Monday, July 15, 2024

PLATFORM BAHARU MEMBOLEHKAN SYARIKAT INSURANS ASIA PASIFIK MEMANFAATKAN PERTUMBUHAN




Syarikat menerima guna sistem teras moden untuk ketangkasan, pelancaran produk dengan lebih pantas, membuat keputusan yang lebih baik, laporan ISG Provider Lens™ menyatakan


SYDNEY, 15 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Banyak syarikat insurans di Asia Pasifik mula melaksanakan platform teknologi canggih bertujuan menguasai perniagaan tambahan dengan lebih baik di rantau yang berkembang pesat untuk industri, menurut laporan penyelidikan baharu yang diterbitkan pada hari ini oleh Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka.

Laporan Penyelesaian Platform Insurans ISG Provider Lens™ 2024 untuk Asia Pasifik menyatakan bahawa syarikat insurans memerlukan platform teras moden untuk kekal berdaya saing.

“Syarikat dengan penuh minat sedang meneroka sistem baharu supaya masing-masing boleh beralih dari persekitaran teknologi yang telah digunakan selama beberapa dekad,” kata Michael Gale, rakan kongsi dan peneraju serantau, ISG Asia Pasifik. “Ada kesedaran yang besar bahawa dalam usaha memenuhi permintaan pelanggan baharu, pelaburan dalam teknologi perlu dilaksanakan.”

Walaupun insurans merupakan industri yang agak baharu dan sedang berkembang pesat di seluruh Asia Pasifik berbanding di Amerika Utara atau Eropah, pengembangan industri ini adalah paling pantas, memandangkan pasaran insurans masih belum cukup matang, seperti di India, Thailand dan Malaysia, menurut ISG. Syarikat insurans menaik taraf sistem dengan paling pantas dalam pasaran ini, berusaha memanfaatkan kadar pertumbuhan dua angka dalam beberapa kategori produk.

Banyak syarikat insurans di rantau ini membuat pelaburan teknologi baharu meskipun menghadapi cabaran kuat, termasuk belanjawan yang ketat dan kunci kira-kira yang sering lemah, mengikut ISG. Kos yang tinggi, pelbagai pilihan teknologi dan risiko melaksanakan sistem baharu telah memperlahankan proses kemajuan di sesetengah syarikat.

Walau bagaimanapun, beralih daripada infrastruktur berasaskan kerangka utama kepada platform digital moden membolehkan masa yang lebih pantas ke pasaran dan banyak manfaat lain, termasuk kecekapan dan kebolehskalaan lebih tinggi, keselamatan lebih ketat, membuat keputusan dengan lebih baik dan pengalaman pelanggan yang bertambah baik, menurut laporan itu. Syarikat insurans di Asia Pasifik juga menggunakan transformasi digital sebagai peluang untuk melaksanakan pengkomputeran awan dan metodologi Tangkas dan DevOps moden.

Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada teknologi baharu, terutamanya platform AI yang boleh menambah baik operasi dan pembuatan keputusan, banyak syarikat insurans di Asia Pasifik menyedari keperluan memodenkan sistem data masing-masing, mengikut ISG.

“AI tidak dapat menghasilkan keputusan yang optimum daripada data legasi silo atau tidak andal,” kata Jan Erik Aase, rakan kongsi dan pemimpin global, Penyelidikan ISG Provider Lens. “Penyedia yang berkelayakan membantu syarikat insurans membersihkan data masing-masing sebelum melaksanakan alat generasi baharu.”

Laporan itu juga mengkaji trend industri insurans Asia Pasifik yang lain, termasuk kepentingan sistem pentadbiran polisi berskala dan peranan platform kod rendah/tanpa kod dalam projek pemodenan yang semakin meningkat.

Untuk mendapatkan lebih banyak cerapan dalam cabaran teknologi yang dihadapi oleh perusahaan di Asia Pasifik, termasuk sistem legasi yang tidak didokumenkan dan tahap kepercayaan yang rendah oleh pelanggan insurans, serta nasihat ISG untuk mengatasi halangan ini, lihat taklimat Tumpuan Utama ISG Provider Lens™ di sini.

Laporan Penyelesaian Platform Insurans ISG Provider Lens™ 2024 untuk Asia Pasifik menilai keupayaan 28 penyedia perkhidmatan merentasi dua sukuan: Penyelesaian Platform Insurans Hayat dan Persaraan dan Penyelesaian Platform Insurans Hartanah dan Kemalangan.

Laporan itu menamakan Peak3 (ZA Tech), Sapiens dan TCS BaNCS sebagai Peneraju dalam kedua-dua sukuan. Laporan itu juga menamakan Duck Creek, FINEOS, Guidewire, Infosys McCamish, IXT, Sinosoft dan SSP, masing-masing sebagai Peneraju dalam satu sukuan.

Selain itu, KGiSL dinamakan sebagai Bintang yang Sedang Meningkat Naik (Rising Star) — syarikat dengan “portfolio yang memberangsangkan” dan “potensi masa depan yang tinggi” mengikut takrifan ISG — dalam kedua-dua sukuan dan iNube dinamakan sebagai Bintang yang Sedang Meningkat Naik (Rising Star) dalam satu sukuan.

Laporan Penyelesaian Platform Insurans ISG Provider Lens™ 2024 untuk Asia Pasifik tersedia kepada pelanggan atau bagi pembelian sekali sahaja di laman web ini.

Maklumat Tentang Penyelidikan ISG Provider Lens

Siri penyelidikan Sukuan ISG Provider Lens™ ialah satu-satunya penilaian penyedia perkhidmatan seumpamanya yang menggabungkan penyelidikan empirikal, serta dipacu data dan analisis pasaran dengan pengalaman dunia sebenar dan pemerhatian pasukan penasihat global ISG. Perusahaan akan menemui banyak data terperinci dan analisis pasaran untuk membantu membimbing pemilihan rakan kongsi penyumberan yang sesuai, manakala penasihat ISG menggunakan laporan untuk mengesahkan pengetahuan pasaran mereka sendiri dan membuat saranan kepada pelanggan perusahaan ISG. Pada masa ini, penyelidikan meliputi penyedia perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan masing-masing secara global, di seluruh Eropah, serta di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Brazil, United Kingdom, Perancis, Benelux, Jerman, Switzerland, negara Nordik, Australia dan Singapura/Malaysia, dengan pasaran tambahan akan dimasukkan pada masa akan datang. Untuk maklumat lanjut tentang penyelidikan ISG Provider Lens, sila kunjungi laman web ini.

Maklumat Tentang ISG

ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) ialah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka. Rakan kongsi perniagaan yang dipercayai kepada lebih daripada 900 pelanggan, termasuk lebih daripada 75 daripada 100 perusahaan terbaik di dunia, ISG komited untuk membantu syarikat, organisasi sektor awam dan penyedia perkhidmatan dan teknologi mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan lebih pantas. Firma tersebut pakar dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk AI dan automasi, awan dan analisis data; penasihat penyumberan; perkhidmatan tadbir urus dan risiko terurus; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; risikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi. Diasaskan pada tahun 2006 dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG mempunyai lebih daripada 1,600 profesional sedia digital yang beroperasi di lebih 20 negara—pasukan global yang terkenal dengan pemikiran berinovatif, mempengaruhi pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam, serta keupayaan penyelidikan dan analisis bertaraf dunia berdasarkan data pasaran industri yang paling menyeluruh. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.isg-one.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Pihak Media:
Will Thoretz, ISG
+1 203 517 3119
will.thoretz@isg-one.com

Julianna Sheridan, Matter Communications untuk ISG
+1 978-518-4520
isg@matternow.com
 
Sumber: Information Services Group, Inc.

No comments:

Post a Comment

MIDOCEAN ENERGY EIG AKAN MENGAMBIL ALIH KEPENTINGAN TAMBAHAN SEBANYAK 15% DALAM PERU LNG DARIPADA HUNT OIL COMPANY

Pelabur Strategik MidOcean, Aramco, akan Menyediakan Pembiayaan untuk Pelaburan WASHINGTON, 17 Sept (Bernama- BUSINESS WIRE ) --  MidOcean E...