Pengambilalihan Innovix mempercepatkan pertumbuhan Tech Data sebagai sebuah agregator penyelesaian hujung ke hujung terkemuka di Asia Pasifik
SINGAPURA, 1 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tech Data hari ini mengumumkan bahawa ia telah melengkapkan pemerolehan mereka ke atas Innovix Distribution, sebuah pengedar teknologi terkemuka di Asia. Pengambilalihan ini memperluaskan kehadiran Tech Data merentasi rantau Asia Pasifik dan mengukuhkan keupayaan penyelesaian hujung ke hujung mereka.
Innovix kini dimiliki sepenuhnya oleh Tech Data dan akan mempercepatkan pertumbuhan Tech Data di dalam teknologi generasi akan datang, termasuk di dalam awan dan keselamatan, serta penawaran titik hujung merentasi rantau itu. Di samping itu, pemerolehan itu akan mengembangkan perniagaan Tech Data di kawasan geografi utama, termasuk Hong Kong, Malaysia dan Singapura.
“Dengan pemerolehan Innovix kini selesai, kami sangat gembira untuk mengalu-alukan lebih 500 rakan pekerja baharu ke Tech Data ketika kami menggabungkan kepakaran kami dan berkongsi portfolio hujung ke hujung kami yang diperkukuhkan di rantau Asia Pasifik,” kata Jaideep Malhotra, presiden, Asia Pasifik, Tech Data. “Melalui penambahan Innovix, kami akan menyampaikan nilai yang lebih tinggi kepada rakan saluran kami, terutama dari segi penawaran awan, keselamatan dan titik hujung kami, mempercepatkan pertumbuhan kami sebagai sebuah agregator penyelesaian terkemuka di Asia Pasifik. Kami berdedikasi untuk mengembangkan jejak kami di peringkat global, dan pelaburan Asia Pasifik ini mencerminkan komitmen kami untuk mengubah Tech Data menjadi sebuah syarikat yang mendefinisikan satu standard baharu bagi kecemerlangan operasi dan kebudayaan di dalam industri kami.”
Maklumat mengenai Tech Data
Tech Data menghubungkan dunia dengan kuasa teknologi. Portfolio hujung ke hujung kami bagi produk, perkhidmatan dan penyelesaian, kemahiran dan kepakaran yang sangat khusus dalam teknologi generasi akan datang membolehkan rakan-rakan saluran untuk membawa dan memasarkan produk dan penyelesaian yang diperlukan oleh dunia untuk berhubung, berkembang dan meningkat maju. Tech Data berada pada kedudukan No. 90 pada Fortune 500® dan telah dinamakan sebagai satu daripada Syarikat yang Paling Dikagumi Dunia oleh Fortune untuk 11 tahun berturut-turut. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.techdata.com atau ikuti kami di Twitter, LinkedIn, Facebook dan Instagram.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200930005871/en/
Hubungi
Hubungan Media:
Kelly Weber
Komunikasi Asia Pasifik Tech Data
+65 8313 3989
kelly.weber@techdata.com
Bobby Eagle
Komunikasi Korporat Tech Data
+1 (727) 538.5864
bobby.eagle@techdata.com
Sumber : Tech Data