Menurut laporan separuh pertama tahun 2023 Yili yang dikeluarkan pada 28 Ogos, jumlah pendapatan operasi syarikat itu meningkat sebanyak 4.31% tahun ke tahun kepada 66.197 bilion yuan dan keuntungan bersih mereka berkembang sebanyak 2.85% kepada 6.314 bilion yuan pada separuh pertama tahun 2023, dengan mencatatkan rekod baharu di dalam industri tenusu Asia. Yili juga merupakan satu-satunya syarikat tenusu China yang telah mendapat slot di dalam kedudukan teratas bagi syarikat tenusu di seluruh dunia. Dalam laporan 20 Teratas bagi Tenusu Global 2023 Rabobank yang diterbitkan pada 29 Ogos, Yili kekal di antara 5 teratas untuk tahun keempat berturut-turut, masih merupakan satu-satunya syarikat China yang berada di dalam kedudukan 5 teratas. Satu daripada kekuatan Yili terletak pada struktur perniagaan mereka yang seimbang ketika ia menerajui industri itu di dalam setiap kategori. Dalam tempoh pelaporan itu, perniagaan susu cair syarikat itu telah mencatatkan hasil operasi sebanyak 42.423 bilion yuan, nombor satu di dalam industri itu dari segi skala dan bahagian pasaran; perniagaan susu tepung dan produk tenusu memperoleh 13.521 bilion yuan dalam hasil operasi, meningkat 12.01%, menerajui keseluruhan industri di dalam sebuah pasaran yang suram; ais krim mencapai hasil operasi sebanyak 9.158 bilion yuan, meningkat 25.54%, satu kadar pertumbuhan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan purata industri itu dan bahagian atas di dalam segmen pasaran dari segi skala dan bahagian pasaran. Di pasaran luar negara, Yili telah meningkatkan rangkaian bekalan global mereka yang memacukan pengembangan jualan. Dalam tempoh pelaporan itu, perniagaan antarabangsa Yili terus mencatatkan pertumbuhan dua digit dalam hasil operasi, dengan mencapai peningkatan sebanyak 19.9%. Perlu diberikan perhatian bahawa Yili, sebagai sebuah peneraju perindustrian, telah berpegang teguh kepada usaha mereka untuk pembangunan mapan di samping hasil perniagaan yang lebih baik, berusaha untuk sebuah integrasi nilai komersial dan nilai sosial yang cemerlang. Dalam penarafan ESG terbaharunya, Morgan Stanley memberikan Yili dengan penarafan A, yang tertinggi di kalangan semua syarikat tenusu China yang disenaraikan di pasaran saham A. Keputusan ini daripada MSCI, sebuah agensi penarafan ESG terkemuka di dunia, menjelaskan, sekali lagi, pengiktirafan di atas usaha Yili selama bertahun-tahun di dalam ESG. Dengan mematuhi strategi pembangunan mapan mereka selama bertahun-tahun, Yili telah mempelopori banyak amalan baik di dalam ESG. Dalam mengejar pembangunan hijau dan karbon rendah, Yili telah mengeluarkan pelan hala tuju pertama ke arah matlamat "dwi karbon" di dalam industri tenusu China, dengan mencapai puncak karbon pada tahun 2012, dan komited untuk mencapai keneutralan karbon di sepanjang keseluruhan rantaian industri menjelang tahun 2050. Ia telah juga menyampaikan kilang karbon sifar bersih pertama dan sejumlah produk karbon sifar bersih, yang pertama seumpamanya, di dalam industri makanan China. Sebagai sebuah peneraju industri, Yili telah komited kepada kerjasama, inovasi, pendigitalan dan pembangunan hijau. Ia menyokong rakan kongsi rantaian industri huluan dan hiliran dengan teknologi, pembiayaan dan banyak cara lain melalui beberapa mekanisme yang berasaskan insentif, supaya sambil meletakkan asas yang kukuh untuk industri tenusu, Yili dan rakan kongsi mereka boleh memanfaatkan kelebihan masing-masing untuk mencapai sinergi terbesar yang mungkin merentasi rantaian industri itu. Ke arah masa depan itu, Yili, meneruskan Visi Baharu mereka untuk Penciptaan Nilai, akan berganding bahu dengan rakan kongsi global, terutamanya rakan kongsi di sepanjang rantaian industri itu, untuk mencipta nilai, berkongsi faedah dan bergerak lebih pantas ke arah matlamat menjadi penyedia makanan sihat global yang paling dipercayai. Sumber: Kumpulan Yili http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17421 |
Tuesday, September 5, 2023
YILI MENCAPAI PERTUMBUHAN DALAM HASIL OPERASI DAN KEUNTUNGAN BERSIH PADA SEPARUH PERTAMA 2023
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment