Monday, April 15, 2019
PT Asahimas Flat Glass, Indonesia mulakan pengeluaran komersial di kilang Cikampek
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Syarikat kumpulan AGC, Indonesia, PT Asahimas Flat Glass Tbk (AMG) telah memulakan operasi pengeluaran barisan cermin di kilangnya di Cikampek pada suku pertama 2019.
AMG ialah sebahagian kumpulan AGC global yang ditubuhkan secara usaha sama pada 1973 antara Asahi Glass Co Ltd (pembuat kaca di Jepun) dan PT Rodamas (pengedar kaca dan barangan pengguna berkaitan di Indonesia).
Operasi itu susulan pelancaran relau kaca terapung baharunya dan pengeluaran besar-besaran lapisan semburan magnetron baharunya pada suku ketiga 2018, menandakan satu lagi pertapakan penting AGC di Asia.
Dengan relau kaca terapung, barisan lapisan magnetron dan barisan cermin yang bersepadu dan canggih, AMG menawarkan sumber tunggal bagi pelbagai jenis produk kaca khusus dan penyelesaian untuk memenuhi keperluan pasaran berbeza di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC).
Lapisan magnetron baharu yang menggunakan teknologi AGC-Interpane Eropah itu berupaya mengeluarkan produk kawalan solar, kaca berprestasi tinggi dan pilihan pelbagai spektrum dalam saiz besar sehingga enam meter.
Siri lapisan berprestasi tinggi, T-Sunlux dan Stopray yang disasarkan untuk segmen kediaman dan komersial bagi pasaran APAC telah dilancarkan secara berperingkat, menurut satu kenyataan.
T-Sunlux ialah kaca berlapisan magnetron tidak mudah pecah dengan lapisan tahan lama manakala Stopray ialah kaca berlapisan magnetron berprestasi tinggi yang memberikan pilihan terbaik dengan penampilan neutral.
Barisan cermin baharu itu merupakan langkah besar bagi AMG dalam usahanya meningkatkan barisan produknya dengan pelancaran Mirox MNGE (Mirox New Generation Ecological Mirrors), dikeluarkan menggunakan teknologi AGC Eropah yang dipaten berserta dengan tahap kualiti dan perkhidmatan optimum yang sama.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment