NEW YORK, NY, 5 April (Bernama) -- Shelter Rock Capital Advisors (Shelter Rock) hari ini mengumumkan bahawa ia telah membentuk satu perikatan strategik dengan Penmount Partners untuk menerajui pengembangan Shelter Rock di Asia. Rakan Pengurusan Penmount adalah seorang veteran industri Philip (Lev) Levinson, seorang penasihat modal yang memberi tumpuan kepada hartanah dan berpusat di Singapura. Beliau telah mewujudkan kehadiran Blackstone di Australia dan, paling terbaharu, mengetuai IPO bagi Cromwell REIT Eropah, sebuah REIT kepelbagaian bernilai EUR1 bilion dengan aset merentasi lima buah negara Eropah, disenaraikan di Singapura - yang pertama seumpamanya di Asia.
Walter Stackler, Pengasas dan Rakan Pengurusan Shelter Rock, berkata, “Saya sangat teruja untuk menjalin kerjasama dengan Lev ketika kami memperluaskan aktiviti pengedaran kami di Asia melampaui Jepun. Beliau telah mencapai banyak kejayaan di Asia dengan syarikat-syarikat terkemuka seperti LaSalle, Park Hill dan Blackstone. Pendekatan beliau yang kreatif dan difikirkan dengan teliti untuk membantu syarikat-syarikat hartanah mengembangkan perniagaan mereka adalah sejajar dengan falsafah Shelter Rock dan akan terus mengukuhkan jangkauan Shelter Rock dengan pelabur global menjangkau aktiviti antarabangsa kami yang sedia ada di Amerika Latin, Eropah dan Jepun.”
Philip Levinson berkata: “Tahun lepas, aliran keluar modal Asia ke EMEA dan Amerika Syarikat berjumlah hampir $35 bilion. Kami gembira kerana dapat menjalin kerjasama dengan Shelter Rock untuk menyediakan pangkalan pelabur kami dengan akses yang unik dan bebas kepada peluang-peluang di pasaran ini.” Beliau seterusnya berkata, "Saya sangat kagum dengan pelanggan-pelanggan Shelter Rock yang berkualiti tinggi dan tidak sabar-sabar untuk membantu mereka mengakses modal di Asia.”
Ditubuhkan pada tahun 2014, Shelter Rock Capital Advisors adalah sebuah butik penasihat modal aset benar dan hartanah yang berpangkalan di New York yang menawarkan perkhidmatan penjanaan modal dan perkhidmatan berkaitan kepada pengurus, operator dan pelabur pelaburan. Pendekatan kesesuaian syarikat itu membantu pelanggan untuk mengakses sumber yang paling sesuai bagi modal untuk pelbagai jenis harta tanah dan geografi.
Penmount Partners adalah sebuah syarikat penasihat modal pakar yang berpangkalan di Singapura, dengan menyediakan penyelesaian pasaran modal yang disasarkan kepada kedua-dua orang awam dan sektor hartanah swasta di seluruh rantau itu. Pelanggan termasuk REIT’s, Private Equity Real Estate Funds and Family Offices.
SUMBER: Shelter Rock Partners & Penmount Partners
--BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment