun naik mata wang asing, turun naik kadar faedah dan pertukaran dan ketidaktentuan pasaran dan risiko yang dikaitkan dengan perlindungan nilai terhadap keadaan turun naik; kesan konflik antara Rusia dan Ukraine, termasuk impak ketersediaan dan harga bahan mentah dan bekalan tenaga dan ketidaktentuan dalam kadar pertukaran dan faedah; kebolehan kami untuk menarik, membangunkan, memotivasikan dan mengekalkan perhubungan yang baik dengan tenaga kerja kami; impak bencana alam, perang, ancaman atau tindakan ganas, wabak atau pandemik yang berterusan seperti COVID-19, atau berlakunya peristiwa lain yang signifikan, di luar kawalan kami; impak caj pelemahan nilai aset jangka panjang atau muhibah; perubahan dalam dasar kerajaan, undang-undang atau peraturan dan kos kepatuhan perundangan, termasuk kepatuhan dengan peraturan persekitaran; perubahan dalam kadar cukai kami atau pendedahan kepada liabiliti cukai pendapatan tambahan; peningkatan dalam kos pinjaman hasil kadar faedah yang meningkat; kebolehan kami untuk mengumpul dana pada kadar yang munasabah dan lain-lain faktor yang menjejaskan akses kami kepada dana yang mencukupi bagi pertumbuhan dan pengembangan masa depan; pelanggaran keselamatan terhadap sistem teknologi maklumat, proses dan tapak; ketidaktentuan dalam pasaran saham dan lain-lain faktor yang boleh memudaratkan harga saham kami; risiko yang menjejaskan penerusan dasar dividen kami; dan keupayaan kami untuk mengekalkan kawalan dalaman yang efektif bagi pelaporan kewangan.

Pernyataan prospektif kami hanya memberikan gambaran mulai tarikh pengeluaran dan kami tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini mana-mana pernyataan yang memandang ke hadapan untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan selepas tarikh pernyataan berikutan maklumat baharu atau peristiwa atau perkembangan pada masa hadapan. Jika kami mengemas kini atau membetulkan satu atau lebih pernyataan ini, pelabur dan pihak lain tidak boleh buat kesimpulan bahawa kami akan membuat kemas kini atau pembetulan tambahan. Untuk keterangan lebih lanjut tentang ini dan risiko lain, lihat “Risk Factors” dan maklumat lain yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2021 dan Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q untuk tempoh suku tahunan yang berakhir pada 31 Mac 2022 dan dalam laporan kami seterusnya pada Borang 10-Q dan Borang 8-K yang difailkan dengan Surahanjaya Sekuriti dan Bursa. 


Ingredion Incorporated
Condensed Consolidated Statements of Income
(Unaudited)



PIHAK PERHUBUNGAN:
Para Pelabur: Noah Weiss, 773-896-5242
Media: Becca Hary, 708-551-2602

SUMBER : Ingredion Incorporated

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...