Saturday, July 20, 2024

AV ACCESS MEMPERKENALKAN SISTEM PERSIDANGAN WAYARLES ESHARE W80 YANG MEMBAWA PEMBAHARUAN DI INFOCOMM ASIA 2024 DI THAILAND

 

Sistem Persidangan Wayarles eShare W80 4K untuk Pembentangan & Kerjasama Video, Ouput Dwi-HDMI, Berbilang Pandangan, Tiada Perisian Diperlukan (Foto: Business Wire)


BANGKOK, 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- AV Access, penyedia perkhidmatan terkemuka bagi penyelesaian Pro AV dan AV melalui IP, amat teruja untuk mengumumkan penyertaan syarikat tersebut dalam InfoComm Asia 2024, satu daripada pameran teknologi paling utama di rantau ini. Acara itu diadakan dari 17 Julai hingga 19 Julai di Pusat Konvensyen Kebangsaan Queen Sirikit di Bangkok, Thailand.

AV Access mempamerkan barisan produk terkini di Reruai J40, termasuk sistem persidangan wayarles eShare W80 yang dinanti-nantikan, stesen dok suis KVM siri iDock dan penyelesaian 4K HDMI melalui IP. Barisan pelbagai penyelesaian ini menegaskan komitmen AV Access untuk menyampaikan teknologi audiovisual canggih bagi pelbagai aplikasi.

Persidangan Wayarles Mudah dengan Hanya Satu Klik

Satu daripada sorotan pameran AV Access ialah sistem persidangan wayarles eShare W80. Sistem ini membawa pembaharuan kepada perkongsian kandungan dalam mesyuarat, membenarkan pengguna menayangkan skrin komputer mereka dengan mudah ke paparan yang lebih besar menggunakan sambungan HDMI atau secara wayarles melalui AirPlay, Miracast, atau dongel eShare D20. Tidak seperti Barco Clickshare, eShare W80 ialah penyelesaian pasang dan pakai yang sebenar, menghapuskan keperluan untuk perisian atau pemacu dan memastikan pengalaman pengguna yang lancar dari awal hingga akhir.

"Dongel USB-C eShare D20 ialah peranti BYOM (Bawa Mesyuarat Anda Sendiri - Bring Your Own Meeting) yang luar biasa. Hanya sambungkan ke komputer riba anda, tekan butang paparan dan kongsi skrin anda secara wayarles dengan serta-merta. Antara ciri luar biasa ialah anda juga boleh mengawal peranti USB 3.0 secara wayarles menggunakan butang persidangan dongel sebaik sahaja kedua-dua disambungkan ke eShare W80," kata Bill Liao, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) AV Access.

Selain itu, eShare W80 boleh berfungsi dengan kamera web siri BizEye dan bar video/fon pembesar suara siri AnyCo AV Access, atau peranti USB 3.0 pihak ketiga daripada jenama lain, yang memastikan perniagaan dapat memanfaatkan pelaburan AV sedia ada masing-masing.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18340

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...