TIANJIN, China, 23 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
Dengan keseluruhan kawasan seluas 565.36 kilometer persegi dan jumlah penduduk kediaman seramai 1.195 juta orang, Daerah Xiqing di bandar raya pelabuhan Tianjin di utara China menikmati pengangkutan yang bersambung dengan baik, kehidupan yang selesa, sumber pendidikan yang kaya dan industri-industri utama yang tertumpu. Ia adalah sebuah bandar raya baharu yang menawan yang penuh bertenaga serta sebuah kota purba bertamadun yang mempunyai sejarah yang panjang. Sejarah Xiqing bermula pada akhir Dinasti Song Utara sehingga kepada dinasti Jin dan Yuan. Daerah itu adalah tempat bagi lukisan blok kayu Tahun Baru Cina Yangliuqing, yang paling terkenal di antara empat lukisan blok kayu utama Festival Musim Bunga China. Perkampungan Xiaonanhe di Daerah Xiqing ialah merupakan tempat kelahiran bagi Huo Yuanjia, seorang ahli seni mempertahankan diri dan patriot yang berani. Grand Canal, yang telah dibina lebih 600 tahun yang lalu untuk menghubungkan bahagian utara dan selatan negara itu, telah membawa kemakmuran kepada rantau itu untuk memudahkan perdagangan di sepanjang laluan itu. Hari ini Xiqing masih merupakan sebuah bandar raya yang bertenaga yang tidak sabar-sabar menantikan pertukaran dan kerjasama dengan seluruh dunia. Daerah itu telah menuntut banyak gelaran kebangsaan moden. Ia disenaraikan sebagai kawasan perintis nasional kerana membangunkan Internet bagi kenderaan dan menyepadukan industri pembuatan termaju dan perkhidmatan moden. Xiqing juga merupakan satu daripada 9 pangkalan industri maklumat elektronik negara itu, sebuah hab eksport alat ganti kereta yang utama, sebuah pangkalan demonstrasi perindustrian bagi pengindustrian baharu nasional, dan sebuah daerah perintis nasional bagi pembangunan hijau pertanian, di antara lain. Xiqing juga mempunyai sebuah persekitaran pelaburan yang menyuburkan. Sebuah dana telah ditubuhkan untuk menggalakkan secara khusus pemindahan dan transformasi pencapaian saintifik dan teknologi di Tianjin dan rantau peringkat daerah berjiran mereka Beijing dan Hebei, yang menyumbang kepada pembangunan firma-firma berteknologi sains. Setakat ini, Daerah Xiqing telah memperkenalkan banyak projek yang berkualiti tinggi dari Beijing, termasuk ibu pejabat JINGWEI HIRAIN R&D, ibu pejabat Xiabu Xiabu, Taman Perindustrian Qi-Anxin bagi Keselamatan Maklumat Rangkaian dan GENKI FOREST. Selain itu, zon perniagaan teknologi sains stesen kereta api selatan Tianjin, sebuah pembawa penting untuk menjalankan fungsi bukan modal Beijing di kawasan perbandaran itu, terletak di Daerah Xiqing. Dengan sumber universiti yang kaya, Daerah Xiqing menawarkan sebuah asas bakat yang kukuh dan jaminan penyelidikan saintifik bagi perusahaan di sini. Sumber: Jabatan Publisiti bagi Daerah Xiqing http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16540 |
No comments:
Post a Comment