Wednesday, June 30, 2021

P&G MEMPERCEPATKAN KOMITMEN UNTUK #PILIHPERSAMAAN PADA FORUM KESAKSAMAAN GENERASI PERSIDANGAN PBB




Table

#PilihPersamaan (Foto: Business Wire)
 
  • Procter & Gamble (P&G) akan melabur $10 bilion dalam perniagaan yang dimiliki oleh wanita dan diterajui oleh wanita menjelang tahun 2025 untuk memajukan pemerkasaan ekonomi wanita.
  • P&G berganding bahu dengan Promundo, Wanita PBB, WEConnect International, Forum Wanita untuk Ekonomi & Masyarakat dan banyak lagi bagi membolehkan kesaksamaan gender di rumah, di tempat kerja dan dalam masyarakat.
  • P&G turut serta dalam Forum Kesaksamaan Generasi, menyertai pemimpin sektor swasta dan awam dan organisasi masyarakat sivil untuk mengumumkan pelaburan yang bercita-cita tinggi dan dasar-dasar baharu bagi mempercepatkan kemajuan menuju kesaksamaan gender.


CINCINNATI, 1 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Procter & Gamble (NYSE:PG) meneruskan untuk #PilihPersamaan dengan tindakan baharu bagi mempercepatkan kemajuan ke arah kesaksamaan gender di rumah, di tempat kerja dan dalam masyarakat. Sebagai sebahagian daripada pengembangan bagi usaha mereka ini, P&G telah komited untuk membelanjakan $10 bilion dengan perniagaan yang dimiliki dan diterajui oleh wanita menjelang tahun 2025. P&G telah berusaha selama beberapa dekad untuk memajukan pemerkasaan ekonomi wanita di seluruh rantaian nilai global mereka, dan pengumuman hari ini adalah langkah seterusnya dalam perjalanan itu. Cita-cita syarikat itu dari semasa ke semasa adalah untuk mengembangkan pelaburan dengan perniagaan yang dimiliki dan diterajui oleh wanita kepada 10 peratus bagi dolar pembelian P&G – 10 kali ganda daripada purata industri1.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210630005839/en/

Untuk mendorong tindakan yang bermakna pada skala, P&G bekerjasama dengan beberapa organisasi bagi mempercepatkan kemajuan dan memacukan perubahan, termasuk Wanita PBBWEConnect InternationalMajlis Kebangsaan Perusahaan Perniagaan Wanita (WBENC), Forum Wanita untuk Ekonomi & Masyarakat  dan banyak lagi. Bersama-sama dengan rakan global, serantau, dan tempatan mereka, P&G menyokong pembangunan keupayaan bagi usahawan wanita; mengembangkan lagi peranti, takrifan dan infrastruktur yang diperlukan; dan memacukan kerjasama merentasi syarikat dan industri untuk turut serta dan memajukan usaha ini.

“Di P&G, tumpuan kami pada kesaksamaan gender adalah asas dan disepadukan ke dalam perniagaan kami,” kata Carolyn Tastad, Presiden Kumpulan Amerika Utara dan Penaja Eksekutif Kesaksamaan Gender. “Kita tidak boleh membiarkan cabaran pada tahun lalu menjadi satu kegagalan bagi kesaksamaan gender. Sebaliknya, kita perlu melangkah ke hadapan untuk melabur dan secara aktif memilih persamaan. Komitmen ini akan mewujudkan impak yang bermakna kepada memajukan kesaksamaan gender di seluruh dunia.”

Penganjakan Naratif kepada #SharetheCare dengan Promundo

Selama bertahun-tahun, P&G telah berusaha untuk membantu mengubah dengan mendalam sikap bias gender yang sering mengukuhkan banyak daripada halangan terbesar kepada kemajuan wanita – dan ia termasuk mengubah set minda mengenai peranan lelaki dewasa dan budak lelaki di rumah. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, P&G dan jenama mereka sedang menangani “jurang tugas”, jumlah penjagaan yang tidak dibayar dan tugas rumah tangga yang tidak seimbang yang dilakukan oleh wanita di kebanyakan rumah.

Hari ini, P&G juga mengumumkan satu perkongsian tiga tahun dengan Promundo, sebuah pemimpin global di dalam memajukan kesaksamaan gender dan mencegah keganasan dengan melibatkan lelaki dewasa dan budak lelaki dalam perkongsian dengan wanita, gadis dan individu dari semua identiti gender. P&G dan jenama mereka akan memanfaatkan kepakaran mereka dan suara yang signifikan dalam pengiklanan dan media untuk mengubah naratif di sebalik pengasuhan lelaki dan tugas rumah tangga.

Dalam perkongsian dengan Promundo dan dengan kerjasama bersama pihak lain, P&G akan juga menganjurkan dan menyokong keluarga yang bekerja melalui dasar dan program berasaskan kesaksamaan yang membolehkan semua gender untuk memainkan peranan yang sama rata di rumah dan pada masa yang sama masih dapat menikmati kerjaya yang lengkap dan memuaskan. Tahun lalu, P&G telah menetapkan satu standard minimum global untuk cuti berbayar ibu bapa supaya semua ibu bapa dapat bersama-sama berkongsi kegembiraan untuk membawa seorang anak baharu ke rumah mereka di lebih 70 buah negara di mana P&G beroperasi. Ketahui lebih lanjut mengenai Laporan Bapa State of the World 2021.

Menggalakkan Akses Gadis kepada Sukan dengan Always dan Secret

Di samping itu, menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik tahun ini di Tokyo, P&G dan jenama-jenama mereka akan mengetengahkan kisah, pengalaman dan pencapaian yang penuh inspirasi daripada koleksi atlet wanita yang pelbagai dan bersilang melalui kempen syarikat dan jenama baharu termasuk filem “Your Goodness is your Greatness” dan siri “Good is Gold” dari P&G, kempen Always “#KeepHerPlaying” dan “Fuel Her Future” bersama dengan inisiatif yang akan datang bagi deodoran Secret “Just #WatchMe”.

P&G, Always/Whisper, dan Secret adalah komited kepada memberikan gambaran yang tepat mengenai wanita dan gadis dalam sukan dan akan menyokong organisasi seperti Sported UKWomen in Sports FoundationYMCA, dan lain-lain yang menyediakan akses kepada program sukan bagi gadis di seluruh dunia. P&G dan jenama mereka akan terus memperjuangkan gambaran yang tepat mengenai atlet wanita – dan pada masa yang sama menyuarakan pendapat mereka dan menyoroti sebab yang mereka perjuangkan – di dalam dan di luar padang.

Mempercepatkan kesaksamaan gender di Forum Kesaksamaan Generasi PBB

Minggu ini, P&G menyertai pemimpin sektor awam dan swasta di Forum Kesaksamaan Generasi, satu perhimpunan global bagi kesaksamaan gender yang dianjurkan oleh Wanita PBB dan dihoskan bersama oleh kerajaan Perancis dan Mexico. Berlangsung di Paris, Perancis tetapi diadakan secara maya, forum yang berlangsung beberapa hari itu akan menggerakkan satu siri tindakan konkrit, bercita-cita tinggi dan transformatif bagi kemajuan segera dan tidak boleh berpatah balik ke arah kesaksamaan gender. Pembuat perubahan dari semua peringkat umur dan jantina dari seluruh dunia akan berkumpul untuk menangani perniagaan yang belum selesai itu untuk memperkasakan wanita dan bergabung dalam usaha untuk menyumbang kepada detik yang bersejarah ini. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Forum Kesaksamaan Generasi PBB di sini.

1SUMBER: https://www.unwomen.org/en/digital-library/publications/2017/3/the-power-of-procurement

Maklumat mengenai P&G

P&G bercita-cita untuk membina sebuah dunia yang bebas daripada bias gender dengan satu suara yang sama rata, peluang yang sama dan perwakilan yang sama bagi semua individu. Melalui suara mereka yang kuat dalam pengiklanan, kempen jenama P&G seperti Always #LikeAGirl, Olay #FaceAnything, dan Secret #AllStrengthNoSweat mencetuskan perbualan yang mendorong perubahan. P&G sedang membantu mengetepikan halangan kepada pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan peluang-peluang ekonomi bagi wanita di samping mewujudkan satu persekitaran yang inklusif dan kesaksamaan gender di dalam P&G — dan menganjurkan untuk mendapatkan tempat kerja yang setara dengan jantina di luar P&G — di mana setiap orang boleh menyumbang kepada potensi mereka yang sebenar. Sila layari http://www.pg.com  untuk berita dan maklumat terkini mengenai P&G dan jenama mereka.

Maklumat mengenai 2,021 Tindakan Baik pada 2021 P&G

Di P&G, memupuk kesaksamaan dan rangkuman, menyokong komuniti kita dan melindungi planet ini adalah tertanam dalam cara kita menjalankan perniagaan. Kami percaya bahawa kami mempunyai tanggungjawab untuk menjadikan dunia lebih baik — melalui produk yang kami hasilkan dan kesan positif yang dijanakan oleh jenama dan Syarikat kami. Di bawah kempen Lead with Love kami, P&G dan jenama mereka seperti Always and Secret komited kepada 2,021 tindakan baik pada tahun ini. Di Amerika Syarikat, pengguna boleh melakukan lebih banyak lagi melalui P&G Good Everyday, satu program ganjaran pengguna baharu yang membantu mengubah tindakan seharian menjadi tindakan yang baik. Setiap aktiviti di laman web itu memperoleh mata yang boleh ditebus untuk mendapatkan ganjaran; ketika pengguna melaporkan perbuatan baik mereka sendiri, P&G membuat sumbangan kepada tindakan baik yang dititik-beratkan oleh pengguna.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210630005839/en/

Hubungi

Ezgi Genc, P&G
genc.e@pg.com


Sumber : Procter & Gamble

SOPHI.IO THE GLOBE AND MAIL MEMENANGI DIGIDAY MEDIA AWARD

Digiday menganugerahkan Best Publisher Platform kepada Sophi.io, suit alat automasi, pengoptimuman dan ramalan dikuasakan kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh The Globe and Mail

TORONTO, 30 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sophi.io, enjin automasi dan ramalan berasaskan kecerdasan buatan The Globe and Mail, telah memenangi 2021 Digiday Media Award untuk Best Publisher Platform yang mengiktiraf teknologi paling berjaya dalam membantu penerbit mencapai matlamat mereka.

“AI ialah teknologi penting untuk membantu penerbit menambahkan nilai tulen kepada kisah mereka — mengembangkan ukuran kejayaan mereka menjangkaui pandangan halaman dan ketularan. Contohnya, Sophi dapat memberikan data tentang jumlah setiap artikel pada The Globe and Mail menyumbang kepada pengekalan pelanggan, pemerolehan, potensi pendaftaran dan perbelanjaan pengiklanan. Selain itu, untuk mengerahkan pembelajaran mesin secara berkesan, kira-kira 10% tenaga kerja The Globe and Mail kini ialah saintis data dan jurutera data, digaji untuk membangunkan Sophi dan mengembangkan strategi dengan lebih lanjut,” kata Digiday.

Anugerah ini mengiktiraf syarikat, teknologi dan kempen yang menonjol dalam media sepanjang tahun lepas. “Tahun ini, persaingan sangat sengit dan program adalah kukuh. Inovasi dan idea besar mengembangkan medan persaingan untuk kebanyakan pemenang, walaupun dalam tahun apabila kuarantin mengehadkan tempat dan cara orang boleh bekerja — dan bermain,” menurut Digiday.

SOPHI.IO THE GLOBE AND MAIL MEMENANGI DIGIDAY MEDIA AWARD

NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES GROUP MENGUMUMKAN PEMBENTUKAN NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES (SEA) SDN. BHD DI MALAYSIA

TEMECULA, Calif., 30 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group (Kumpulan), subsidiari Nikkiso Co., Ltd (Japan), berbangga untuk mengumumkan pembentukan Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases (SEA) Sdn. Bhd. berkuat kuasa 1hbJulai 2021. Syarikat ini mewakili penggabungan dua unit perniagaan Malaysia kita: Cryogenic Industries dan Cryoquip dalam kemudahan bersama yang baharu.

Penggabungan ini mewakili satu lagi langkah ke hadapan dalam strategi pertumbuhan korporat keseluruhan Kumpulan, dengan menekankan keupayaan mereka untuk menyediakan sokongan global dan serantau untuk jualan dan perkhidmatan. Perubahan nama ini menekankan sokongan dan kekuatan Kumpulan yang lebih besar; Clean Energy ialah enjin pertumbuhan dan Industrial Gases ialah asas teras.

NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES GROUP MENGUMUMKAN PEMBENTUKAN NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES (SEA) SDN. BHD DI MALAYSIA

GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MENGALU-ALUKAN AHLI LEMBAGA BAHARU

Tambahan baharu mencerminkan perspektif global komuniti sekolah perniagaan yang pelbagai

RESTON, Va., 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council™ (GMAC™), sebuah persatuan global untuk sekolah perniagaan siswazah terkemuka, hari ini mengumumkan penambahan empat orang ahli lembaga pengarah yang baharu. Katy Montgomery, Dekan Bersekutu, Program Ijazah, INSEAD; François Ortalo-Magné, Dekan, London Business School; dan Giuseppe Soda, Dekan, SDA Bocconi School of Management, Universiti Bocconi, akan memulakan penggal tugas mereka pada 1 Julai. Selain itu, Yuan Ding, Naib Presiden dan Dekan China Europe International Business School (CEIBS), dilantik sebagai lembaga pengarah pada bulan Januari tahun ini untuk mengisi kekosongan Enase Okonedo dari Universiti Pan-Atlantik.

“Lembaga pengarah GMAC yang baharu mewakili sekolah perniagaan terkemuka dengan kampus yang terletak di 10 buah negara di seluruh Eropah, Asia, Amerika Utara, Afrika dan Timur Tengah,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Seiring dengan pergerakan pelajar yang kembali pulih dalam dunia selepas pandemik, saya tidak sabar untuk bekerja di samping kumpulan pemimpin yang pelbagai ini ― dan seluruh lembaga GMAC ― untuk terus memajukan visi GMAC bagi memastikan semua individu yang berbakat mendapat manfaat daripada pendidikan perniagaan yang terbaik untuk mereka.”

Ahli Lembaga GMAC Baharu

Yuan Ding, Naib Presiden dan Dekan, Pengerusi Cathay Capital dalam Perakaunan, CEIBS

Yuan Ding ialah Naib Presiden dan Dekan serta Pengerusi Profesor Perakaunan Cathay Capital di CEIBS, beliau telah berikan pengiktirafan CEIBS Teaching Excellence Award sebanyak tiga kali. Sebelum menyertai CEIBS, beliau merupakan ahli fakulti tetap Sekolah Pengurusan HEC, Paris, Perancis. Beliau ialah ahli Persatuan Perakaunan Eropah, Persatuan Perakaunan Perancis dan Persatuan Perakaunan Amerika. Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah dalam Perakaunan dari Institute of Enterprises Administration di University Montesquieu Bordeaux IV, Perancis, dan juga Sarjana Pentadbiran Perusahaan dari University of Poitiers, Perancis. Ding merupakan pengarang beberapa buku berkenaan laporan kewangan dan penyelidikannya terdapat dalam jurnal akademik terkemuka.

Katy Montgomery, Dekan Bersekutu, Program Ijazah, INSEAD

Sebagai Dekan Bersekutu Program Ijazah INSEAD, Montgomery bertanggungjawab terhadap kepimpinan komersial portfolio Program Ijazah INSEAD di empat buah kampus: Fontainebleau, Singapura, Abu Dhabi dan San Francisco. Tanggungjawab kefungsian beliau termasuklah strategi, pemasaran, jualan, kemasukan, bantuan kewangan dan biasiswa, operasi program, kehidupan pelajar, perkhidmatan psikologi dan perkhidmatan kerjaya. Sebelum menyertai INSEAD, beliau berkhidmat sebagai Dekan Bersekutu Pembangunan Pelajar di Johns Hopkins Carey Business School. Montgomery memegang ijazah dalam Sains Politik dari Loyola University New Orleans dan ijazah Juris Doctor dari Georgetown University Law Center.

François Ortalo-Magné, Dekan, London Business School

François Ortalo-Magné ialah Dekan kesembilan London Business School (LBS), jawatan yang beliau pegang sejak Ogos 2017. Beliau mengetuai satu strategi yang berfokus pada (1) penyelidikan akademik dan kesannya, (2) inovasi pembelajaran dan penglibatan alumni dan (3) keterangkuman, berusaha untuk mencapai kesamaan jantina dan kepelbagaian sosio-ekonomi dan etnik yang lebih besar. Sejak memegang peranan ini, Ortalo-Magné telah mengetuai pelancaran semula jenama LBS, pertumbuhan program ijazah dan peningkatan ketara dalam sokongan dermawan untuk biasiswa. Penyelidikan beliau berkenaan ekonomi pasaran tanah dan perumahan telah diterbitkan dalam jurnal akademik terkemuka. Beliau telah membina pada pengalaman penyelidikan dan kepimpinannya untuk memberikan nasihat kepada pelbagai organisasi swasta, kerajaan dan berbilang sisi dan berkongsi pandangan beliau dalam outlet media utama dan persidangan di seluruh dunia. Sebelum dilantik menjadi ahli lembaga pengarah, Ortalo-Magné ialah Dekan Albert O. Nicholas dan Profesor Harta Tanah Robert E. Wangard di Wisconsin School of Business. Pelantikan akademik beliau yang pertama adalah di London School of Economics.

Giuseppe Soda, Dekan, SDA Bocconi School of Management, Bocconi University

Giuseppe “Beppe” Soda ialah Dekan SDA Bocconi School of Management dan Profesor Tetap Analisis Rangkaian dan Teori Organisasi di Bocconi University. Sebelum menjadi Dekan pada tahun 2016, jawatan beliau termasuklah berkhidmat sebagai Dekan Bersekutu untuk Penyelidikan (2007-2013), Pengarah Jabatan Pengurusan dan Teknologi (2013-2016) dan Ketua Jabatan Organisasi dan HRM (2001-2006). Beliau juga berkhidmat dengan EFMD sebagai ahli Lembaga Akreditasi EQUIS. Penyelidikan Soda mengkaji kesan prestasi yang saling mempengaruhi antara seni bina organisasi dengan rangkaian organisasi. Hasil kerjanya telah diterbitkan dalam jurnal pengurusan akademik terkemuka.

Selain ahli lembaga yang baru dilantik dan dinyatakan sebelum ini, Martin Boehm, Profesor Pemasaran dan bekas Dekan IE Business School dan bakal Rektor baharu EBS Universität für Wirtschaft und Recht, dan Themin Suwardy, Dekan Program Profesional Pascasiswazah, Singapore Management University, dilantik semula untuk penggal kedua.

GMAC juga mengiktiraf ahli lembaga yang telah tamat tempoh perkhidmatannya, Leila Guerra, Timbalan Dekan (Pendidikan) Imperial College Business School, dan Peter Tufano, Dekan Peter Moores dan Profesor Kewangan Saïd Business School, Universiti Oxford. GMAC mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan mereka sepanjang hampir empat tahun dengan organisasi kita dan sumbangan kepada komuniti pendidikan pengurusan siswazah.

Perihal GMAC

Graduate Management Admission Council™ (GMAC™) ialah persatuan dipacu misi bagi sekolah perniagaan siswazah di seluruh dunia. Diasaskan pada 1953, GMAC mewujudkan penyelesaian dan pengalaman yang membolehkan sekolah perniagaan dan calon meneroka, menilai dan berhubung antara satu sama lain dengan lebih baik.

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, persidangan industri, alat perekrutan dan penilaian untuk industri pendidikan pengurusan siswazah, serta alat, sumber, acara dan perkhidmatan yang membantu untuk membimbing calon sepanjang perjalanan pendidikan peringkat yang lebih tinggi mereka. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, peperiksaan Graduate Management Admission Test™ (GMAT™) merupakan penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan.

GMAC juga memiliki dan mentadbir peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT™) dan Penilaian Eksekutif (EA). Lebih 7 juta calon yang mengikuti pengajian sarjana perniagaan atau MBA telah melawat mba.com oleh GMAC pada tahun lalu untuk meneroka pilihan sekolah perniagaan, mempersiapkan diri dan mendaftar untuk ujian serta mendapatkan nasihat tentang proses kemasukan. BusinessBecause dan The MBA Tour merupakan subsidiari GMAC, sebuah organisasi global dengan pejabat di China, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja kami, sila lawati www.gmac.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14720

SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES, INC. MENGUMUMKAN HARGA PENAWARAN AWAM $100 JUTA BAGI SAHAM BIASA

 


BRIDGEWATER, N.J., 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (SNCR) (“Syarikat” atau “Synchronoss”), peneraju global dan pembawa pembaharuan dalam produk dan platform awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan harga penawaran awam taja jamin sebanyak 38,461,538 syer bagi saham biasanya pada harga penawaran umum sebanyak $2.60 setiap syer. Hasil kasar daripada tawaran, sebelum menolak diskaun dan komisen taja jamin serta perbelanjaan penawaran boleh bayar oleh Synchronoss, dijangka ialah sebanyak $100 juta. Selain itu, Synchronoss telah memberikan pilihan 30 hari kepada penaja jaminan untuk membeli hingga 3,846,154 syer tambahan bagi saham biasa pada harga penawaran awam, tolak diskaun dan komisen penaja jamin.


Semua syer dalam penawaran dijual oleh Synchronoss. Synchronoss menjangkakan akan menggunakan semua hasil bersih daripada penawaran, dan daripada penawaran Nota Kanan dan jualan Saham Pilihan Siri B (setiap satu seperti yang diterangkan di bawah) untuk menebus sepenuhnya semua syer tertunggak Saham Penyertaan Pilihan Kekal Boleh Ditukar Siri A Synchronoss dan membayar balik jumlah tertunggak bawah kemudahan kredit pusingan Synchronoss. Penawaran tersebut dijangka akan ditutup pada atau kira-kira 29 Jun 2021, tertakluk pada kepuasan terhadap syarat akhir biasa.

B. Riley Securities, Inc. (“BRS”) bertindak sebagai penaja jaminan utama dan pengurus penaja jaminan untuk tawaran tersebut. Northland Capital Markets bertindak sebagai pengurus bersama bagi penawaran ini. 

Bersama-sama dengan penawaran ini, Syarikat menawarkan, melalui cara tambahan prospektus berasingan, $120 juta jumlah pokok agregat nota kanan yang akan dibayar pada 2026 (“Nota Kanan”). Selain itu, B. Riley Principal Investments, LLC (“BRPI”), sekutu BRS, telah memasuki perjanjian yang menurutnya BRPI telah bersetuju untuk membeli $75.0 juta Saham Pilihan Siri B Syarikat dalam urus niaga persendirian untuk dilengkapkan secara serentak dengan penutupan penawaran.  

Tuesday, June 29, 2021

ZOOM MENGGAJI RICKY KAPUR SEBAGAI KETUA APAC

 Veteran Industri Teknologi akan Mengetuai Pengembangan Perniagaan APAC Zoom


SAN JOSE, Calif., 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --Zoom Video Communications, Inc. (NASDAQ: ZM) hari ini mengumumkan Ricky Kapur akan menyertai syarikat sebagai Ketua APAC, berkuat kuasa pada 21 Jun. Melaporkan terus kepada Ketua Antarabangsa Zoom iaitu Abe Smith, Kapur akan mentakrifkan dan mengetuai strategi perjalanan pasaran go-to untuk pasaran APAC utama: Australia dan New Zealand, ASEAN, China, Hong Kong SAR, India, Korea, dan Taiwan — tidak termasuk Jepun. Ricky akan mengurus perniagaan APAC Zoom dengan penyeliaan dan penjajaran merentasi semua peranan merentasi silang fungsi.


Kapur menyertai Zoom selepas lima setengah tahun di Microsoft, beliau merupakan Naib Presiden Jualan dan Operasi Pemasaran untuk APAC yang terkini semasa di situ. Di Microsoft, beliau mengurus semua segmen, daripada SMB, Pengkhususan sehingga Perusahaan, dan mengetuai pasukan silang fungsi yang terdiri daripada profesional jualan, pemasaran, rakan kerjasama dan kejayaan pelanggan. Zoom berada dalam kedudukan untuk pertumbuhan berterusan di APAC, dan untuk memanfaatkan peluang baharu ini, Zoom telah mengembangkan kepimpinannya untuk memimpin syarikat melalui fasa pengembangan seterusnya di rantau tersebut.


“Zoom telah menskalakan operasi dan perniagaannya dengan mengagumkan merentasi pasaran APAC, mengumumkan Pusat Teknologi di India dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan di Singapura sepanjang setahun yang lalu,” kata Ricky Kapur, Ketua APAC di Zoom. “Saya amat teruja untuk menyertai syarikat yang terus mentakrifkan semula cara organisasi dan individu berhubung, daripada memecahkan halangan untuk pendidikan dan jagaan kesihatan dengan pembelajaran maya dan telekesihatan kepada menjadi teknologi penting untuk perusahaan sementara mereka berkembang dan menyesuaikan kepada model kerja hibrid dengan pantas.”


“Kami teruja untuk Ricky Kapur mengetuai strategi pasaran go-to untuk semua APAC, sebuah rantau yang kami saksikan pertumbuhan dipercepat,” kata Abe Smith, Ketua Antarabangsa di Zoom. “APAC ialah rantau penting untuk Zoom, memandangkan kami melabur dalam infrastruktur dan mengembangkan kehadiran jualan, pemasaran dan pasukan penyelidikan dan pembangunan kami bagi mendayakan organisasi pelbagai saiz dengan komunikasi video yang lancar dan boleh dipercayai.”


Perihal Ricky Kapur

Ricky Kapur ialah Ketua APAC untuk Zoom, membawa lebih daripada 25 tahun pengalaman kepada peranannya. Sebelum menyertai Zoom, Kapur ialah Naib Presiden Jualan dan Operasi Pemasaran di APAC Microsoft. Dalam peranannya, beliau mengurus semua segmen, daripada SMB dan Pengkhususan sehinggalah Perusahaan serta memimpin pasukan silang fungsi yang terdiri daripada profesional Jualan, Pemasaran, Rakan Kerjasama dan Kejayaan Pelanggan. Sebelum menyertai Microsoft, Kapur berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Google, di situ beliau bertanggungjawab untuk menyelia pertumbuhan Platform Google Cloud merentasi APJ. Sebelum itu, Kapur memegang jawatan Naib Presiden, Jualan Teknologi ASEAN di Oracle. Beliau juga pernah bekerja di Siebel Systems, Unica Corporation, dan Chordiant Software. Kapur ialah akauntan berkanun daripada Institute of Chartered Accountants di India dan memiliki MBA daripada University of Melbourne.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14722

SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES, INC. MENGUMUMKAN HARGA PENAWARAN AWAM $125 JUTA BAGI NOTA KANAN

BRIDGEWATER, N.J., 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (SNCR) (“Syarikat” atau “Synchronoss”), peneraju global dan pembawa pembaharuan dalam produk dan platform awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan harga bagi penawaran awam taja jamin sebanyak $125 juta bagi jumlah pokok agregat bagi 8.375% nota kanan yang dibayar pada 2026, termasuk pelaksanaan secara penuh oleh penaja jamin bagi pilihan penaja jamin untuk membeli amaun pokok agregat nota kanan sebanyak $5 juta tambahan. Penawaran tersebut dijangka akan ditutup pada atau kira-kira 30 Jun 2021, tertakluk pada kepuasan terhadap syarat akhir biasa.

Synchronoss dan nota kanan menerima rating BB- daripada Egan-Jones Rating Company, sebuah agensi rating bebas dan tidak bersekutu. Syarikat telah memohon untuk menyenaraikan nota kanan pada Nasdaq Global Select Market di bawah simbol “SNCRL” dan menjangkakan nota akan mula didagangkan dalam tempoh 30 hari perniagaan selepas tarikh penutupan penawaran, jika diluluskan.

SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES, INC. MENGUMUMKAN HARGA PENAWARAN AWAM $125 JUTA BAGI NOTA KANAN

Monday, June 28, 2021

SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES, INC. MENGUMUMKAN CADANGAN PENAWARAN AWAM $120 JUTA BAGI NOTA KANAN

BRIDGEWATER, N.J., 28 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (SNCR) (“Syarikat” atau “Synchronoss”), peneraju global dan penginovasi dalam produk dan platform awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan bahawa Syarikat itu berniat untuk menawarkan dan menjual, tertakluk pada pasaran dan keadaan lain, $120 juta amaun pokok nota kanan agregat yang dibayar pada 2026 dalam penawaran awam yang ditaja jamin. Synchronoss juga menjangkakan untuk memberikan pilihan 30 hari kepada penaja jamin untuk membeli jumlah pokok agregat $5 juta tambahan bagi nota kanan berkaitan dengan tawaran ini. Tiada jaminan sama ada penawaran ini boleh dilengkapkan atau pun terhadap saiz sebenar atau terma tawaran tersebut.


Synchronoss dan nota kanan menerima rating BB- daripada Egan-Jones Rating Company, sebuah agensi rating bebas dan tidak bersekutu.

Semua nota kanan dalam penawaran tersebut akan dijual oleh Synchronoss, dengan hasil bersih penawaran dan daripada penawaran saham biasa dan jualan Saham Pilihan Siri B (setiap satu seperti yang diterangkan di bawah), dijangka untuk digunakan bagi penebusan sepenuhnya semua syer tertunggak Saham Penyertaan Pilihan Kekal Boleh Ditukar Siri A Synchronoss dan membayar balik jumlah tertunggak bawah kemudahan kredit pusingan Synchronoss.

B. Riley Securities, Inc. (“BRS”) bertindak sebagai pengurus penaja jaminan tunggal untuk penawaran tersebut. Northland Capital Markets, Aegis Capital Corp. dan EF Hutton, bahagian Benchmark Investments, LLC bertindak sebagai pengurus utama untuk penawaran tersebut.

Bersama-sama dengan penawaran itu, Syarikat menjangkakan penawaran, dengan cara tambahan prospektus berasingan, $100 juta syer saham biasanya. Selain itu, B. Riley Principal Investments, LLC (“BRPI”), sekutu BRS, telah memasuki perjanjian yang menurutnya BRPI telah bersetuju untuk membeli $75.0 juta Saham Pilihan Siri B Syarikat dalam urus niaga persendirian untuk dilengkapkan secara serentak dengan penutupan penawaran. 

VRCHAT BERGABUNG DENGAN ANTHOS CAPITAL UNTUK MEMETERAI $80 JUTA SIRI D

Pendanaan ini akan membolehkan VRChat untuk berkembang dan memperkasakan komuniti VRChat

SAN FRANCISCO, 28 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- VRChat, sebuah platform realiti maya sosial (VR) yang membolehkan pengguna untuk mencipta, menerbit, dan menerokai dunia maya dengan pengguna lain di seluruh dunia, telah mengumumkan satu pusingan pelaburan Siri D bernilai $80 juta. Pusingan itu telah diterajui oleh Anthos Capital, bersama-sama dengan pelabur yang mengambil bahagian Makers Fund, GFR Fund dan lain-lain.

VRChat adalah platform VR sosial terkemuka dengan berjuta-juta pengguna, beratus ribu dunia dan lebih daripada 10 juta avatar yang unik. Ia adalah aplikasi VR percuma yang paling utama di kedua-dua stor Steam dan Oculus Rift, dengan lebih daripada 40,000 pengguna serentak. Hasil daripada kebebasan kreatif bagi peranti VRChat, pengguna telah menjadikan VRChat sebagai satu fenomena kebudayaan yang unik, yang berkait rapat dengan meme atau imej yang dihantar secara viral yang dihiasi dengan teks, acara dan budaya internet. Ia juga menjadi satu tempat persinggahan maya untuk acara dan komuniti dalam talian.

“VRChat menjadi hos kepada sebuah komuniti yang bersemangat, kreatif, dan terlibat yang telah memainkan satu peranan penting di dalam membentuk perkembangannya yang berterusan. Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan rakan pelaburan kami untuk terus berkembang dan memperkasakan komuniti kami pada satu kadar yang dipercepatkan,” kata Graham Gaylor, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, VRChat.

Pelaburan ini menyediakan sumber yang diperlukan oleh VRChat untuk mempercepatkan pembangunan sebuah ekonomi pencipta di mana ahli dapat memperoleh, satu sistem penemuan sosial yang dipertingkatkan untuk pengalaman yang lebih bermakna, dan pengembangan kepada lebih banyak platform. Peningkatan ini akan menyumbang kepada pertumbuhan pesat VRChat dan membolehkan lebih ramai orang untuk mengakses alam maya ini.

VRCHAT BERGABUNG DENGAN ANTHOS CAPITAL UNTUK MEMETERAI $80 JUTA SIRI D

SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES, INC. MENGUMUMKAN CADANGAN PENAWARAN AWAM $100 JUTA BAGI SAHAM BIASA

BRIDGEWATER, N.J., 28 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (SNCR) (“Syarikat” atau “Synchronoss”), peneraju global dan penginovasi dalam produk dan platform awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan bahawa Syarikat berniat menawarkan dan menjual, tertakluk pada keadaan pasaran dan keadaan lain, $100 juta syer saham biasanya dalam penawaran awam yang ditaja jamin. Synchronoss juga menjangkakan untuk memberikan pilihan 30 hari kepada penaja jamin untuk membeli hingga $10 juta tambahan bagi syer saham biasa yang dijual dalam penawaran, pada harga penawaran awam, setelah ditolak diskaun dan komisen taja jaminan. Tiada jaminan sama ada penawaran ini boleh dilengkapkan atau pun terhadap saiz sebenar atau terma tawaran tersebut.

Semua syer dalam penawaran tersebut akan dijual oleh Synchronoss, dengan hasil bersih penawaran dan daripada penawaran Nota Kanan dan jualan Saham Pilihan Siri B (setiap satu seperti yang diterangkan di bawah), dijangka akan digunakan bagi penebusan sepenuhnya semua syer tertunggak Saham Penyertaan Pilihan Kekal Boleh Ditukar Siri A Synchronoss dan membayar balik jumlah tertunggak bawah kemudahan kredit pusingan Synchronoss.

SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES, INC. MENGUMUMKAN CADANGAN PENAWARAN AWAM $100 JUTA BAGI SAHAM BIASA

JW PLAYER MENGUMPULKAN $100J DALAM SIRI E UNTUK MEMBANTU PENJANAAN PERTUMBUHAN DALAM EKONOMI VIDEO DIGITAL YANG BERKEMBANG PESAT

Modal akan membantu untuk mempercepat pertumbuhan JW Player dan mengembangkan platform yang sudah sedia teguh, memperkasa pelanggan dengan kebebasan dan kawalan dalam Ekonomi Video Digital

NEW YORK, 28 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- JW Player, platform perisian video dan cerapan data yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mengumpulkan pendanaan sebanyak $100J dalam Siri E daripada LLR Partners.. Pelaburan terkini disusuli selepas pertumbuhan penstriman video yang mencatatkan rekod dan kebolehuntungan yang kukuh sepanjang 12 bulan sebelumnya. Dengan pembiayaan ini, JW Player akan memacu inovasi produk untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berubah-ubah dengan pantas dalam persekitaran video digital hari ini, mengembangkan jejak pasaran secara global merentasi jualan, pemasaran dan kerjasama saluran serta terus mengembangkan dan melabur dalam membina pasukan bertaraf dunia.

JW PLAYER MENGUMPULKAN $100J DALAM SIRI E UNTUK MEMBANTU PENJANAAN PERTUMBUHAN DALAM EKONOMI VIDEO DIGITAL YANG BERKEMBANG PESAT

Sunday, June 27, 2021

DIGITALISASI MAMPU TINGKATKAN PRODUKTIVITI SYARIKAT

KUANTAN, Pahang, 24 Jun (Bernama) -- Digitalisasi merupakan perubahan yang dikaitkan dengan penggunaan  teknologi digital dalam semua aspek samada terhadap individu, organisasi dan mahupun sesebuah negara.

YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang turut menggalakkan syarikat menggunakan teknologi digital dalam pengurusan operasi perniagaan mereka bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing syarikat terutamanya semasa pandemik Covid-19.  Beliau berkata, teknologi digital membolehkan proses kerja dilaksanakan dengan lebih cepat, cekap serta lebih fleksibel.

Sehubungan dengan itu,  Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Wilayah Pantai Timur menganjurkan e-Seminar Peningkatan Produktiviti melalui Digitalisasi dan Virtual Digital Clinic yang dilaksanakan secara maya melalui platform GotoWebinar.

Antara objektif program ini adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan penggunaan teknologi digital bagi membantu syarikat meningkatkan produktiviti. Selain itu juga, 3 sesi Virtual Digital Clinic (VDC) turut dijalankan bagi memberi maklumat yang lebih mendalam dan praktikal kepada peserta berkaitan penggunaan teknologi digital. Peserta juga dapat berinteraksi bersama-sama dengan penceramah-penceramah yand dijemput di e-seminar dan VDC tersebut.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian secara maya menerusi platform GotoWebinar di sini pada 22 Jun 2021.

Mengulas mengenai program yang dijalankan, Dato’ Abdul Latif Hj Abu Seman, Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), berkata “e-seminar ini diadakan tepat pada masanya bagi menggalakkan pengunaaan teknologi digital dalam urusan perniagaan bagi membantu meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos operasi. Malah penggunaan teknologi juga dapat membantu syarikat memperolehi pulangan yang drastik dan besar dalam perniagaan mereka,

Beliau turut memaklumkan Nexus Produktiviti Digital (DPN) telah diwujudkan dengan berperanan untuk mengkoordinasikan dan mempromosikan penggunaan teknologi digital yang berkesan melalui inisiatif Go Big With Digital dengan memberi kesedaran, meningkatkan pemahaman dan memudahkan penggunaan teknologi digital.

Sebanyak tiga pembentangan kertas kerja dibentangkan pada e-seminar tersebut.  Antaranya  tajuk berkaitan “Meningkatkan Kecekapan Operasi Syarikat Melalui Digitalisasi”  oleh En. Azri Che Mukhtar dari CMi Hall & Event Space. Pembentangan kedua dari En. Md Hamdi Mohd Mokhtar dari Dattel dengan tajuknya “Penggunaan Data Analytic dalam Mengembangkan Perniagaan Anda”. Selain itu, tajuk pembentangan berkaitan penggunaan Teknologi Internet of Things (IoT) dalam dalam bidang pertanian khususnya penanaman cili turut dibentangkan oleh En. Munir Asim Abdullah dari GrasiCili Plt.

Tiga sesi Virtual Digital Clinic secara serentak juga turut diadakan dimana sesi 1 bagi menerangkan berkaitan inisiatif dan geran yang ditawarkan oleh MPC dalam mengalakkan syarikat PKS menggunakan teknologi digital dalam operasi mereka. Taklimat berkaitan inisiatif Myreskill IoT disampaikan oleh YBrs Dr. Halimahton Sa’diah Let dan Pn. Safniwati Jasri menerangkan berkaitan Industry4WRD Readiness Assessment. Selain itu juga MPC menjemput dua orang Facebook Certified Trainer iaitu Pn Suraya Ali bagi menerangkan berkaitan Pemasaran Konten Melalui Blog dan Puan Nik Samihah Nik Muhammad berkaitan Perniagaan Marketplace Shopee dan Design Poster.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=14698

Saturday, June 26, 2021

BON NATURAL LIFE LIMITED MENGUMUMKAN HARGA PENAWARAN AWAM AWAL $11 JUTA YANG TELAH DITINGKATKAN JUMLAH PENAWARAN

XIAN, China, 25 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bon Natural Life Limited (Nasdaq: BON) ("BON" atau "Syarikat"), salah satu pembekal penyelesaian bio-bahan terkemuka dalam industri semula jadi, kesihatan dan penjagaan peribadi, hari ini mengumumkan harga penawaran awam awal komitmen firmanya sebanyak 2,200,000 syer biasa, nilai tara US$0.0001 bagi setiap syer ("Syer") pada harga penawaran awam bernilai $5.00 bagi setiap Syer ("Penawaran"), untuk jumlah hasil kasar sebanyak $11.0 juta, sebelum tolakan diskaun penajaan jaminan, komisen dan perbelanjaan lain yang berkaitan. Selain itu, BON telah memberikan pilihan 45 hari kepada penaja jaminan untuk membeli 330,000 Syer tambahan pada harga penawaran awam, kurang diskaun penaja jaminan dan komisen. Syer dijangka akan mula didagangkan di Nasdaq Capital Market di bawah simbol ticker "BON" pada 24 Jun 2021. Penawaran tersebut dijangka akan ditutup pada atau kira-kira 28 Jun 2021, tertakluk pada kepuasan terhadap syarat akhir biasa.

Syarikat bercadang menggunakan hasil untuk modal kerja, bagi mengembangkan rangkaian jualan dan pengedaran, penyelidikan dan pembangunan mereka, serta untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran.

U.S. Tiger Securities, Inc. dan Newbridge Securities Corporation bertindak sebagai pengurus penaja jaminan seteraju utama dan R.F. Lafferty & Co. Inc. bertindak sebagai pengurus penaja jaminan teraju utama bersama.

Sekuriti Syarikat yang diterangkan di atas ditawarkan menurut pernyataan pendaftaran berkesan pada Borang F-1 (No. Fail SEC 333-251182), yang difailkan sebelum ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC") pada 14 Mei 2021, selepas itu dipinda dan diisytiharkan berkuat kuasa pada 23 Jun 2021, iaitu salinan yang difailkan dengan SEC dan tersedia di laman web SEC di www.sec.gov. Tawaran ini dibuat hanya melalui prospektus tersebut.

Siaran akhbar ini mengandungi maklumat tentang Penawaran sekuriti yang belum selesai dan kami tidak dapat memberikan jaminan yang Penawaran tersebut akan dilengkapkan.

Siaran akhbar ini bukan tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli, atau jualan sekuriti ini tidak dilakukan di mana-mana negeri atau bidang kuasa, kerana tawaran, umpanan atau jualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang, berikutan pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti di mana-mana negeri atau bidang kuasa tersebut.

Perihal Bon Natural Life Limited

Syarikat ini menumpukan pada pengeluaran bahan penjagaan peribadi, seperti sebatian wangian yang di ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan untuk pengeluar wangian dan haruman, makanan tambahan kesihatan semula jadi seperti minuman serbuk dan produk bahan makanan bioaktif yang kebanyakannya digunakan sebagai bahan tambah makanan dan makanan tambahan pemakanan oleh pelanggannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Syarikat diwww.bnlus.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14705

LANTRONIX MENGUMUMKAN PEMENANG SMARTEDGE PARTNER PROGRAM AWARD

Pemenang SmartEdge Partner Program Award Ialah Tech Data, SHI, Presidio, Atlantik, Arki, Data Equipment, Acromax, Rahi System India dan Enthu Technology Sdn. Bhd.


IRVINE, Calif., 25 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lantronix Inc.(NASDAQ: LTRX), pembekal global penyelesaian siap guna selamat untuk Internet of Things (IoT) dan Pengurusan Persekitaran Jauh (REM) yang menawarkan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS), perkhidmatan ketersambungan, perkhidmatan kejuruteraan dan perkakasan pintar, hari ini mengumumkan pemenang SmartEdge™ Partner Program Awards. Anugerah tersebut disampaikan di SmartEdge Partner Summit 2021 Lantronix yang diadakan secara maya pada 23 Jun 2021.

SmartEdge Partner Program Awards Lantronix diberikan kepada pemenang dalam tiga kategori: Distribution Partner, StrategicEdge Partner dan Edge Partner yang meliputi tiga rantau: Amerika Utara, Eropah/Timur Tengah/Afrika dan Asia Pasifik.

Para pemenang ialah:
Amerika Utara
North America Distributor Partner of the Year: Tech Data
North America StrategicEdge Partner of the Year: SHI
North America Edge Partner of the Year: Presidio

Eropah/Timur Tengah/Afrika (EMEA)
EMEA Distributor Partner of the Year: Atlantik Elektronik 
EMEA StrategicEdge Partner of the Year: Arki Technology
EMEA Edge Partner of the Year: Data Equipment

Asia Pasifik (APAC)
APAC Distributor Partner of the Year: Acromax
APAC StrategicEdge Partner of the Year: Rahi Systems, India
APAC Edge Partner of the Year: Enthu Technology Sdn. Bhd.

“Kami dengan sukacitanya mengiktiraf semua pemenang SmartEdge Partner Program yang telah melangkaui syarat dan jangkaan program kami dalam memacu jualan dan membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan bersama kami,” kata Roger Holliday, Naib Presiden WW Sales di Lantronix.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14709

​CONFORMIS, INC. MENGUMUMKAN PERJANJIAN PENGEDARAN EKSKLUSIF DI CHINA

Perjanjian Baharu mengembangkan capaian global Conformis dan membawakan sistem penggantian lutut khusus pesakit kepada pasaran terbesar di rantau Asia Pasifik

BILLERICA, Mass., 25 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Conformis, Inc. (NASDAQ:CFMS) hari ini mengumumkan pelaksanaan perjanjian untuk memasuki pasaran Asia Pasifik melalui perhubungan pengedaran eksklusif dengan XR Medical Group (Hong Kong) Limited (XR Medical).

Di bawah perjanjian pengedaran, XR Medical akan mempunyai hak eksklusif untuk jualan, pemasaran dan pengedaran bagi sistem penggantian lutut sepenuhnya CR & PS iTotal® khusus pesakit, peranti patela CR & PS iTotal®, dan sistem penggantian lutut separa iUni® dan iDuo® Conformis. Produk lain, seperti sistem lutut Identity Imprint™ Conformis yang diluluskan baru-baru ini dan produk dalam portfolio pinggul, mungkin ditambahkan pada masa depan.

MENCIPTA RUANG DAN KELEBIHAN PENDIDIKAN DI RUMAH SEMASA PANDEMIK

BACHOK, 25 Jun (Bernama) -- Pendidikan tidak pernah berhenti. Proses pendidikan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. 

 
Dalam suasana pandemik, pendidikan di rumah perlu dimanfaatkan secara optimum oleh semua pihak terutamanya para ibubapa. 
 
Kita seringkali mengaitkan pendidikan dengan sekolah dan pembelajaran formal. Ia penting tetapi bukan segala-galanya. Masih banyak ruang kosong yang perlu ditampung untuk mencapai matlamat pendidikan. 
 
Dalam konteks ini, pendidikan di rumah semasa musim pandemik boleh berperanan untuk memenuhi ruang lompong tersebut. Antara aspek yang sesuai untuk diangkat dalam pendidikan di rumah pada masa kini ialah pendidikan kerohanian, pendidikan nilai, kemahiran hidup dan pemikiran kreatif.
 
Pelaksanaan pendidikan di rumah sangat berkait rapat dengan kemampuan ibubapa menyusun strategi yang bersesuaian bagi menjadikannya sebuah PDPR yang unik. 
 
Untuk merealisasikan perkara tersebut, ibubapa perlu sedikit pendedahan tentang syarat-syarat tertentu untuk membolehkannya merekabentuk pendidikan di rumah tanpa perlu terikat dengan sistem dan silibus sekolah. Bahkan pendidikan keluarga ini seharusnya lebih nyata dan memenuhi secara langsung keperluan hidup anak-anak.  
 
Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi jika anda berminat untuk mengisinya? Secara formal syaratnya adalah banyak tetapi kita ambil yang paling penting dan praktikal sahaja. 
 
Antara yang terpenting ialah mempunyai matlamat yang jelas. Ibu bapa hendaklah memiliki kefahaman yang jelas tentang tujuan terakhir pendidikan anak-anak yang ingin mereka capai.  
 
Sebagai contoh, ibubapa yang ingin melaksanakan pendidikan nilai seharusnya telah pun mengenalpasti beberapa nilai penting dan dianggap utama yang ingin diterapkan pada diri anak-anak. Demikian juga dalam konteks kemahiran hidup dan pemikiran kreatif. Objektif yang jelas sangat membantu ibubapa untuk melaksana proses pendidikan seterusnya. 
 
Syarat kedua pula ialah melaksanakan apa jua aktiviti yang munasabah dan berkaitan untuk mencapai objekif tersebut secara sedar. Ini bermakna bahawa ibubapa perlu merancang apa jua aktiviti yang bersesuaian dengan objektif yang telah ditetapkan. 
 
Sebagai contoh, nilai amanah perlu diikuti dengan pemberian tugasan atau kemahiran memasak disusuli dengan latihan penyediaan bahan dan pemikiran kreatif dibuktikan dengan penghasilan sesuatu atau penyelesaian masalah dengan cara yang baharu. 
 
Ringkasnya, ibubapa perlu sedikit perancangan dan diikuti dengan langkah yang praktikal. Jika anak-anak sudah besar dan remaja, perbincangan aktiviti bersama adalah langkah yang terbaik. Pendidikan di rumah seharusnya bersifat jelas di lapangan, menarik, menyeronokkan dan sedikit mencabar.
 
Manakala syarat terakhir ialah para ibubapa perlu melakukan sedikit penilaian untuk melihat setakat mana pencapaian objektif telah berlaku. Penilaian tersebut boleh dilakukan secara tidak formal mengikut kesesuaian konteks. Melalui penilaian juga, proses penambahbaikan boleh dilakukan. 
 
Satu kelebihan pendidikan di rumah yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh para ibu bapa ialah pendidikan fardu ain. Kefahaman konsep ilmu fardu ain dalam kalangan masyarakat awam khususnya para ibu bapa perlu diluruskan semula. Menurut Imam al-Ghazali, ilmu fardu ain bersifat dinamik dan berkembang mengikut alur kehidupan seseorang dan tidak pernah berhenti. 
 
Dalam suasana pandemik di mana pendidikan berlaku di rumah, ibubapa adalah individu terpenting yang memikul tanggungjawab untuk memastikan anak-anak memahami, menguasai dan mengamalkan ilmu fardu ain tersebut. 
 
Pada ketika inilah para ibubapa boleh menyemak bacaan al-Quran, memantau pelaksanaan solat lima waktu bahkan melaksanakannya bersama-sama, memerhatikan amalan kebersihan dan fiqh yang berkaitan secara khusus untuk anak lelaki dan perempuan serta pelbagai lagi.      
 
Pendidikan di rumah seharusnya tidak formal, santai, menarik, berorientasikan amalan, terancang dan berobjektif. Sebenarnya, pandemik telah menjadikan insan yang bergelar ibu dan ayah kembali semua kepada peranannya yang asal sebagai pendidik utama di samping pernah menjawat sebagai pendidik terawal pada suatu ketika dahulu.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=14704

Friday, June 25, 2021

PENERBANGAN PERSENDIRIAN YUGO BERKEMBANG DI ASIA TENGGARA

 


 Table

Jet peribadi jarak pertengahan Gulfstream G200 Penerbangan Persendirian Yugo (Foto: Business Wire)


SINGAPURA, 25 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yugo, platform penerbangan persendirian yang berkembang pesat telah baru-baru ini melancarkan laluan sewa khas terbaharu mereka di Thailand, Kemboja, Malaysia dan Filipina; satu petanda bahawa syarikat penerbangan persendirian yang berpangkalan di Singapura itu sedang bersiap sedia untuk pertumbuhan di Asia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210623005498/en/
 
Dengan memanfaatkan rangkaian helikopter dan jet mereka, Yugo adalah platform mobiliti udara pertama yang menghubungkan Asia Tenggara dengan seluruh Asia Pasifik.

Dengan hanya beberapa klik dan berdasarkan kepada pilihan mereka, pelanggan boleh meminta dan mencari penerbangan bagi jet dan helikopter peribadi daripada satu inventori penerbangan dan laluan yang tersedia.

Beroperasi pada masa ini di Asia Tenggara, Yugo telah meningkatkan jangkauan pelanggan mereka dan armada mereka di rantau itu dalam tempoh masa kurang daripada satu tahun, di tengah-tengah pandemik itu.

Menurut Camille Ngo, Pengurus Komersial Yugo: “Misi kami adalah untuk menyediakan segala kemungkinan bagi pelanggan kami untuk terbang secara peribadi ke mana sahaja, pada bila-bila masa, dengan helikopter atau jet peribadi.”

Camille, yang mengetuai operasi komersial bagi syarikat itu menambah, “Kami berhasrat untuk mencapai satu keadaan penerbangan yang mapan, dengan mengambil kira aspek persekitaran dan tanggungjawab kemasyarakatan”.

Hari ini, untuk mencadangkan penerbangan sewa khas ke lebih 150 destinasi di Asia, Yugo telah membina sebuah armada terdiri daripada lebih 50 pesawat dalam rangkaian mereka, dari beberapa pengeluar pesawat terbaik dalam industri penerbangan seperti jet peribadi Gulfstream, Bombardier, Cessna Textron Aviation dan Dassault Falcon serta helikopter Bell, Airbus, Leonardo atau Robinson. Pesawat itu dipilih untuk keselesaan dan privasi penumpang dari Dubai ke Langkawi, Cebu ke Bali, Sihanoukville ke Shanghai atau Koh Samui ke El Nido, melakukan perjalanan untuk urusan perniagaan mahupun bagi tujuan bersantai.

Jim Baldy, Ketua Pegawai Eksekutif Yugo berkata “Covid-19 telah membentuk semula industri pelancongan sejak tahun 2020. Ini adalah detik yang paling mencabar dalam sejarah penerbangan dan ia telah menguji daya ketahanan kami. Kami telah menyesuaikan cadangan nilai kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami dalam cara yang paling fleksibel, selamat dan terjamin. Dengan semua rintangan yang kami hadapi, kami harus mencari jalan untuk berinovasi, mengekalkan prestasi dan bergerak ke hadapan melalui tahun 2020 dan 2021.”

Dari Asia Tenggara sehingga ke Asia Pasifik, penerbangan popular termasuk penerbangan helikopter atas permintaan, khidmat angkut lapangan terbang, lawatan helikopter, khidmat angkut pulau peribadi, penerbangan perubatan rentas sempadan, pemindahan kecemasan dalam negara atau penerbangan jet perniagaan rentas sempadan, antara lain.

Sesungguhnya, walaupun penerbangan komersial belum meningkat sepenuhnya, penerbangan persendirian telah pulih pada kadar yang lebih pantas. Yugo bersedia untuk terus menyediakan perkhidmatan penerbangan kepada pelanggan dengan keperluan untuk terbang secara peribadi di kawasan Asia Pasifik.

Maklumat mengenai Yugo

Yugo Global Industries Pte Ltd adalah sebuah syarikat penerbangan persendirian yang memberi tumpuan kepada menyediakan penerbangan peribadi dengan helikopter dan jet perniagaan pada kos yang optimum di mana sahaja, pada bila-bila masa. Perkhidmatan penerbangan Yugo dikuasakan oleh platform mobiliti udara mereka dan rangkaian global mereka di seluruh Asia Pasifik.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210623005498/en/

Hubungi

Camille Ngo
Pengurus Komersial
camille@yugoplus.com
www.yugoplus.com

Sumber : Yugo Global Industries Pte Ltd

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...