Saturday, September 23, 2023

YILI MEMENANGI ANUGERAH ODYSSEY 2023 UNTUK "FILEM KELESTARIAN KORPORAT TERBAIK" DI CAMBRIDGE

 

Keghairahan untuk sebuah Masa Depan Lestari



CAMBRIDGE, 21 Sept., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

 
"Passion for a Sustainable Future" atau “Keghairahan untuk sebuah Masa Depan Lestari”, sebuah filem pendek yang diterbitkan bersama oleh Kumpulan Yili dan The Economist Group di United Kingdom, telah diiktiraf sebagai "Filem Kelestarian Korporat Terbaik" di Odyssey 2023 di Cambridge, satu pengiktirafan bagi komitmen gergasi tenusu Asia itu terhadap kelestarian global.
 
Kini dalam edisi ke-3 mereka, festival filem Odyssey itu meraikan "Kelestarian Global" sebagai tema utama mereka pada tahun ini, satu tindak balas kepada 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
 
Dengan mengintegrasikan kelestarian ke dalam budaya korporat mereka, Yili mempertahankan satu falsafah pembangunan yang menekankan kepentingan pembangunan hijau, kerjasama yang menguntungkan semua pihak dan kemakmuran bersama.
 
Seawal tahun 2007, Yili telah mendahului di dalam mengemukakan "kepimpinan hijau" pada tahun 2007, yang kemudiannya dinaik taraf sebagai strategi "rantaian industri hijau" pada tahun 2009. Strategi tersebut menetapkan bahawa Yili harus bekerjasama dengan pembekal mereka untuk mengurangkan pelepasan karbon merentasi rantaian nilai di dalam formulasi standard, pembinaan platform dan pemupukan bakat.
 
Pada tahun 2010, Yili menerajui sektor makanan China dalam melancarkan satu penilaian inventori karbon korporat. Selepas berusaha selama 13 tahun, Yili telah merealisasikan pengeluaran hijau pada sepanjang kitaran hayat produk mereka, dan telah mewujudkan sebuah sistem perakaunan data yang komprehensif untuk tenaga dan perlindungan alam sekitar. Selain membina "kilang karbon sifar bersih" yang pertama di dalam industri makanan China, Yili juga melancarkan siri produk sifar bersih yang pertama di China, dengan meliputi susu, yogurt, susu tepung organik dan aiskrim. Syarikat itu juga menjadi perintis di dalam sektor makanan China sebagai satu daripada syarikat pertama yang memperkenalkan matlamat pengurangan karbon mereka dan komitmen untuk mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2050 merentasi rantaian industri itu.
 
Dengan mematuhi prinsip altruisme dan mewujudkan kesan positif jangka panjang, Yili mengumpulkan pelbagai sumber untuk mewujudkan sebuah ekosistem kesihatan global dan mempromosikan kemakmuran bersama, dalam proses menjana nilai perniagaan dan nilai sosial.
 
Pada tahun 2021, Yili telah menghasilkan "Visi Baharu untuk Penciptaan Nilai", yang bertujuan untuk mencipta nilai bagi pemegang kepentingan utama termasuk rakan kongsi perniagaan, pengguna, pekerja dan masyarakat. Di bawah strategi ini, Yili telah melancarkan Perikatan Karbon Sifar Bersih, dan menyediakan satu sistem penjagaan pekerja yang komprehensif. Selain itu, ia juga membantu berjuta-juta petani tenusu dan pengembala daripada cengkaman kemiskinan, dan melancarkan program kebajikan awam seperti "Bahtera Yili", "Pemakanan Yili 2030" dan "Inisiatif Tanah Air Yili" untuk memberi kembali kepada masyarakat pada asas jangka panjang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17486

No comments:

Post a Comment

ASIA PASIFIK PERLU MENGEMBANGKAN TEKNOLOGI RENDAH KARBON DENGAN PANTAS BAGI MENGURANGKAN PELEPASAN KARBON: BLACK & VEATCH

  Di Future Energy Asia, peneraju kejuruteraan, pembinaan dan perundingan global akan mencadangkan kepelbagaian amalan terbaik antarabangsa ...