TOKYO, 8 Nov., 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
Isetan Mitsukoshi Holdings Ltd. (kemudian daripada ini "Isetan Mitsukoshi HDS") Tokyo dengan sukacitanya ingin mengumumkan pembukaan sebuah pasar raya baharu, "MITSUKOSHI FRESH," dan sebuah kedai kecantikan baharu, "MITSUKOSHI Beauty," pada Jumaat, 18 November, 2022, di "MITSUKOSHI BGC" di kawasan Bonifacio Global City (BGC) di ibu negara Filipina, Manila. Kedua-dua MITSUKOSHI FRESH dan MITSUKOSHI Beauty dikendalikan oleh Mitsukoshi Federal Retail Incorporated, sebuah usaha sama di antara Isetan Mitsukoshi HDS dan Federal Retail Holdings Incorporated dari Makati, Filipina, sebuah anak syarikat milik Federal Land Incorporated. Logo MITSUKOSHI FRESH: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102762/202210258672/_prw_PI3fl_Qbh752v1.png Imej MITSUKOSHI FRESH: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102762/202210258672/_prw_PI1fl_f2a9K49T.jpg Logo MITSUKOSHI Beauty: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102762/202210258672/_prw_PI4fl_Gw9ucGA5.png Imej MITSUKOSHI Beauty: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102762/202210258672/_prw_PI2fl_7BL01PHi.jpg Berdasarkan kepada konsep "A Feast of Your Senses," MITSUKOSHI FRESH ialah sebuah pasar raya premium yang menawarkan makanan segar dan makanan import dari Jepun, yang berhasrat untuk menjadi sebuah pasar raya yang boleh dinikmati oleh kelima-lima pancaindera. MITSUKOSHI Beauty akan terutamanya menyediakan kosmetik semula jadi dan organik di bawah konsep "Be Essential, Be You," dengan menawarkan sebuah gaya hidup kesejahteraan. Nama kedai: MITSUKOSHI FRESH Lokasi kedai: tingkat bawah tanah 1, MITSUKOSHI BGC Waktu perniagaan: 10:00 pagi - 10:00 malam Keluasan kedai: Kira-kira 1,500 m2 Nama kedai: MITSUKOSHI Beauty Lokasi kedai: Tingkat bawah, MITSUKOSHI BGC Waktu perniagaan: 10:00 pagi - 10:00 malam Keluasan kedai: Kira-kira 500 m2 1. MITSUKOSHI FRESH Di bawah konsep "A Feast of Your Senses," kedai itu berhasrat untuk menjadi sebuah pasar raya yang bukan sahaja menjual barangan tetapi juga boleh dinikmati oleh kelima-lima pancaindera. Kedai itu akan bertindak balas terhadap keperluan harian pelanggan dengan cadangan yang berkualiti tinggi, terutamanya di dalam bahagian membuat roti, buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan ikan, dengan mengambil inisiatif baharu yang unik kepada konsep Kumpulan Isetan Mitsukoshi. Ciri-ciri unik bagi MITSUKOSHI FRESH: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202210258672-O4-04aI8w7Y.pdf 2. MITSUKOSHI Beauty Dengan konsep "Be Essential, Be You," MITSUKOSHI Beauty menyasarkan untuk menawarkan sebuah gaya hidup kesejahteraan dengan memberi tumpuan kepada kosmetik semula jadi dan organik yang menonjolkan kecantikan yang penting bagi kulit dan rambut. Kedai itu akan menawarkan satu barisan produk yang "hanya tersedia di Isetan Mitsukoshi" dengan menggunakan pilihan kosmetik dan menawarkan keupayaan yang dihasilkan di lantai kosmetik semula jadi dan organik di Kedai Utama Isetan Shinjuku di Jepun. Ciri-ciri unik bagi MITSUKOSHI Beauty: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202210258672-O3-v713CKrF.pdf 3. Hospitaliti ISETAN MITSUKOSHI: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202210258672-O2-xA5aU4s9.pdf 4. Strategi Perniagaan Luar Negara Kumpulan Isetan Mitsukoshi: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202210258672-O1-0M9tmky1.pdf Sumber: Isetan Mitsukoshi Holdings Ltd. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16490 |
No comments:
Post a Comment