Thursday, July 4, 2024

SALURAN PAIP EIG PEARL MELENGKAPKAN ~$11 BILION PROGRAM PEMBIAYAAN SEMULA HUTANG KANAN

Menjadikan jumlah modal yang dilaburkan untuk kepentingan 49% dalam Aramco Oil Pipelines kepada ~$13 bilion; Menyokong FDI untuk Kerajaan Arab Saudi dengan ~65% modal yang dilaburkan dari luar Kerajaan Arab Saudi

LUXEMBOURG, 3 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG Pearl Holdings S.à r.l., syarikat induk yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, pada hari ini mengumumkan penyempurnaan program pembiayaan semula hutang kanan sebanyak ~$11.2 bilion dengan hasil digunakan untuk membayar balik jumlah yang diambil di bawah kemudahan hutang pengambilalihan yang digunakan bagi membiayai pengambilalihan kepentingan 49% dalam Syarikat Aramco Oil Pipelines (“AOPC”) pada bulan Jun 2021.

Struktur modal pro forma EIG Pearl Holdings S.à r.l. termasuk ~$11.2 bilion kemudahan bon awam bercagar dan hutang swasta kanan dengan baki hayat purata terwajar ~16 tahun dan ~$1.9 bilion ekuiti biasa yang dilaburkan pada bulan Jun 2021 bagi membiayai sebahagian daripada pengambilalihan awal.

Penyempurnaan program pembiayaan semula hutang kanan ini mengembangkan lagi penyertaan penyedia modal global dalam transaksi ini dan aset pendasar dalam Kerajaan Arab Saudi - ~$8.5 bilion atau ~65% jumlah modal yang dilaburkan datang daripada kumpulan global pelabur institusi dan pemberi pinjaman terkenal dari Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea, Emiriah Arab Bersatu dan institusi global lain.

Maklumat Tentang EIG Pearl Holdings S.à r.l.

EIG Pearl Holdings S.à r.l. memiliki 49% pegangan saham dalam AOPC, syarikat liabiliti terhad yang dianjurkan dalam Kerajaan Arab Saudi dengan hak untuk pembayaran tarif selama 25 tahun bagi minyak yang diangkut melalui rangkaian saluran paip minyak mentah Aramco yang stabil serta mengandungi semua saluran paip semasa dan pada masa hadapan dalam Kerajaan Arab Saudi. EIG Pearl Holdings S.à r.l. secara tidak langsung dimiliki sebanyak 89.45% oleh kenderaan perantara yang diuruskan dan dikawal oleh EIG Management Company, LLC dan syarikat gabungan.

Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi laman web EIG Pearl Holdings S.à r.l. di www.pearlpipelines.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18282

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...