SEGAMBUT, 29 April (Bernama) -- City Coin Laundry Sdn Bhd (LaundryBar) secara rasminya membuka cawangan outlet di M-Avenue, Segambut. Outlet tersebut merupakan outlet yang ke-500 Laundrybar dan salah satu outlet mega bagi syarikat dobi layan diri itu.
Ketua Komunikasi Korporat & Penjenamaan, Mohd Fadzli Ab Rahim berkata, lebih banyak cawangan LaundryBar akan dibuka diseluruh Malaysia dan antarabangsa dan pihaknya merancang untuk membuka 150 cawangan baru menjelang akhir tahun ini.
“Selain itu, pembukaan cawangan baharu ini adalah antara strategi pertumbuhan syarikat untuk menjadi pemain utama industri yang berdaya saing dalam pasaran” katanya ketika ditemui dalam majlis perasmian outlet LaundryBar Mega Store M-Avenue, di Segambut, semalam.
Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Radzali Hassan, Setiausaha Agung MFA, Mohamad Shukri Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan City Coin Laundry Sdn Bhd, Paul Ang.
City Coin Laundry Sdn Bhd mempunyai lebih 500 cawangan LaundryBar di pasaran Malaysia di pelbagai lokasi strategik seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan lain-lain negeri. Tambahan pula, syarikat itu juga telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti Thailand, Brunei, Turki dan merancang untuk membuka pasaran baru di beberapa negara lain.
“Francais Laundrybar berjaya sampai ke tahap ini adalah kerana sambutan yang diberikan kepada Laundrybar oleh netizen begitu memberangsangkan berikutan outlet-outlet dibuka di lokasi yang strategik, mesra pengguna serta mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat” tambahnya.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12101
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MBI SELANGOR PACU AGENDA ESG DENGAN LAPORAN KELESTARIAN PERTAMA 2024/2025
“YAB Dato’ Sri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor (tengah) bersama-sama YB Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri S...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...
No comments:
Post a Comment