Wednesday, July 17, 2024

BLS INTERNATIONAL HOLDING ANONIM ŞIRKETI (TURKI) BERJAYA MENYEMPURNAKAN PENGAMBILALIHAN 100% KEPENTINGAN DALAM IDATA

NEW DELHI, 15 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- BLS International Services Limited, rakan kongsi perkhidmatan terkemuka yang menggunakan teknologi global untuk kerajaan dan rakyat, mengumumkan kejayaan menyempurnakan pengambilalihan 100% kepentingan dalam iDATA dan anak syarikat milik penuh, melalui BLS International FZE (Anak Syarikat BLS - WoS of BLS) dan BLS International Holding Anonim Şirketi (Anak Syarikat BLS International FZE - WoS of BLS International FZE).

iDATA yang berpangkalan di Turki, penyedia perkhidmatan visa terkemuka dengan 37+ VAC di 15+ negara, berkhidmat untuk Jerman, Itali dan Republik Czech. BLS mengambil alih iDATA dengan jumlah sebanyak ~Euro 80 Juta. Pada tahun 2023, iDATA melaporkan hasil berjumlah ~Euro 27.3 Juta dan EBITDA ~Euro 16 Juta.

Pengambilalihan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan keseluruhan BLS sebagai satu daripada pemain antarabangsa terkemuka dalam perkhidmatan Visa dan Konsular. Perjanjian dan pejabat sedia ada iDATA akan diselaraskan dengan rangkaian BLS di 66 negara di seluruh dunia, membolehkan BLS memberikan perkhidmatan kepada lebih banyak Kerajaan Pelanggan di Eropah. Transaksi akan menambah nilai EPS (Perolehan sesaham) kepada BLS dengan serta-merta. 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...