Pada masa ini, 86% jualan tertumpu di pasaran luar negara
SÃO PAULO, 11 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Suzano (NYSE:SUZ), pergabungan antara Suzano Papel e Celulose dan Fibria telah meningkatkan jualan Eucafluff dalam pasaran Eropah, Asia dan AS. Produk ini adalah satu-satunya pulpa bulu halus berasaskan kayu putih yang dijual di dunia dan digunakan dalam barangan kebersihan diri seperti lampin pakai buang dan tuala wanita. Eucafluff dianggap sebagai satu rujukan untuk inovasi dan kemapanan dan ia diterima baik oleh pengeluar-pengeluar global. Dalam masa 6 bulan belakangan ini, syarikat seperti Ontex dan Vinda International, selain daripada syarikat-syarikat tempatan di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan China telah melakukan pembelian dengan Suzano.
Pada masa ini, 86% jualan Eucafluff adalah dari luar negara, yang mana 32% telah terjual di Asia. “Penerimaan pulpa bulu halus kami di dalam pasaran-pasaran matang dan syarikat-syarikat multinasional membuktikan bagaimana fiber kayu putih ini dapat memberikan prestasi yang baik kepada pasaran kebersihan diri. Kami komited untuk mempertingkat kualiti dan prestasi produk akhir para pelanggan kami dan ini dibuktikan dalam kerjasama global yang telah kami wujudkan kebelakangan ini,” kata Alexandre Corrêa, Pengurus Eksekutif Unit Perniagaan di Suzano.
Dibangunkan oleh Suzano dan hasil daripada kajian selama 11 tahun, Eucafluff merupakan pulpa kraft luntur dari jenis bulu halus kayu putih yang pertama di dunia dan ia digunapakai antara lainnya, di dalam produk-produk penyerap, selain daripada produk-produk kebersihan diri, produk pakai buang seperti lampin kanak-kanak dan dewasa dan tuala wanita. Manfaat utama yang diberikan oleh fiber yang unik ini adalah penyerapan dan penyimpanan cecair yang lebih tinggi dalam produk asas dan keselesaan dan perlindungan yang lebih baik buat pengguna akhir, contohnya dalam seluar inkontinens. Ini adalah disebabkan ciri ketermampatan yang tinggi dalam fiber kayu putih ini, yang secara tidak langsung juga mampu mengurangkan saiz pembungkusan, kos pengangkutan dan penyimpanan.
Suzano sudah berusia 95 tahun, memiliki 11 kilang dan melalui produk-produknya, ia wujud dalam kehidupan lebih daripada 2 bilion orang. Syarikat ini merupakan peneraju utama dunia di dalam pengeluaran pulpa kayu putih, iaitu sejenis bahan mentah yang dibangunkan oleh syarikat itu sendiri dalam tahun 1960-an. Ia juga merupakan perintis di dalam pengeluaran bulu halus kayu putih, selain merupakan antara pengeluar kertas terbesar di Amerika Latin. Sejak penubuhannya, Suzano telah melabur dalam penyelesaian inovatif dan unik, dalam usaha mencari penggantian bahan mentah daripada fosil kepada sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12047
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment