BUCHAREST, Romania, 23 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- CryptoDATA Tech, perintis teknologi gunaan blockchain dan pembangun penyelesaian keselamatan siber perkakasan dan perisian, dengan sukacitanya mengumumkan pemerolehan saham majoriti dalam RNF Racing Ltd. Pelaburan strategik ini menandakan satu peristiwa penting dan permulaan era baharu bagi RNF MotoGP Team yang berusia lima belas bulan dan syarikat pemegangan Romania.
Berikutan pengumuman syarikat keselamatan siber sebelum ini sebagai Rakan Premium Rasmi untuk tiga perlumbaan terakhir musim ini, CryptoDATA's menjadi rakan kongsi yang berkongsi minat, nilai dan mengiktiraf potensi nilai pasukan MotoGP dalam jangka panjang.Dengan CryptoDATA sebagai pemegang saham majoriti, visi dan strateginya adalah untuk melangkaui perlumbaan dan mengembangkan perniagaan dan perkhidmatan dalam sukan bermotor terutamanya dalam MotoGP dan mengambil peranan dalam aspek perniagaan dan penjenamaan pasukan. RNF MotoGP Team akan terus mengambil bahagian sebagai Pasukan Bebas dalam kelas utama Kejohanan Dunia FIM MotoGP dengan Ketua Pasukan Razlan Razali kekal di pucuk pimpinan memberikan tumpuan kepada aspek sukan dan teknikal pasukan.
Bersempena dengan perlumbaan terakhir musim ini dan untuk menandakan permulaan peristiwa penting bersejarah ini, RNF MotoGP Team dan CryptoDATA akan memperkenalkan reka bentuk pakaian seragam khas pada hari perlumbaan di Grand Prix Valencia.
No comments:
Post a Comment