Wednesday, September 13, 2023

​H.I.G. CAPITAL MENUTUP REKOD JUMLAH SEBANYAK $5.5 BILION BAGI DANA LBO PASARAN PERTENGAHAN H.I.G. IV

 


MIAMI, 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- H.I.G. Capital (“H.I.G.”), firma pengurusan aset alternatif global yang terkemuka bersama modal di bawah pengurusan sebanyak $58 bilion, dengan sukacitanya mengumumkan penutupan Dana LBO Pasaran Pertengahan H.I.G. IV (“Dana”) Dana ditutup dengan komitmen modal agregat sebanyak $5.5 bilion, di samping pelaburan bersama akaun yang diuruskan secara berasingan sebanyak $450 juta, melebihi sasaran asal dengan ketara.


Dana akan membina rekod prestasi pasukan yang berakar umbi dengan terutamanya membuat pelaburan ekuiti kawalan dalam situasi kompleks syarikat pasaran pertengahan Amerika Syarikat dengan profil risiko/ganjaran tidak simetri dan saranan nilai yang berbeza.

Sami Mnaymneh dan Tony Tamer, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bersama H.I.G., memberikan komen: “Kami gembira dengan sokongan berterusan daripada pelabur kami, mencerminkan prestasi kukuh Pasukan Pasaran Pertengahan H.I.G. dan pendekatan pelaburan yang berbeza. Kami yakin bahawa platform unik kami akan terus membezakan kami dalam ruang ini.”

Keval Patel, Ketua H.I.G. Pasaran Pertengahan, memberikan komen: “Kami teruja untuk membina strategi pasaran pertengahan H.I.G. yang berjaya dengan dana terkini ini. Skala dan kepakaran operasi kami yang khusus kepada pasaran pertengahan terus mencipta kelebihan daya saing yang bermakna untuk kami dan membolehkan kami memacu pulangan yang ketara kepada pelabur kami tanpa mengira persekitaran makroekonomi.

Jordan Peer Griffin, Pengarah Urusan Eksekutif dan Ketua Global Pembentukan Modal, “Sokongan memberangsangkan daripada rakan kongsi terhad kami membawa kejayaan kepada kutipan dana terpohon beli berlebihan yang cukup bermakna semasa persekitaran pengumpulan dana yang sangat sukar ini. Ini merupakan bukti tahap keyakinan pelabur kami yang tinggi terhadap H.I.G., strategi pelaburan dan keupayaan kami untuk memperoleh pelaburan menarik secara konsisten dan menjana pulangan yang besar.”

Dana ini disokong oleh pangkalan pelabur H.I.G. Sejak dahulu lagi dan juga mengalu-alukan pelabur baharu di seluruh dunia, di Amerika Syarikat, Eropah, Asia, Timur Tengah dan Amerika Latin. Rakan Kongsi Terhad Dana ialah kumpulan pelabur institusi yang pelbagai dan berprestij termasuk yayasan, endowmen, pencen awam dan korporat, perunding, dana kekayaan negara dan pejabat keluarga.

Maklumat Tentang H.I.G. Capital

H.I.G. Capital ialah firma pengurusan alternatif global yang terkemuka bersama modal di bawah pengurusan sebanyak $58 bilion.* Berpangkalan di Miami dan dengan pejabat di New York, Boston, Chicago, Dallas, Los Angeles, San Francisco dan Atlanta di Amerika Syarikat, serta pejabat gabungan antarabangsa di London, Hamburg, Madrid, Milan, Paris, Bogotá, Rio de Janeiro dan São Paulo, H.I.G. pakar dalam menyediakan modal hutang dan modal ekuiti kepada syarikat pasaran pertengahan, menggunakan pendekatan fleksibel dan tertumpu secara operasi/nilai tambah:

1. Dana ekuiti H.I.G. melabur dalam pembelian seluruh pengurusan, permodalan semula dan pelupusan unit korporat bagi perniagaan pembuatan dan perkhidmatan yang menguntungkan serta berprestasi rendah.
2. Dana hutang H.I.G. melabur dalam pembiayaan hutang senior, peregangan senior dan junior kepada syarikat merentasi spektrum saiz, berdasarkan asas (permulaan langsung) utama, serta di pasaran sekunder. H.I.G. juga menguruskan BDC, WhiteHorse Finance yang didagangkan kepada awam.
3. Dana hartanah H.I.G. melabur dalam hartanah nilai tambah, yang boleh mendapat manfaat daripada amalan pengurusan aset yang ditingkatkan.
4. H.I.G. Infrastructure memberi tumpuan kepada membuat pelaburan nilai tambah dan teras tambahan dalam sektor infrastruktur.
Sejak penubuhan firma ini pada tahun 1993, H.I.G. telah melabur dalam dan mengurus lebih daripada 400 syarikat di seluruh dunia. Portfolio semasa firma itu termasuk lebih daripada 100 syarikat dengan jualan gabungan yang melebihi $52 bilion. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk laman web H.I.G. di www.higcapital.com

* Berdasarkan jumlah modal yang diperoleh oleh H.I.G. Capital dan syarikat gabungan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undangundang.

Individu untuk Dihubungi

Jordan Peer Griffin
Pengarah Urusan Eksekutif
jpeer@higcapital.com

Keval Patel
Pengarah Urusan
Ketua H.I.G. Pasaran Pertengahan
kpatel@higcapital.com
 
Sumber: H.I.G. Capital

No comments:

Post a Comment

XSOLLA MELANTIK ZORAN VASILJEV SEBAGAI NAIB PRESIDEN GLOBAL STRATEGIC PARTNERSHIPS

  (Grafik: Xsolla) Vasiljev Membawa Pengalaman Meluas dan Kepimpinan untuk Mendorong Pengembangan Global LOS ANGELES, 26 Sept (Bernama- BUSI...