Alami masa silam Cina kuno bandar raya ini dengan empat festival yang tidak dapat dilupakan pada musim bunga ini
HONG KONG, 26 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kaya dengan budaya dan tradisi, Hong Kong meraikan masa silam Cina mereka dengan festival purba yang unik. Kedatangan musim bunga ini, mengimbas masa silam dengan empat festival yang menarik: Festival Tin Hau, Festival Cheung Chau Bun, dan hari ulang tahun kelahiran bagi Buddha dan Tam Kung.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Sila lihat siaran lengkap di sini:
http://www.businesswire.com/news/home/20190417006065/en
“Lembaga Pelancongan Hong Kong dengan rasa bangganya menyokong budaya dan warisan yang menjadikan Hong Kong sebagai sebuah bandar raya yang penuh meriah,” kata Anthony Lau, Pengarah Eksekutif bagi Lembaga Pelancongan Hong Kong. “Kami menjemput pelawat untuk menghayati festival-festival purba ini, dengan warna-warna yang benar-benar menawan dan memeriahkan bandar raya ini.”
Dari paluan gendang yang kuat, gong yang memegunkan dan tarian naga penuh warna-warni untuk mengembirakan orang ramai dan roti bun Cina yang tinggi menggunung, di sini adalah beberapa perayaan yang tidak dapat dilupakan di Hong Kong:
27 April
Festival Tin Hau
Satu festival Tin Hau, Dewi Laut, festival eponim ini memikat ribuan orang kepada Yuen Long yang tenang pada setiap bulan lunar yang ketiga. Sambutan festival ini berpusat di sekitar perarakan Shap Pat Heung fa pau (kalungan bunga). Bermula pada pukul 10 pagi, perarakan itu memenuhi jalan-jalan dengan kalungan bunga yang mewah, penari-penari tradisional, dan kumpulan pancaragam yang penuh bertenaga.
9-13 Mei
Festival Cheung Chau Bun
Berlangsung di Pulau Cheung Chau yang menawan, Festival Roti yang terkenal itu telah dinamakan sebagai satu daripada “10 Perayaan Tempatan yang Aneh” oleh Majalah TIME, di atas alasan yangbaik. Mengikut ceritanya, penduduk kampung telah memanggil Pak Tai, sebuah dewa yang kuat, untuk melindungi mereka dari satu wabak yang dahsyat, dan kemudian diarak di jalan-jalan raya untuk menangkis roh-roh jahat.
Selama lebih satu abad, penduduk kampung merayakan festival itu dengan Perarakan Piu Sik (Warna-warna Terapung), patung-patung papier-mâché, persembahan opera Cina, tarian singa, dan makanan yang lazat pada sepanjang minggu.
Di manakah datangnya roti? Setiap tahun, pembekal tempatan menghasilkan puluhan ribu ping on bao, aka “roti bertuah”. Pastikan anda menandakan kalendar anda untuk acara utama itu: Pada 12 Mei pada pukul 11.30 malam, Pertandingan Merebut Roti yang sukar hendak dibayangkan akan berlangsung. Pesaing akan memanjat menara buluh setinggi 14 meter yang dilitupi dengan 9,000 roti tiruan dan berusaha untuk mengumpul sebanyak mungkin roti dalam masa tiga minit!
6-12 Mei
Ulang tahun kelahiran Buddha
Bandar raya ini meraikan Ulang Tahun kelahiran Buddha dengan mengadakan karnival dan pengalaman kerohanian selama satu minggu. Satu ritual biasa adalah 'Memandikan Buddha', di mana penganut mencuci patung Buddha dengan air untuk menunjukkan rasa hormat. Kemudian terdapat Karnival Sambutan untuk Ulang Tahun kelahiran Buddha di Victoria Park, Konsert Amal Hari Lahir Buddha di Coliseum Hong Kong, dan pelbagai acara di Biara Po Lin, di Pulau Lantau yang subur.
12 Mei
Ulang tahun kelahiran Tam Kung
Satu dewa laut yang disembah oleh masyarakat nelayan, Tam Kung terkenal kerana wajahnya yang tidak dimakan usia dan kemampuannya untuk meramal cuaca. Setiap bulan lunar yang keempat, penduduk kampung meraikan dewa itu di Tokong Tam Kung yang berusia satu abad di Shau Kei Wan dengan perarakan tarian singa dan naga tradisional.
Untuk butiran:
http://www.discoverhongkong.com/eng/see-do/events-festivals/chinese-festivals/index.jsp
Untuk foto resolusi tinggi:
https://www.dropbox.com/sh/wpkcyazq7kcbp05/AAC5NXFMYETabqeiheW4KQ_Ka?dl=0
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
http://www.businesswire.com/news/home/20190417006065/en
Hubungi
Hubungan Media
Vivian Li
Vivian.li@hktb.com
Sumber: Lembaga Pelancongan Hong Kong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment