DuraMemory™ SMART baharu DDR5 VLP ECC UDIMM direka bentuk untuk pelayan bilah 1U dan sistem kepungan bilah yang digunakan dalam aplikasi rangkaian, telekom, komput dan aplikasi storan.
Barisan lanjutan DDR5 VLP UDIMM yang direka bentuk untuk pelayan bilah 1U dan digunakan dalam aplikasi rangkaian, komput dan storan
BANDAR TAIPEI BAHARU, Taiwan, 4 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SMART Modular Technologies, Inc. (“SMART”), bahagian SGH (Nasdaq: SGH) dan peneraju global dalam penyelesaian ingatan, pemacu keadaan pepejal dan produk storan hibrid hari ini mengumumkan penambahan Modul Ingatan Baris Duaan Bukan Penimbal Kod Pembetulan Ralat Profil Sangat Rendah DDR5 16 GB dan 32 GB baharu (VLP ECC UDIMM) dalam barisan produk modul VLP ingatan bilahnya.
DuraMemory™ SMART baharu DDR5 VLP ECC UDIMM direka bentuk untuk pelayan bilah 1U dan sistem kepungan bilah yang digunakan dalam aplikasi rangkaian, telekom, komput dan storan yang dioptimumkan untuk mengurangkan ruang dan kuasa. DDR5 VLP ECC UDIMM direka bentuk untuk menepati spesifikasi ketinggian, ketumpatan, kuasa dan prestasi yang diperlukan untuk mendayakan aplikasi ingatan generasi seterusnya.
“Dengan pelancaran generasi baharu DDR5 CPU, penyediaan pemilihan modul DDR5 VLP yang meluas kepada pelanggan kami akan membantu memenuhi keperluan mereka terhadap bilah khusus yang digunakan dalam Edge, IIoT dan aplikasi yang serupa -- yang data diproses di tempat asalnya,” kata Arthur Sainio, pengarah pemasaran produk untuk DRAM di SMART.
Modul DDR5 menyediakan saluran yang ditingkatkan dan seni bina pengurusan kuasa, yang dijalankan pada voltan yang rendah, beroperasi pada kelajuan yang lebih tinggi dan boleh diskalakan kepada ketumpatan yang lebih tinggi berbanding DDR4. VLP ECC UDIMM SMART profil rendah (ketinggian 18.75 mm) membolehkan penempatan DIMM tegak dalam bilah 1U dan menjimatkan ruang papan. Keupayaan ketumpatan tinggi alat ini mendayakan hingga 348 GB dalam komput 1U dan sistem bilah storan dengan 12 soket DIMM. Modul ini menyokong operasi DDR5-4800 pada masa ini, manakala sokongan untuk DDR5-5600 sedang dalam proses pembangunan.
Selain itu, SMART menawarkan VLP ECC UDIMM gred suhu perindustrian (-40° hingga +85°C) untuk pelayan 1U yang digunakan dalam Edge dan aplikasi lain yang betul-betul boleh beroperasi dalam keadaan ekstrem. SMART juga menyediakan ciri yang dipertingkatkan, seperti perintang antisulfur, isian bawah, penyaduran menyebentuk dan klip penahanan untuk memastikan operasi yang kukuh di bawah semua jenis keadaan kendalian.
VLP ECC UDIMM DDR5 16 GB dan 32 GB SMART kini tersedia. Untuk mendapatkan spesifikasi teknikal dan maklumat tentang cara memesan, sila lawati Halaman produk VLP UDIMM di smartm.com.
*“S” yang bergaya dan “SMART” serta “SMART Modular Technologies” dan “DuraMemory” merupakan tanda dagangan dan tanda dagangan berdaftar SMART Modular Technologies, Inc. Semua tanda dagangan dan tanda dagangan berdaftar lain merupakan hak milik pemilik masing masing.
Tentang SMART Modular Technologies
Selama lebih daripada 30 tahun, SMART Modular Technologies telah membantu pelanggan di seluruh dunia mendayakan pengkomputan berprestasi tinggi melalui reka bentuk, pembangunan dan pembungkusan penyelesaian ingatan istimewa yang maju. Portfolio kami yang teguh merangkumi teknologi pinggir depan masa kini hinggalah DRAM standard dan legasi serta produk storan Flash. Kami menyediakan ingatan standard, tahan lasak dan tersuai serta penyelesaian storan yang memenuhi keperluan pelbagai aplikasi dalam pasaran yang berkembang pesat.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/52958418/en
Maklumat Perhubungan
Maklumat Perhubungan Pemasaran Produk
Arthur Sainio
Pengarah, Pemasaran Produk DRAM
SMART Modular Technologies
39870 Eureka Dr., Newark, CA 94583
+1 (510) 364-3647
arthur.sainio@smartm.com
Maklumat Perhubungan Media
APAC
Morris Yang
Pengurus Pemasaran
+886 (2) 7705 2770
apac@smartm.com
Sumber: SMART Modular Technologies, Inc.
No comments:
Post a Comment