Sunday, April 14, 2019

AGROBANK ERAT SILATURAHIM MENERUSI AGROBANK BERUKHUWAH

SUNGAI BULOH, Selangor, 14 April (Bernama) -- Sebagai sebuah bank perbankan Islam milik kerajaan yang diberikan mandat untuk membantu golongan yang kurang mendapat perhatian (unserved & underserved community), Agrobank hari ini menganjurkan program Agrobank BerUkhuwah dengan kerjasama Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh bagi mendekati dan membantu komuniti yang memerlukan.
 
Dengan pendekatan ‘sayang masjid’, program komuniti masjid ini merupakan yang pertama daripada sepuluh (10) program Agrobank BerUkhwah yang akan dianjurkan bagi memupuk budaya bantu-membantu dan bekerjasama selain merapatkan hubungan silaturahim di antara pihak Agrobank dan komuniti setempat.  
 
Menurut Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, inisiatif ini dilaksanakan untuk menyediakan ruang kepada kakitangan setempat untuk lebih terlibat dengan komuniti tempatan.  Menerusi aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti solat berjemaah, gotong-royong, penyampaian zakat dan aktiviti kemasyarakatan lain, Agrobank berharap agar inisiatif ‘sayang masjid’ seumpama ini dapat memberi manfaat kepada pihak masjid dan ahli kariah masjid. 
 
"‘Program Anak Muda: Basuh Motor Percuma’ merupakan antara program yang dijalankan bagi menarik keterlibatan belia dengan aktiviti yang dianjurkan masjid.  Ini secara tidak langsung merapatkan ukhuwah dan minat golongan belia untuk melaksanakan program-program kemasyarakatan khususnya bersama komuniti setempat.  Selain itu, menyedari tentang kepentingan untuk menjaga alam sekitar, pihak Agrobank dan Masjid Saujana Utama turut menganjurkan sesi menanam pokok buah-buahan di sekitar kawasan masjid di mana tanaman yang akan menghasilkan buah-buahan pada masa hadapan ini apabila berhasil akan dapat dikongsi bersama.”
 
Pada majlis yang sama, Agrobank juga turut menyalurkan bantuan zakat bagi tujuan perlaksanaan program melibatkan golongan asnaf yang secara keseluruhannya berjumlah RM10,000.
 
Selain itu, Agrobank turut menghadiahkan beberapa buah tabung bergerak kepada Masjid Saujana Utama bagi kegunaan pihak masjid untuk memudahkan urusan kutipan derma/sumbangan terutama ketika solat jumaat dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid.
 

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.
www.agrobank.com.my 

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank


SUMBER : Agrobank

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...