SINGAPURA, 23 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berikutan kejayaan pelancaran perkhidmatan mereka, Onchain Custodian (ONC), penjaga aset digital yang disokong oleh Sequoia, Fosun dan DHVC, mengumumkan kemunculan pelanggan mereka yang pertama dan penubuhan perkongsian penting.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20190422005266/en/Onchain-Custodian-Cryptocurrency-Digital-Asset-Custodian-Backed
Beribu pejabat di Singapura, ONC telah membangunkan satu perkhidmatan penjagaan peribadi dan komprehensif untuk pelabur institusi dan pelabur bertauliah bagi mendapatkan aset digital dengan keselamatan dan kawalan gred institusi. Platform Penjaga Aset Digital SAFE™ dibina secara fleksibel untuk memenuhi kemungkinan masa hadapan bagi penjagaan aset digital.
Acara pelancaran Onchain Custodian berlangsung di Mandarin Oriental Singapore pada 11 April semasa Sidang Kemuncak Kewangan Baharu Blok Rantai Asia Pasifik. Acara itu telah menarik tetamu VIP dari seluruh dunia, dari Kanada hingga ke China. Sebahagian daripada mereka telah mengumumkan pada acara itu mengenai rancangan mereka untuk menggunakan perkhidmatan Onchain Custodian.
Selain Yayasan Ontologi, yang mengumumkan dua minggu lalu berhubung penggunaan perkhidmatan itu, Tembusu Partners, Pre Angel, JLAB| JD Capital, Fission Capital, Frees Fund, Timestamp Capital, Milestone, antara tujuh yang lain, akan memulakan proses penggabungan dengan Onchain Custodian pada minggu-minggu mendatang.
Encik Pak Lum MOCK, Rakan Pengurusan, Tembusu Partners. “Sebagai sebuah firma ekuiti persendirian yang terkemuka dengan akar umbi yang mendalam di Asia Baru Muncul, Tembusu memiliki pelaburan aset digital yang kami mahu ia selamat dan diurus dengan betul. Kami percaya bahawa Onchain Custodian, dengan jejak Asia Pasifik yang mantap, akan menawarkan kepada kami perkhidmatan peribadi yang kami cari.”
Encik Jian SUN, Pengasas, JLAB | JD Capital: “Pengasas dan penyokong Onchain Custodian adalah merupakan testimoni yang kuat tentang kesungguhan projek itu. Dengan menyimpan dengan selamat aset digital kami dengan ONC, kami mengikuti amalan terbaik yang harus diguna pakai bagi mana-mana institusi pelaburan; penjagaan pihak ketiga yang bebas.”
Cik Sandy Peng, Rakan, Fission Capital: “Pelaburan aset digital adalah sukar untuk dikendalikan memandangkan kepelbagaian semasa bagi blok rantai dan protokol token. Mempunyai akses tetingkap tunggal yang selamat kepada blok rantai yang ditawarkan oleh Onchain Custodian akan membantu kami menguruskan pelaburan kami”.
Semasa acara pelancaran itu, Onchain Custodian juga mengumumkan perkongsian penting dengan rakan saluran seperti Infinito yang akan membantu mempromosikan perkhidmatan ONC, tetapi juga kumpulan-kumpulan industri. Alexandre Kech, Ketua Pegawai Eksekutif, ONC: “Amalan terbaik di sekitar penjagaan aset digital adalah penting kepada masa hadapan bagi industri ini. Kami komited untuk bekerjasama dengan pelanggan tetapi juga persatuan seperti Distributed Regtech Collaboration Platform, Persatuan Blok Rantai Malaysia atau Persatuan Pertukaran Digital untuk membina piawaian global bagi penjagaan aset digital.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12078
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment