REDWOOD CITY, Calif., 2 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- uLab Systems, pencipta bagi perisian perancangan pendakap gigi perintis, telah membuka sebuah pejabat di Shanghai, China. Pejabat baharu itu akan mempercepatkan pembangunan produk, menyokong perkongsian di Asia, dan memudahkan pengembangan global bagi uLab di negara-negara Asia.
uLab Systems beribu pejabat di tengah-tengah Lembah Silikon, CA yang dikenali sebagai tempat kelahiran bagi banyak teknologi yang berinovatif. Sebagai lokasi kedua, uLab telah memilih sebuah taman perindustrian di Shanghai, China kerana infrastruktur yang kukuh dan ketersediaan bakat-bakat bertaraf kelas pertama.
Charlie Wen, Presiden bagi uLab Systems, menyatakan, “Kami sangat teruja dengan pengembangan terbaharu kami ke China. Pejabat ini akan membantu kami menyokong rakan-rakan baharu kami di pasaran Asia. Di samping itu, kemudahan baharu itu akan membolehkan kami untuk memperluaskan pasukan perisian kami di sebuah lokasi yang lebih berpusat di China untuk membantu dengan mempercepatkan pembangunan produk.”
Pada masa ini, uLab mempunyai sebuah perisian perancangan pendakap gigi yang sangat intuitif yang membantu pakar-pakar ortodontik membuat pelan rawatan pendakap gigi akhir ke akhir dalam masa hanya 10 minit. Bakat baharu yang diambil akan membolehkan uLab untuk terus memberikan kawalan kembali kepada pakar-pakar ortodontik apabila ia melibatkan perancangan rawatan pendakap gigi.
uLab pada masa ini sedang aktif bersedia untuk memperluaskan pelancaran mereka dengan menawarkan lesen baharu kepada pakar-pakar ortodontik pada mesyuarat tahunan Persatuan Ortodontik Amerika pada Mei. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang uLab Systems, atau berminat untuk menjalin kerjasama dengan uLab di luar Amerika Utara, sila layari laman web kami www.ulabsystems.com atau hubungi kami melalui maklumat di bawah.
Maklumat mengenai uLab Systems
uLab diterajui oleh usahawan dan ahli teknologi yang komited untuk memberikan perkhidmatan kepada komuniti ortodontik dan pesakit mereka dengan memberi kawalan kembali kepada pakar-pakar ortodontik. uLab Systems terletak di Redwood City, CA dan ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Charlie Wen dan Amir Abolfathi.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12025
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE
IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
NEW YORK, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Computer Generated Solutions, Inc. (CGS), sebuah penyedia global aplikasi perisian, pembelajar...
-
Pemimpin AI UK membuat satu siri pengumuman untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi memanfaatkan Revolusi Operasi Data dan AI di QuanCon...
No comments:
Post a Comment