Friday, July 19, 2024

XSOLLA MELANCARKAN AKSES SEGERA KEPADA PENYELESAIAN TERAS SYARIKAT: JUALAN PERMAINAN (GAME SALES), PELANCAR (LAUNCHER), DAN PERMAINAN AWAN (CLOUD GAMING), UNTUK MENYEDIAKAN AKSES PANTAS KEPADA PEMBANGUN PERMAINAN UNTUK MENJANA PENDAPATAN

(Grafik: Xsolla)

Menyediakan Integrasi Lancar kepada Pembangun Permainan untuk Menjana Pendapatan Segera

LOS ANGELES, 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, sebuah syarikat perdagangan permainan video global, mengumumkan pelancaran Jualan Permainan Segera (Instant Game Sales), Pelancar Segera (Instant Launcher), dan Permainan Awan Segera (Instant Cloud Gaming) Xsolla berikutan pelancaran Kedai Web Segera (Instant Web Shop) pada bulan Mac 2024.

Pembangun telah menyuarakan cabaran utama mereka kepada kami—peruntukan sumber adalah penting, namun ramai pembangun menghadapi kesukaran untuk melancarkan permainan dan tawaran mereka dengan cepat. Untuk menghadapi kesukaran ini, pendekatan kami yang diperkemas memudahkan integrasi lancar dan menyediakan alat segera kepada pelbagai saiz pembangun untuk membuka aliran pendapatan baharu bagi permainan mereka. Xsolla bekerjasama dengan pelbagai saiz pembangun dan studio permainan, menawarkan proses pantas untuk menandatangani perjanjian lesen, mengintegrasikan penyelesaian, dan menjana pendapatan segera, mempercepat masa pasaran bersasar dengan penyelesaian terus kepada pengguna.

David Stelzer, Presiden Xsolla, mengulas: “Siri Penyelesaian Segera Xsolla membolehkan pembangun melancarkan saluran pengewangan baharu untuk permainan mereka dengan cepat dan mudah, menarik perhatian audiens berbayar yang baharu, dan meningkatkan pendapatan dengan memanfaatkan siri penyelesaian Xsolla yang komprehensif. Kami berhasrat untuk membantu pembangun membuka peluang pendapatan yang baharu sambil mengurangkan masa ke pasaran kepada satu hari, sama seperti apa yang kami lakukan ketika pelancaran Kedai Web Segera (Instant Web Shop) awal tahun ini.”

Kedai Web Segera (Instant Web Shop)

Kedai Web Segera (Instant Web Shop) membolehkan pembangun permainan menyediakan kedai dalam talian yang lengkap untuk permainan mudah alih mereka dengan pantas, mengubah pautan ringkas menjadi platform penjana pendapatan dengan lancar. Penyelesaian ini meningkatkan kesedaran tentang kelebihan pembelian dalam talian dan memudahkan peralihan lancar kepada sistem pengewangan LiveOps yang mantap, meningkatkan penglibatan pengguna dan memaksimumkan aliran pendapatan. Kedai Web Segera (Instant Web Shop) juga membantu pembangun permainan menjana lebih banyak nilai dan pembelian melalui personalisasi, tawaran masa terhad, promosi, dan pautan khusus.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Kedai Web Segera (Instant Web Shop) Xsolla atau untuk mendaftar, layari: xsolla.pro/ws1

Jualan Permainan Segera (Instant Game Sales)

Jualan Permainan Segera (Instant Game Sales) membolehkan pembangun mencipta halaman kedai dan memulakan jualan terus kepada pengguna dengan mengimport kandungan terus daripada Steam dan Epic Game Store. Pembangun boleh mengintegrasikan tawaran ini ke dalam halaman Jualan Permainan (Game Sales) mereka melalui Jualan Permainan Segera (Instant Game Sales) ini. Jualan utama permainan segera dapat dimudahkan semasa fasa pratempahan dan prapelancaran, pelancaran permainan, dan promosi bermusim dengan Jualan Permainan Segera (Instant Game Sales) ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Jualan Permainan Segera (Instant Game Sales) Xsolla atau untuk mendaftar, layari: xsolla.pro/gs1

Pelancar Segera (Instant Launcher)

Pelancar Segera (Instant Launcher) menerima kemas kini penting untuk meningkatkan sistem penghantaran kandungan. Pembangun boleh mengimport kandungan terus daripada Steam dan Epic Game Store untuk mengakses aplikasi pelancar yang telah direka dengan reka bentuk, butiran, dan aset yang telah dicipta untuk membolehkan pengedaran permainan mereka terus kepada pengguna dengan segera. Pelancar Segera (Instant Launcher) memberikan manfaat kepada mana-mana peringkat pelancaran permainan, menyokong percubaan semasa prapelancaran, pelancaran akan datang, dan pengewangan permainan yang selanjutnya. Dengan Pelancar (Launcher), pembangun boleh berhubung terus bersama-sama audiens mereka dengan mudah sambil menjalankan promosi silang permainan mereka dalam satu hab permainan, mengurangkan kos purata bagi setiap bakal pelanggan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pelancar Segera (Instant Launcher) Xsolla atau untuk mendaftar, layari: xsolla.pro/launcher1

Permainan Awan Segera (Instant Cloud Gaming) Xsolla

Permainan Awan Segera (Instant Cloud Gaming) menawarkan penyelesaian sendiri untuk pengedaran permainan yang lancar dengan melancarkan platform permainan awan berjenama dengan cepat dalam masa sesingkat 30 minit hingga 24 jam. Permainan Awan (Cloud Gaming) Xsolla membolehkan pembangun berhubung terus bersama-sama audiens mereka dengan menawarkan ujian prapelancaran, berkongsi versi awal permainan mereka dengan komuniti, dan memberikan peluang untuk membuat demonstrasi permainan terus daripada laman penambat. Penskalaan akses permainan ke mana-mana peranti memastikan akses pantas kepada aliran pendapatan baharu dan menjamin capaian kepada lebih ramai pemain di seluruh dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Permainan Awan Segera (Instant Cloud Gaming) Xsolla atau untuk mendaftar, layari: xsolla.pro/cg1

Perihal Xsolla

Xsolla ialah sebuah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alat dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa yang direka khusus untuk industri ini. Sejak penubuhan syarikat pada tahun 2005, Xsolla telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan daripada pelbagai saiz untuk membiayai, memasarkan, melancarkan, dan mengewangkan permainan mereka di seluruh dunia dan dalam pelbagai platform. Sebagai peneraju inovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla adalah untuk menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran global, pemasaran, dan pengewangan bagi membantu rakan kongsi kami mencapai lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak pendapatan, dan membina hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Xsolla mempunyai ibu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, serta mempunyai pejabat di Montreal, London, Berlin, Beijing, Guangzhou, Seoul, Tokyo, Kuala Lumpur, Raleigh, dan bandar-bandar lain di seluruh dunia, Xsolla menyokong syarikat permainan utama seperti Valve, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo, dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan dan mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari: xsolla.com

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54095036/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Maklumat Hubungan
Derrick Stembridge
Pengarah Perhubungan Awam Global, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com
 
Sumber: Xsolla

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...