Wednesday, July 3, 2024

HERO MOTOCORP MEMBERIKAN PENGHORMATAN KEPADA PENGASAS & PENGERUSI EMERITUS SYARIKAT, WIRA SELAMANYA, DR. BRIJMOHAN LALL MUNJAL DENGAN MOTOSIKAL EDISI PENGUMPUL - 'THE CENTENNIAL'

The Centennial (Foto: Business Wire)

 NEW DELHI, India, 3 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hero MotoCorp, pengeluar motosikal dan skuter terbesar dunia, memberikan penghormatan kepada Pengerusi Pengasas syarikat yang berwawasan, Dr. Brijmohan Lall Munjal, dengan motosikal edisi pengumpul, 'The Centennial.'


"Dr. Brijmohan Lall Munjal, iaitu bapa saya dan Pengerusi Pengasas Hero MotoCorp, telah memberikan inspirasi kepada berbilion-bilion orang di seluruh dunia. Visi beliau telah mengubah landskap industri automotif dan industri India, mewariskan kepintaran, inovasi, keberanian dan integriti. Baginya, perniagaan adalah lebih penting daripada keuntungan - ia adalah tentang manusia, secara individu dan masyarakat.

“Sebagai meraikan lengkapnya setahun kita menyambut ulang tahun yang keseratus beliau, saya berasa teruja dan berbangga untuk memperkenalkan ‘The Centennial’ - keajaiban kejuruteraan yang dicipta untuk menghormati warisannya. ‘The Centennial’ bukan sekadar sebuah motosikal yang menjadi mercu tanda tetapi adalah satu memori, yang terlakar dalam bentuk keluli dan gentian karbon. Reka bentuk, kejuruteraan dan teknologi mesin yang hebat ini semuanya melambangkan pengaruh yang tidak mungkin dilupakan Pengasas kami yang memberikan inspirasi.

"Visi inklusifnya merangkumi semua orang dalam komuniti Hero – pelanggan, pekerja, peniaga, rakan kongsi, pembekal dan pihak berkepentingan kami yang lain. Sepanjang 100 hari ini, kita meraikan seorang insan yang memulakan semuanya. Saya menjemput semua orang untuk menyertai kami memberikan penghormatan kepada Dr. Brijmohan Lall Munjal pada ulang tahun hari jadi beliau yang ke-101.”

Dr Pawan Munjal
Pengerusi Eksekutif

Hero MotoCorp

Pembentukan konsep, perekaan dan pembangunan 'The Centennial’ telah dilakukan oleh pakar global di Hero Centre for Innovation and Technology (CIT) di India dan Hero Tech Centre di Jerman (TCG). Karya agung ini menggambarkan komitmen syarikat terhadap inovasi dan kecemerlangan. Dengan hanya 100 buah unit buatan tangan yang dihasilkan dengan penuh teliti, ia merangkumi prestasi dan ketukangan premium.

Sempena ulang tahun kelahiran ke-101 Dr. Brijmohan Lall Munjal, syarikat akan melelong motosikal ini kepada pekerja, rakan sekutu, rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan. Hasil daripada sumbangan tersebut akan digunakan untuk manfaat masyarakat yang lebih besar, melambangkan nilai berterusan Pengasas untuk berkhidmat kembali kepada komuniti.

Penghantaran 'The Centennial' akan bermula pada September 2024.

Selain itu, didorong oleh komitmen syarikat terhadap keterangkuman dan kemampanan, syarikat tersebut akan meraikan 100 hari penglibatan pelanggan dan pekerja di seluruh kemudahan dan rangkaian pengedar, termasuk pasaran Global. Dalam tempoh ini, pelanggan yang membeli mana-mana motosikal atau skuter Hero akan memperoleh peluang unik untuk menerima pulangan tunai 100% bagi pembelian mereka. Tawaran ini tersedia untuk 100 buah kenderaan sahaja. Butiran lanjut boleh didapati di laman web dan platform media sosial syarikat.

Hero MotoCorp juga akan menjemput pelanggan syarikat tersebut untuk mengambil bahagian dalam kempen ‘My Hero, My Story ,  di mana mereka boleh berkongsi anekdot yang mempamerkan jalinan dan perjalanan unik mereka dengan jenama itu. Panel pakar yang terkenal daripada pelbagai latar belakang akan menilai dengan teliti penyerahan, dan penyertaan teratas akan diberi ganjaran yang menjadi idaman, ‘The Centennial.’

The Centennial

'The Centennial' terserlah dengan ketukangan yang luar biasa, penggunaan gentian karbon dan aluminium kisar serta kejuruteraan yang teliti.

Elemen tersendiri motosikal ini termasuklah pangsi ayun aluminium yang ringan untuk pengalaman menunggang yang dipertingkat dan panel badan gentian karbon yang direka bentuk terkini untuk nilai estetika yang bergaya dan keteguhan struktur. Ciri 'The Centennial' dibangunkan, dimesinkan dan disadurkan khas, termasuk hendal, pelekap hendal, pengapit tigaan dan pancang kaki set belakang.

Menyampaikan prestasi dan ketangkasan yang mengagumkan, motosikal tersebut dilengkapi dengan sistem ampaian dicas gas, kejutan mono boleh laras sepenuhnya daripada Wilbers dan ampaian hadapan terbalik 43 mm dengan pelarasan redaman.

Bunyi ekzos yang jelas dan dalam dihasilkan daripada gentian karbon dan sistem ekzos titanium berkualiti tinggi oleh Akrapovic, yang ditala khas untuk prestasi tertinggi dan disepadukan dengan lancar dengan motosikal tersebut.

Tempat duduk solo dengan penutup tempat duduk gentian karbon dan lencana bernombor edisi khas diperbuat daripada aluminium kisaran pada penutup sisi menambah keunikan dan eksklusiviti motosikal tersebut. Perincian yang dititik beratkan telah dibuktikan pada roda aloi dan enjin yang dipotong berlian serta skim cat rangka yang meningkatkan daya tarikan visual motosikal.

Dengan berat bebendul jalan serendah 158 kg, 'The Centennial' adalah sangat ringan, menawarkan tindak balas pendikit yang unggul dan prestasi pengendalian dan brek yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari - 
https://www.heromotocorp.com/en-in/the-centennial.html

Untuk maklumat lanjut tentang Hero MotoCorp:
https://www.heromotocorp.com/en-in/
https://www.facebook.com/HeroMotoCorpIndia
https://twitter.com/HeroMotoCorp
https://www.instagram.com/heromotocorp/
https://www.youtube.com/c/HeroMotoCorp
https://www.linkedin.com/company/heromotocorp/mycompany/

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54089291/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Maklumat Perhubungan

Perhubungan Akhbar
corporate.communication@heromotocorp.com
 
Sumber: Hero MotoCorp

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...