AsiaNet 98718
SHENZHEN, China, 10 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
Dengan pembaharuan yang semakin mendalam dan sebuah persekitaran perniagaan yang bertambah baik, Qianhai sekali lagi telah menarik perhatian perniagaan dan pelabur global. Pada Persidangan Penggalakan Pelaburan Global Qianhai 2022 yang diadakan pada sebelah tengah hari 8 November, beberapa buah syarikat Fortune 500, perniagaan Hong Kong, perusahaan milik kerajaan dan saham pandu perindustrian yang lain telah menandatangani perjanjian untuk menubuhkan pejabat di Qianhai. Jumlah pelaburan telah melebihi 120 bilion yuan pada tahun ini, menurut Pihak Berkuasa Qianhai. Ini telah menunjukkan sepenuhnya tema persidangan itu “Melabur di Qianhai, Membina sebuah Masa Depan Yang Menguntungkan”, bersama-sama dengan ekonomi yang bertenaga, daya tarikan dasar dan daya penggerak inovasi di Qianhai.
Selepas inovasi institusi yang berterusan, persekitaran perniagaan di Qianhai telah diperakui oleh entiti perniagaan di seluruh dunia. “Qianhai bukan sahaja memiliki satu kumpulan bakat yang unggul, tetapi juga menyediakan kepada syarikat-syarikat dengan sokongan yang menyeluruh,” kata Zhang Yangqing, Pengurus Besar bagi Merchants Union Consumer Finance Co., Ltd. “Tidak ada tempat yang lebih baik daripada Qianhai berkaitan dengan kerjasama Shenzhen-Hong Kong,” kata Dr. Sunny Siu, seorang usahawan Hong Kong dan pengasas bagi Jaguar Micro.
Alvin Zhong, Pengarah Urusan bagi Colliers Shenzhen, mengulas dalam satu temu bual, “Qianhai mempunyai satu daripada persekitaran perniagaan yang terbaik di seluruh dunia. Dasar, perkhidmatan, pasaran dan prospek Qianhai adalah bermakna kepada rancangan perniagaan masa depan syarikat-syarikat.”
Menurut Indeks Inovasi Institusi bagi Zon Perdagangan Bebas Perintis China yang dikeluarkan oleh Universiti Sun Yat-sen, Qianhai menduduki tempat pertama di negara itu dari segi inovasi sistem. Tambahan pula, satu penilaian pihak ketiga oleh Deloitte juga menunjukkan bahawa Qianhai adalah sebuah peneraju dunia di dalam parameter seperti memulakan perniagaan dan akses kepada elektrik.
Sebagai sebuah perintis pembaharuan, Qianhai tidak pernah berhenti di dalam membuat kemajuan. Pada persidangan itu, Program Penyedia Perkhidmatan Global Qianhai (QGSP) telah dilancarkan untuk menarik dan memupuk 20 perniagaan teratas negara atau 50 perniagaan utama global di dalam lapan bidang, termasuk kewangan moden, perniagaan & perdagangan, logistik, perkhidmatan maklumat, dll. Matlamat bagi program itu adalah untuk membina sebuah kluster bagi penyedia perkhidmatan global dengan 500 ibu pejabat syarikat-syarikat utama dunia sebagai tunggak dan peneraju industri PKS di dalam bidang-bidang khusus sebagai badan utama itu.
Qianhai berikrar untuk menjadikan perniagaan ini sebagai satu ruang industri seluas lebih 200,000 kilometer persegi pada setiap tahun. Matlamat mereka adalah untuk memperkenalkan atau memupuk lebih 300 penyedia perkhidmatan moden dari seluruh dunia dan mencapai nilai tambah lebih 100 bilion yuan di dalam sektor perkhidmatan moden menjelang tahun 2025. Qianhai akan berusaha sedaya upaya untuk membina sebuah enjin teras bagi industri perkhidmatan moden itu di Kawasan Greater Bay dan menjadi sebuah pusat perkhidmatan pengeluar penting di rantau Asia Pasifik.
Pada persidangan itu, Qianhai menyampaikan jemputan mereka kepada penyedia perkhidmatan global di dalam lapan bidang.
Syarikat-syarikat di Qianhai telah pun merasai keghairahan zon itu di dalam menggalakkan pelaburan. “Pada tahun ini, kami secara rasmi memindahkan pejabat kami kembali ke Qianhai,” kata Zhou Xiangdong, Ketua Pegawai Kewangan dan Pengarah Lembaga bagi Shenzhen Hive Box Technology Co., Ltd. “Di atas dasar apa yang disediakan oleh Shenzhen, Qianhai menawarkan lebih banyak sokongan untuk perniagaan.”
Wang Peiying, pengasas bagi DVF Private Equity Fund Management Co. Ltd., menyatakan, “Melihat bahawa beberapa syarikat kewangan antarabangsa sedang berkembang maju di Qianhai, DVF juga berhasrat untuk menetap di sini secepat mungkin.”
Menurut perancangan mereka, Qianhai akan juga mewujudkan satu siri kluster, yang menampilkan pelaburan modal teroka, perdagangan gas asli, e-dagang rentas sempadan dan perkhidmatan cukai.
“Qianhai kini terbuka luas, dilengkapi dengan sebuah platform global yang memudahkan pertukaran pandangan dan maklumat. Ia akan menjadi sebuah hab bagi industri perkhidmatan khusus di masa hadapan,” kata Alvin Zhong. “Qianhai sudah pasti menjadi sebuah destinasi yang diingini untuk menjalankan perniagaan.”
Sumber: Pihak Berkuasa Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong

No comments:
Post a Comment