Wednesday, April 3, 2019

MIKROPENGAWAL BERASASKAN ARM® CORTEX®-M4 DENGAN PEMASA TERBINA DALAM DAN SALURAN KOMUNIKASI MENCAPAI PEMPROSESAN DATA BERKELAJUAN TINGGI


TOKYO, 29 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah menambah Kumpulan M4G (1) kepada Keluarga TXZ™ mereka bagi mikropengawal berasaskan Arm® Cortex®-M4 untuk peralatan automasi pejabat (OA), peralatan audio visual (AV) dan peralatan perindustrian. Pengeluaran secara besar-besaran akan bermula dengan produk terpilih dan kemudian ia diperluaskan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190328005340/en/

Kumpulan M4G (1) adalah didasarkan kepada teras Arm Cortex-M4 dengan FPU. Ia menggabungkan litar analog berprestasi tinggi, pelbagai rangkaian pemasa dan saluran komunikasi, dan boleh didapati di dalam pelbagai barisan pakej, dari 100 hingga 177 pin, dengan ingatan kilat pada papan yang mencakupi dari 512KB sehingga 1536KB. Frekuensi kendalian adalah sehingga 160MHz.

Di samping litar analog berketepatan tinggi yang termasuk sebuah penukar 12-bit AD (sehingga 24 saluran) dengan kelajuan penukaran 1.0μs dan penukar 8-bit DA (2 saluran), Kumpulan M4G (1) itu menggabungkan dua pengawal DMA: sebuah pengawal DMA berkelajuan tinggi dan sebuah pengawal DMA pelbagai fungsi. Kedua-duanya merealisasikan penggunaan tenaga rendah dan fungsi termaju, dan pada masa yang sama menggabungkan litar persisian yang serba boleh, seperti antara muka ingatan bersiri (SMIF), UART, I2C, TSPI, dan pemasa, dan sokongan bagi sistem berskala besar.

Penukar AD membolehkan pemilihan bagi dua tempoh pensampelan dengan saluran arbitrari, yang menyumbang kepada pengurangan bahagian pelarasan impedans di dalam sistem berskala besar yang memerlukan pelbagai sensor. Sebuah fungsi pengaitan terbina dalam untuk pemasa, UART, dan TSPI, dan sebuah litar pengesan sensor jarak waktu (ISD), menyumbang kepada beban yang berkurangan di dalam pemprosesan perisian.

Toshiba merancang untuk mengeluarkan kumpulan mikropengawal bagi kawalan komunikasi di dalam pemprosesan data berkelajuan tinggi, dan peranti yang dilengkapi dengan litar analog berketepatan tinggi untuk mengawal motor berkelajuan rendah hingga sederhana. Syarikat itu terus memperluaskan keluarga TXZ untuk memenuhi keperluan bagi kawalan motor dan pasaran penderiaan global.

-Aplikasi
Pelbagai aplikasi: Peralatan OA termasuk MFP, peralatan AV, dan peralatan perindustrian.

-Ciri-ciri utama

Arm Cortex-M4 teras berprestasi tinggi, beroperasi pada sehingga 160MHz
Berdasarkan kepada piawaian global Arm Cortex-M4 teras.

Satu barisan komprehensif bagi variasi ingatan dan pakej
Satu barisan meluas bagi variasi ingatan dan pakej yang meliputi aplikasi di dalam produk yang pelbagai.

Mikropengawal serbaguna yang dilengkapi dengan pelbagai antara muka dan saluran komunikasi, yang sesuai untuk peralatan MFP dan AV yang memerlukan pemprosesan data berkelajuan tinggi.
 
- Gambaran keseluruhan dan spesifikasi utama
Siri produk Siri TXZ4
Kumpulan produk Kumpulan M4G (1)
CPU teras Arm Cortex-M4
Frekuensi kendalian maksimum 160MHz
Pengayun dalaman 10MHz(±1%) *1
Ingatan terbina dalam Kilat (kod) 512K hingga 1536KB
 Kilat (data) 32KB
 RAM 130K hingga 194KB
Port I/O 91 hingga 155
Fungsi komunikasi UART 4 hingga 8 saluran
 TSPI 5 hingga 9 saluran
 I2C 3 hingga 5 saluran
 Antara muka ingatan bersiri (SMIF) 1 saluran
 CEC 1 saluran
Penukar 12-bit AD (ADC) Input saluran 16 hingga 24 saluran
 Masa penukaran minimum 1.0μs
Penukar 8-bit DA (DAC) 2 saluran
Pemacu motor boleh atur cara termaju (A-PMD) 1 saluran
Output PWM pelengkap 3-fasa: resolusi: 12.5ns
Fungsi penghenti kecemasan oleh input luaran
Pemasa Digunakan sebagai pemasa 32-bit: 14 saluran
Digunakan sebagai pemasa 16-bit: 28 saluran
Litar pengesan sensor jarak waktu 1 hingga 3 unit
Pemasa jangka panjang 1 saluran
Pemproses isyarat kawalan jarak jauh (RMC) 1 hingga 2 saluran
Waktu tepat masa (RTC) 1 saluran
Pengawas masa (WDT) 1 saluran
Pengawal DMA (DMAC) 43 hingga 47 saluran /3 unit
Julat suhu kendalian -40 hingga +85℃
Voltan bekalan 2.7 hingga 3.6V
Jumlah pin 100 hingga 177 pin
Semak Stok & Pembelian Beli secara dalam talian
*1: Tetapan asal kilang
 
Bahan sokongan pelanggan
 
Kami telah menyediakan bahan-bahan untuk membantu pelanggan memilih produk yang sesuai.
Helaian data Penjelasan mengenai fungsi dan operasi, tugasan pin dan ciri-ciri elektrik bagi setiap kumpulan produk. Spesifikasi untuk menyokong pelanggan yang menggunakan sistem sebenar. Muat turun dari halaman maklumat produk
Manual rujukan Butiran bagi fungsi terbina dalam (IP) bagi produk. Spesifikasi membolehkan pelanggan untuk menyemak butiran fungsi bagi setiap IP individu, seperti kawalan jam/litar kawalan motor dan penukar AD, dalam unit mendaftar. Muat turun dari halaman maklumat produk
Pemacu/program sampel Sebuah sampel pemacu CMSIS dan sampel program yang boleh menyemak operasi pada satu papan penilaian. Kod sumber, dan projek bagi IAR EWARM dan Keil MDK boleh diperolehi. Muat turun dari nota aplikasi dan halaman sampel program
Nota aplikasi Sampel manual program.
Dokumen boleh diperolehi dalam unit fungsi  (IP).
 Muat turun dari halaman maklumat produk
Papan penilaian Pelanggan boleh menyemak ciri-ciri fungsi pada papan penilaian menerusi operasi sebenar. Boleh diperolehi di ChipOneStop
Klip video Sebuah video pengenalan kepada papan penilaian. 
 
Maklumat produk
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/design-support/search/multiSearch.1.1.TMPM4G.html

Untuk pengenalan bagi kumpulan setiap produk, sila layari:

-Kumpulan M4G (1)
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/microcomputer/lineup/arm-micon/txz4-series/m4g-1.html

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu pada pengedar dalam talian, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TMPM4G.html

* Arm dan Cortex adalah tanda perniagaan berdaftar bagi Arm Limited (atau anak syarikat mereka) di Amerika Syarikat dan/atau di tempat lain.
* TXZTM adalah tanda perniagaan bagi Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.
* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang lain adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Sistem LSI III
Tel: +81-44-548-2188
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190328005340/en/ 

 

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...