KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- VITRONIC, peneraju dunia dalam visi mesin perindustrian, hari ini membuka anak syarikat pertamanya di Malaysia, iaitu di Pulau Pinang, dan dihadiri oleh rakan kongsi syarikat, pelanggan dan pengurusan atasan.
Ia akan menjadi penyedia kepada perkhidmatan penuh yang baharu kepada pelanggan VITRONIC di Asia Tenggara dan, syarikat termasuk Malaysian Post, DHL, FedEx dan Thai Post akan melaksanakan sistem untuk logistik dan automasi industri dan teknologi trafik.
Selain cawangan di Shanghai (China) dan Melbourne (Australia), Pulau Pinang kini merupakan tapak VITRONIC yang ketiga di rantau Asia Pasifik (APAC), kata Pengarah anak syarikat itu, Martin Weiss dalam kenyataan di sini.
“Dengan lebih 35 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global, Asia Pasifik setakat ini, merupakan blok ekonomi yang terbesar. Dengan anak syarikat di Malaysia, kami kini berada dalam kedudukan yang baik untuk memberi tumpuan kepada APAC,” katanya.
Cawangan baharu itu akan menyediakan kejuruteraan perkakasan dan perisian, serta latihan dan ujian. Ia juga akan menawarkan perkhidmatan seperti pemasangan, pengoperasian dan servis untuk 11 negara di rantau ini.
“Tindakan pantas dan masa penghantaran akan disokong oleh perkhidmatan selama 24 jam, tujuh hari seminggu dan gudang dengan skala besar. Anak syarikat baharu itu akan turut membantu mewujudkan banyak peluang pekerjaan di Pulau Pinang,” katanya.
Dengan lebih 32 juta penduduk, Malaysia telah menjadi antara ekonomi nasional yang paling pesat berkembang di dunia selama beberapa tahun. VITRONIC bukan sahaja akan berjaya dalam mendapatkan kakitangan yang sesuai tetapi juga dapat memenuhi jangkaan tinggi pelanggan.
Maklumat lanjut, boleh layari https://www.vitronic.com.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment