Friday, July 19, 2024

USAHAWAN WANITA GERAKWANIS & NEGARAWATI BAKAL DIPERKASA DENGAN ILMU DAN STRATEGI TERBUKTI RICHWORKS

 

Radz bersama Bibi menukar memorandum perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara RichWorks dan Gerakwanis serta Negarawati sambil disaksikan Hafiz dan Hariyati di pejabat RichWorks, semalam.

SHAH ALAM 18 Julai (Bernama) -- Usahawan wanita yang menganggotai dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat berpeluang mendapatkan latihan khusus daripada syarikat peneraju bimbingan dan latihan keusahawanan di negara, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) hasil kolaborasi strategik yang dimeterai semalam.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd., kolaborasi tersebut dimeterai bersama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis) dan Pertubuhan Negarawati Tanahair (Negarawati) yang mempunyai keahlian di seluruh negara.

Katanya, mereka ini terdiri daripada wanita bekerjaya, berbisnes, suri rumah bahkan ibu tunggal di seluruh negara.

"RichWorks yang diasaskan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak 16 tahun lalu sentiasa terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak yang serius nak dibantu. 

"Kolaborasi ini bukannya baru bagi kami, di mana sepertimana diketahui RichWorks juga ada jalinkan kerjasama untuk melahirkan 'usahawan jutawan desa' bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J) sebelum ini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Bimbingan dan Mentoran RichWorks, Hafiz Jasmi dan Pengerusi Gerakwanis dan Negarawati, Hajah Bibi Sunita Sakandar Khan.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara RichWorks diwakili Radz dan disaksikan Hafiz bersama Gerakwanis dan Negarawati diwakili Bibi dan disaksikan Ketua Biro Keusahawanan & Ekonomi Negarawati, Hariyati Ismail dan Ketua Biro Pengurusan Program & Aktiviti Gerakwanis, Halimah Halim. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18333

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...