Saturday, July 20, 2024

XSOLLA MENGAMBIL ALIH LFG UNTUK MENINGKATKAN KETERSAMBUNGAN PERMAINAN DAN PERDAGANGAN




Pengambilalihan Strategik Bertujuan Memperkasa Pencipta dan Meningkatkan Keterlibatan Pengguna Merentasi Platform


LOS ANGELES, 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, syarikat perdagangan permainan video global, mengumumkan pengambilalihan LF.Group, peneraju dalam penyelesaian digital untuk komuniti permainan. Kerjasama strategik ini bersedia mengubah cara pembangun berhubung dengan khalayak masing-masing dan menguruskan transaksi merentasi pelbagai platform, menyepadukan teknologi canggih untuk menambah baik pengalaman pencipta dan pemain.

Presiden Xsolla, David Stelzer, berkongsi maklumat, “Melabur dalam teknologi dan menyediakan penyelesaian berinovatif yang meningkatkan pengalaman permainan bagi pembangun menjadi teras kepada strategi kami. Pengambilalihan ini akan memperkaya keupayaan kami dengan ketara melalui penggabungan kekuatan teknologi LF.Group dalam rangka kerja perdagangan kami.”

LF.Group telah memainkan peranan penting dalam penyelesaian ketersambungan pemain, terutamanya melalui teknologi bot Diskord canggih, yang merupakan perkara utama kepada pengambilalihan ini. Teknologi ini memudahkan interaksi dan transaksi yang dipertingkat dalam komuniti permainan, sejajar dengan strategi Xsolla untuk menyokong pembangun permainan dan penerbit menjana pendapatan kandungan masing-masing dengan berkesan.

Alexey Moiseenkov, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama LF.Group, menekankan matlamat bersama pengambilalihan tersebut. “Kami amat teruja untuk membawa teknologi dan visi kami ke Xsolla. Bersama-sama, kami menyasar untuk mewujudkan persekitaran permainan yang lebih berhubung dan mesra transaksi, berkembang melangkaui platform tradisional untuk memasukkan perkhidmatan pemesejan utama seperti WhatsApp.”

Kerjasama itu akan memberikan tumpuan kepada penyelesaian perdagangan Xsolla, Xsolla Mall. Penyelesaian ini memudahkan pengedaran kandungan permainan melalui kedai berjenama tersuai pempengaruh dan kedai secara langsung kepada pengguna. Tujuan penyelesaian tersebut ialah untuk mengembangkan rangkaian pengambilalihan pempengaruh dan meningkatkan pengedaran item maya dan kunci permainan secara global. Semasa penyepaduan berjalan, kedua-dua syarikat komited untuk menumpukan kepada pengalaman pengguna akhir, memastikan bahawa inovasi yang dibangunkan berupaya memberikan impak dan mesra pengguna.

Untuk maklumat lanjut tentang pengambilalihan, sila kunjungi: xsolla.pro/lfg.

Maklumat Tentang Xsolla

Xsolla ialah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alatan dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa direka bentuk khusus untuk industri tersebut. Sejak penubuhan Xsolla pada tahun 2005, syarikat itu telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan pelbagai saiz dengan membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana pendapatan permainan mereka secara global dan merentasi platform berbilang. Sebagai peneraju berinovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla ialah menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan penjanaan pendapatan global bagi membantu rakan niaga kami mencapai lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di London, Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Raleigh, Tokyo dan bandar lain di seluruh dunia, Xsolla memberikan sokongan kepada tajuk permainan utama seperti Valve, Twitch, Epic Games, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.

Untuk maklumat tambahan dan mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: xsolla.com.

Maklumat Tentang LF.GROUP

LF.Group membangunkan kit peralatan yang mengandungi platform Web, bot LFG dalam Diskord dan aplikasi mudah alih. Semua itu mempunyai satu tujuan: mencipta cara paling mudah untuk berhubung dengan pemain lain yang mempunyai tahap kemahiran dan minat yang sama. Walau apa pun permainan yang sering anda main, sesetengah individu sepadan dengan slot masa dan matlamat dalam permainan anda dengan sempurna. Peralatan LFG menyokong semua kriteria ini dan lebih banyak lagi.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54095714/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18338

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...