Pelantikan akan Berkuatkuasa Januari 2022
Membawa Lebih 30 Tahun Pengalaman dalam Mengubah Perniagaan Industri
NEW YORK, 1 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Standard Industries Holdings (“Standard”), sebuah syarikat perindustrian global milik persendirian, hari ini mengumumkan, sebagai jangkaan bagi penutupan bagi pemerolehan mereka ke atas W. R. Grace (“Grace”), bahawa Bhavesh V. (Bob) Patel akan menyertai syarikat itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Grace, berkuatkuasa pada Januari 2022.
“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Bob ke dalam keluarga Standard sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi W. R. Grace,” kata David Winter dan David Millstone, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama bagi Standard Industries. “Bob telah selama beberapa dekad menjadi seorang pemimpin yang berpandangan jauh di dalam industri itu, dengan sebuah rekod dalam mengubah perniagaan untuk mencapai pertumbuhan yang teguh dan mapan. Beliau telah membuktikan diri sebagai orang yang tepat untuk memimpin pasukan Grace yang luar biasa dan membantu merancang pelaburan Standard di ruang bahan termaju. Beliau akan berperanan penting di dalam membawa Grace ke bab yang seterusnya ketika kami memastikan satu peralihan yang lancar pasca penutupan dan memulakan satu strategi pertumbuhan yang bercita-cita tinggi.”
Patel akan menyertai Standard dari LyondellBasell, di mana beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak 2015 dan mengetuai satu tempoh pertumbuhan yang luar biasa bagi syarikat itu. Dari 2010 hingga 2014, Patel telah mengetuai usaha penstrukturan semula yang ketara di kedua-dua Amerika Syarikat dan Eropah bagi mengoptimumkan struktur kos dan jejak geografi syarikat itu. Sepanjang tempoh beliau berkhidmat di LyondellBasell, beliau telah secara signifikan meningkatkan kuasa perolehan melalui beberapa pelaburan strategik — termasuk memperoleh A. Schulman dan membina kemudahan pembuatan bertaraf dunia — dan memperluaskan inisiatif kelestarian syarikat itu. Selama tempoh perkhidmatan beliau, LyondellBasell telah dinobatkan ke dalam senarai “Syarikat-syarikat Paling Dikagumi di Dunia” oleh Majalah Fortune selama empat tahun berturut-turut. Sebelum menyertai LyondellBasell pada 2010, Patel menghabiskan 20 tahun di Chevron Phillips Chemical Co., di mana beliau memegang jawatan di dalam pembuatan dan mengetuai beberapa perniagaan di Amerika Syarikat dan Asia.
“Adalah menjadi satu penghormatan untuk menyertai Standard Industries dan diminta untuk memimpin W. R. Grace melalui bab mereka yang seterusnya,” kata Patel. “Grace adalah sebuah syarikat ikonik dan sebuah perniagaan yang mantap secara asasnya yang didorong oleh pekerja mereka yang sangat berbakat. Saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan kepimpinan di Grace untuk membawa syarikat itu ke tahap baharu.”
Patel akan menggantikan Hudson La Force, yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Grace sejak 2018. Di bawah kepimpinan La Force, Grace telah membuat pelaburan yang signifikan untuk menyampaikan pertumbuhan yang lebih tinggi di dalam perniagaan pemangkin dan bahan mereka. La Force akan terus kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sehingga akhir tahun ini dan akan menyertai lembaga penasihat Standard pada Januari 2022.
“Hudson adalah seorang pemimpin teladan yang telah berperanan penting di dalam membina Grace untuk menjadi perniagaan kimia global terkemuka seperti yang ada sekarang. Kami menghargai perkhidmatan beliau yang berterusan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sehingga akhir tahun dan amat teruja untuk mengalu-alukan kehadiran beliau di dalam lembaga penasihat Standard,” kata Winter dan Millstone.
Maklumat mengenai Standard Industries:
Standard Industries adalah sebuah syarikat perindustrian global milik persendirian yang beroperasi di lebih 80 buah negara dengan mempunyai lebih 15,000 orang pekerja. Ekosistem Standard merangkumi pelbagai jenis pegangan, teknologi dan pelaburan — termasuk kedua-dua syarikat awam dan swasta dari peringkat awal sehingga peringkat akhir — serta aset bahan binaan bertaraf dunia dan penyelesaian solar generasi akan datang. Sepanjang sejarahnya selama 140 tahun, Standard telah memanfaatkan kepakaran dan visi industri yang mendalam untuk mewujudkan nilai besar merentasi seluruh perniagaan mereka, yang pada hari ini termasuk syarikat-syarikat operasi GAF, BMI, Siplast, GAF Energy, Schiedel dan SGI, serta perniagaan yang berkaitan 40 North, sebuah platform pelaburan bernilai berbilion dolar, 40 North Ventures dan Winter Properties.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210831005554/en/
Hubungi
Hubungan Media:
Patrick Ryan
Edelman
610-306-7536
Patrick.Ryan@edelman.com
Josh Hochberg
Edelman
Josh.Hochberg@edelman.com
Beth Kseniak
Standard Industries
917-509-7031
beth.kseniak@standardindustries.com
Sumber : Standard Industries