Saturday, September 23, 2023

SC VENTURES LANCARKAN TEKNOLOGI KEWANGAN AUDAX BAGI MEMBANTU INSTITUSI KEWANGAN PERCEPAT KEBOLEHAN PERBANKAN DIGITAL

  • audax direka bentuk untuk membantu bank bertanding dalam era digital dan mendapatkan model perniagaan digital baharu sambil melengkapi sistem teras sedia ada
  • audax ialah platform perbankan digital yang menguasakan bank global pertama yang menawarkan Perbankan sebagai Perkhidmatan (BaaS) di Asia
  • Pelancaran ini adalah selepas pengkomersialan berjaya audax dalam penawaran Baas untuk Standard Chartered bersama platform all-commerce (menjangkau seluruh saluran) terkemuka Indonesia, Bukalapak
SINGAPURA, 22 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SC Ventures, Inovasi Standard Chartered, pelaburan teknologi kewangan dan cabang teroka, lancarkan Teknologi Kewangan audax (“audax”), sebuah pembekal penyelesaian teknologi perbankan digital. Pembekal penyelesaian ini direka bentuk untuk memperkasakan bank dan institusi kewangan bagi mempercepat transformasi digital mereka, menyampaikan model perniagaan baharu, memenuhi segmen pelanggan baharu dan memperolehi aliran pendapatan baharu.

Menjelang 2030¹, pasaran niaga-ke-niaga ke mana-mana pengguna akhir (B2B2X) adalah dijangka untuk mencapai USD440 bilion dalam pendapatan tahunan yang didorong oleh kemajuan dalam infrastruktur kewangan, perbankan digital dan ruang kewangan dibenam. audax akan memainkan peranan dalam pasaran pertumbuhan ini dengan membantu bank penyandang dalam dua kes kegunaan berlainan: Perbankan Digital dan Perbankan sebagai Perkhidmatan (BaaS).

audax menyediakan platform perbankan digital menyeluruh dengan kebolehan bermodul yang direka bentuk untuk mengendalikan jutaan data pengguna dengan cekap secara serentak. Penyelesaian pasang dan main audax yang berkhidmat untuk seluruh kitaran hidup klien — daripada antara muka klien dan pelanggan ke deposit dan peminjaman produk sehingga perkhidmatan klien dan pelaporan data. Dibina untuk melengkapi sistem teras bank penyandang,teknologi agnostik infrastruktur audax juga membolehkan bank untuk mendapatkan transformasi digital moden tanpa memerlukan migrasi atau pembangunan dalaman yang memakan kos dan masa.

Sebelum pelancaran, Standard Chartered nexus ("SC nexus") audax yang dikuasakan penyelesaian, sebuah Perbankan sebagai Perkhidmatan (BaaS) berlabel putih pasang dan main yang ditawarkan untuk pemain ekosistem besar. Melalui SC nexus, Bank Standard Chartered ialah bank global pertama untuk menyediakan BaaS di Asia. Perkongsian berjaya termasuk Bukalapak, sebuah platform all-commerce Indonesia. Menggunakan teknologi audax, Standard Chartered nexus membolehkan BukaTabungan untuk meringkaskan perjalanan pembukaan akaun digitalnya untuk menjadi sepantas dua minit memandangkan pelanggan tidak perlu melawati cawangan fizikal atau berhubung dengan jurubank untuk melengkapkan sesebuah aplikasi. Kebolehan ini dicapai melalui atomasi maju audax dengan teknologi keselamatan yang menggunakan kecerdasan buatan, pengecaman wajah biometrik dan pengesahan E-KTP (program ID didayakan biometrik Indonesia).

Dengan platform audax, SC nexus akan membantu Sociolla, sebuah platform e-dagang kecantikan bagi menyediakan perbankan digital untuk pelanggan mereka. audax dijadualkan untuk menyokong SC nexus bersama rakan kongsi ketiganya dalam pasaran kedua yang disasarkan untuk dilancarkan pada Q4 tahun 2023.

"Penyelesaian perbankan digital audax akan membantu institusi kewangan untuk menerokai peluang yang lebih banyak," kata Alex Manson, peneraju SC Ventures. "Perkongsian berjaya antara Standard Chartered dan Bukalapak untuk melancarkan BukaTabungan ialah satu contoh yang menunjukkan sumbangan audax dalam menawarkan akses perbankan digital betul-betul tanpa kertas dan berkhidmat untuk ekosistem Bukalapak sebanyak lebih daripada 150 juta pengguna dan 20 juta pemilik perniagaan. Pada masa hadapan, audax boleh mencapai perkara yang sama untuk mana-mana institusi kewangan lain yang berminat untuk bekerjasama dengan mana-mana platform."

Mempunyai ibu pejabat di Singapura, audax bermatlamat untuk menjadi syarikat teknologi global yang berkembang sendiri. Teknologi kewangan ini fokus dalam mempercepat ekosistem teknologi bermula dengan wilayah Asia-Pasifik. Misi semasanya adalah untuk memperkasakan bank dan institusi kewangan untuk mendaki dan memodenkan dengan pantas dengan kebolehan perbankan digital audax.

Kelvin Tan, bekas Pengarah Urusan dan Ketua Global SC nexus, akan menerajui audax sebagai CEO bersama kebanyakan pasukan penyandangnya. audax akan terus berkhidmat kepada Standard Chartered dalam kapasiti komersial dengan menguasakan proposisi BaaS iaitu SC nexus untuk perkongsian semasa dan akan datang. Mempunyai pengalaman dalam persekitaran teknikal kompleks dan kawal selia dalam ekosistem sebuah bank global dan mempunyai rekod terbukti dalam memacu kejayaan klien melalui perkongsian luarannya, pasukan ini yakin dalam membantu bank penyandang mencapai hasil transformasi digital yang sama dengan berjayanya.

"Maksud audax ialah 'keberanian' – dan inilah yang mendefinisikan karakteristik pasukan yang kami bina dan perlukan untuk pencapaian yang kami ingin garap," Tan berkata. "Kami teruja untuk melangkau sempadan yang dianggap sebagai kemungkinan. audax telah menunjukkan potensi BaaS dan kebolehannya untuk mendaki saluran perniagaan digital untuk Standard Chartered yang membolehkan mereka untuk mendapatkan pelanggan baru menggunakan bank dalam satu pecahan kos tradisional perolehan pelanggan. Kami bersedia untuk mendaki bagi bank lain serta institusi kewangan secara global dan membantu semua orang mencipta nilai yang lebih baik untuk perniagaan mereka tanpa merisikokan aset sedia ada mereka."

Teknologi Kewangan audax

Teknologi Kewangan audax ialah pembekal penyelesaian perbankan digital menyeluruh yang memperkasakan bank dan institusi kewangan untuk mendaki dan memodenkan dengan pantas. Teknologi Kewangan audax telah mendayakan model perniagaan baharu dan aliran pendapatan untuk Standard Chartered di bawah proposisi SC nexus dan menjadi bank global pertama untuk menyediakan Perbankan sebagai Perkhidmatan (BaaS) di Asia.

Untuk maklumat selanjutnya, sila lawati www.audax.io dan ikuti audax di LinkedIn.

SC Ventures

SC Ventures ialah unit perniagaan yang menyediakan sebuah platform dan pemangkin untuk Standard Chartered mempromosikan inovasi, melabur dalam teknologi kewangan inovatif dan menerokai model perniagaan alternatif. SC Ventures ditubuhkan pada tahun 2018 sebagai unit perniagaan baharu yang akan menerajui inovasi digital dan melabur dalam syarikat Teknologi Kewangan. Unit ini bermatlamat untuk mendaki model perniagaan cemerlang selepas telah melancarkan lebih 30 penerokaan baharu, lebih 2,700 komuniti teknologi kewangan Bridge dan 22 portfolio syarikat dalam genggamannya.

Untuk maklumat selanjutnya, sila lawati www.scventures.io dan ikuti SC Ventures di LinkedIn.

¹Membayangkan Semula Masa Hadapan Kewangan (BCG & QED, 2023)

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17492

No comments:

Post a Comment

XSOLLA MELANTIK ZORAN VASILJEV SEBAGAI NAIB PRESIDEN GLOBAL STRATEGIC PARTNERSHIPS

  (Grafik: Xsolla) Vasiljev Membawa Pengalaman Meluas dan Kepimpinan untuk Mendorong Pengembangan Global LOS ANGELES, 26 Sept (Bernama- BUSI...