Friday, April 19, 2019

AMAZON DAN GOOGLE MENGUMUMKAN APLIKASI YOUTUBE RASMI UNTUK DILANCARKAN DI FIRE TV; APLIKASI PRIME VIDEO AKAN DATANG KE CHROMECAST DAN ANDROID TV

Aplikasi YouTube rasmi itu akan tersedia di Fire TV pada bulan-bulan akan datang, memberikan pengguna akses yang lancar kepada sebuah dunia hiburan  termasuk video muzik, pencipta kegemaran mereka, filem, rancangan, berita, sukan secara langsung dan banyak lagi

Ahli-ahli Prime yang membuat penstriman ke peranti Chromecast dan di Android TV akan mempunyai akses yang tiada had, dalam beberapa bulan akan datang, kepada ribuan tajuk dan Karya Asal Amazon termasuk The Marvelous Mrs. Maisel, Jack Ryan karya Tom Clancy, Homecoming, Hanna dan The Widow yang telah memenangi anugerah Golden Globe


SEATTLE & MOUNTAIN VIEW, Calif., 19 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Amazon (NASDAQ: AMZN) dan Google (NASDAQ: GOOGL) mengumumkan bahawa pada bulan-bulan akan datang, kedua-dua buah syarikat akan melancarkan aplikasi YouTube rasmi pada peranti Amazon Fire TV dan TV pintar Edisi Fire TV, serta aplikasi Prime Video untuk penstriman ke peranti Chromecast dan peranti terbina dalam Chromecast. Di samping itu, Prime Video akan tersedia secara meluas merentasi rakan peranti Android TV, dan di aplikasi YouTube TV dan YouTube Kids akan juga disalurkan ke Fire TV pada lewat tahun ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190418005212/en/

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Amazon bagi melancarkan aplikasi YouTube rasmi pada peranti Fire TV di seluruh dunia,” kata Heather Rivera, Ketua Global bagi Perkongsian Produk di YouTube. “Membawa pengalaman YouTube perdana kami ke Amazon Fire TV memberikan kepada pengguna kami lebih banyak cara untuk menonton video dan pencipta yang mereka suka.”

“Kami sangat teruja untuk membawa aplikasi Prime Video ke peranti Chromecast dan Android TV, dan untuk memberikan kepada pelanggan kami akses yang mudah kepada rancangan dan filem yang mereka suka,” kata Andrew Bennett, Ketua bagi Pembangunan Perniagaan Seluruh dunia untuk Prime Video. “Sama ada menonton musim terkini The Marvelous Mrs. Maisel,  menonton pasukan bersaing pada Thursday Night Football atau menyewa sebuah filem yang baru dikeluarkan, pelanggan akan mempunyai lebih banyak cara untuk menstrimkan apa yang mereka inginkan, pada bila-bila masa mereka inginkan, tanpa mengira di mana mereka berada.”

Aplikasi YouTube Rasmi di Fire TV

Aplikasi YouTube perdana itu akan menjadi cara paling mudah bagi pengguna untuk menonton kesemua kandungan YouTube kegemaran mereka di Fire TV. Pengguna akan dapat log masuk ke akaun YouTube mereka yang sedia ada, mengakses kandungan penuh perpustakaan mereka, dan memainkan video dalam 4K HDR pada 60 fps pada peranti yang disokong. Di samping itu, aplikasi YouTube TV dan YouTube Kids kendiri akan juga dilancarkan pada tahun ini pada peranti Fire TV dan TV pintar Edisi Fire TV jika tersedia.

Aplikasi Prime Video di Chromecast dan Android TV

Pengguna Chromecast dan terbina dalam Chromecast, bersama-sama dengan pengguna Android TV, akan mempunyai akses yang mudah kepada katalog Prime Video termasuk musim terbaru bagi Karya Asal Amazon seperti The Marvelous Mrs. Maisel, Hanna, Homecoming, Bosch, Catastropheand The Grand Tour, bersama dengan filem Karya Asal Amazon seperti Guava Island karya Donald Glover, dan filem yang dicalonkan oleh Anugerah Akademi seperti The Big Sick dan Cold War. Prime Video menawarkan kepada pengguna ciri-ciri eksklusif seperti X-Ray serta akses kepada tajuk-tajuk 4K yang disertakan dengan Prime tanpa dikenakan sebarang kos tambahan. Dengan Prime Video pengguna juga boleh menyewa atau membeli tajuk atau memilih lebih daripada 150 Saluran Prime Video termasuk Showtime, HBO, CBS All-Access, Cinemax dan STARZ.

Android TV adalah merupakan tanda perniagaan bagi Google LLC.

Maklumat mengenai Amazon

Amazon dipandu oleh empat prinsip: obsesi pelanggan dan bukannya tumpuan pesaing, keghairahan untuk daya cipta, komitmen kepada kecemerlangan operasi, dan pemikiran jangka panjang. Ulasan pelanggan, membeli-belah 1-Klik, cadangan peribadi, Prime, Capai Keinginan oleh Amazon, AWS, Kindle Direct Publishing, Kindle, tablet Fire, Fire TV, Amazon Echo, dan Alexa adalah beberapa daripada produk dan perkhidmatan yang dipelopori oleh Amazon. Untuk maklumat lanjut, sila layari   www.amazon.com/about dan ikuti @AmazonNews.

Maklumat mengenai Google

Misi Google adalah untuk mengatur maklumat dunia dan menjadikannya dapat diakses dan berguna secara universal. Melalui produk dan platform seperti Carian, Peta, Gmail, Android, Google Play, Chrome dan YouTube, Google memainkan satu peranan yang bermakna di dalam kehidupan sehari-hari bagi berbilion orang dan telah menjadi satu daripada syarikat paling terkenal di dunia. Google adalah merupakan sebuah anak syarikat Alphabet Inc.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190418005212/en/

Hubungi

Amazon.com, Inc.
Talian Khidmat Media
Amazon-pr@amazon.com
www.amazon.com/pr

Sumber : Amazon.com, Inc.

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...