Wednesday, September 27, 2023

GABUNGAN LENGKAP CONCENTRIX DAN WEBHELP, MEWUJUDKAN PENERAJU CX GLOBAL YANG PELBAGAI, BERADA DI KEDUDUKAN YANG BAIK UNTUK PERTUMBUHAN

NEWARK, Calif., 27 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Concentrix Corporation (NASDAQ: CNXC), sebuah penyedia perkhidmatan dan teknologi pengalaman pelanggan (CX) global terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memeterai gabungannya dengan Webhelp dan penyepaduan kedua-dua syarikat sedang dijalankan. Walaupun syarikat gabungan tersebut memuktamadkan nama tetapnya, mereka akan beroperasi di bawah nama dagangan Concentrix + Webhelp.


Gabungan ini seterusnya meletakkan Concentrix + Webhelp sebagai sebuah peneraju CX global, dengan penyelesaian AI generatif, keupayaan digital dan perkhidmatan bernilai tinggi yang diperkembangkan. Syarikat itu juga mengukuhkan proposisi nilai CX hujung ke hujungnya, dengan salah satu jejak global yang paling teguh dan seimbang dalam industri untuk membantu jenama terbaik dunia mengubah pengalaman pelanggan dan mencapai matlamat perniagaan mereka.

“Saya teruja untuk memulakan perjalanan baharu ini bersama-sama dan percaya bahawa dengan gabungan kekuatan kami, kami berada di kedudukan yang unik untuk mentakrifkan semula industri dan mereka, membina dan menjalankan masa depan CX untuk pelanggan kami yang hebat dan dihargai. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembawa perubahan besar kami di seluruh dunia yang telah merealisasikan perkara ini. Saya benar-benar berbesar hati untuk bekerja dengan pasukan yang pelbagai dan berbakat,” kata Chris Caldwell, Ketua Pegawai Eksekutif Concentrix + Webhelp.

Syarikat itu juga mengalu-alukan dua ahli baharu Lembaga Pengarah, Olivier Duha dan Nicolas Gheysens. Olivier merupakan seorang usahawan, dermawan, pengasas bersama dan bekas CEO Webhelp dan akan berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Lembaga. Nicolas adalah Rakan Kongsi di Groupe Bruxelles Lambert ("GBL"), pemegang saham terbesar syarikat berikutan gabungan Concentrix + Webhelp. Beliau membawa bersamanya pengalaman pelaburan dan lembaga yang luas, menyokong pertumbuhan perniagaan besar dan berjaya di seluruh Eropah.

“Kami beruntung dapat menambah set kemahiran yang begitu kukuh dengan latar belakang mendalam dalam industri pengalaman pelanggan kepada Lembaga kami. Dengan penambahan Olivier dan Nicolas, kami mengembangkan kepakaran antarabangsa kami dalam menerajui syarikat multinasional yang besar dan kompleks pada laluan kejayaan untuk pertumbuhan,” kata Kathryn Marinello, Pengerusi Lembaga Pengarah bagi Concentrix.

Gabungan ini merupakan suatu detik penting, menghimpunkan dua peneraju pasaran yang diiktiraf dengan budaya, jejak, keupayaan dan visi yang saling melengkapi untuk pertumbuhan merentasi lebih 70 buah negara. Pada waktu penutupan, urus niaga itu bernilai kira-kira $4 bilion termasuk hutang bersih.

Perihal Concentrix + Webhelp
Hai, kami merupakan sebuah penyedia penyelesaian dan teknologi pengalaman pelanggan (CX) global yang terkemuka. Kami mencipta perjalanan pelanggan yang membawa perubahan besar bagi beberapa jenama terbaik dunia dan jenama yang mengubah dunia pada hari ini. Setiap hari, kami Mereka, Membina dan Menjalankan CX yang membantu jenama berkembang di seluruh dunia dan menuju masa hadapan. Sama ada penyelesaian itu merupakan penyelesaian khusus atau keseluruhan perjalanan hujung ke hujung — kami akan menyelesaikannya. Kami adalah pemikir strategik yang mereka bentuk pengalaman penentu jenama. Pakar teknologi yang membina penyelesaian yang lebih bijak. Kami juga adalah pakar operasi yang menjalankan semuanya dan menjadikannya berfungsi dengan lancar. Kami menyediakan perkhidmatan merentas vertikal industri utama termasuk teknologi & elektronik pengguna; runcit, pelancongan & e-dagang; perbankan, perkhidmatan kewangan & insurans; penjagaan kesihatan; komunikasi & media; automotif; serta tenaga & sektor awam di lebih daripada 70 negara dan enam benua. Concentrix Corporation (NASDAQ: CNXC) beroperasi di bawah nama dagangan Concentrix + Webhelp. Lokasi: hampir di mana-mana sahaja. Layari concentrix.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Pernyataan Pelabuhan Selamat
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A bagi Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta bagi Akta Bursa Sekuriti 1934. Pernyataan prospektif termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan mengenai penyepaduan perniagaan Concentrix dan Webhelp, kekuatan dan pembezaan bagi perniagaan gabungan, kedudukan kami dalam industri dan pernyataan yang merangkumi perkataan seperti percaya, jangka, mungkin, akan, menyediakan, boleh dan sepatutnya serta ungkapan lain yang serupa. Pernyataan prospektif ini sememangnya tidak pasti dan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang cukup banyak yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan tersebut. Risiko dan ketidakpastian termasuk, antara lain: risiko yang berkaitan dengan keupayaan untuk berjaya mengintegrasikan perniagaan Concentrix dan Webhelp; keupayaan kami untuk merealisasikan penjimatan kos yang dianggarkan, sinergi atau faedah jangkaan gabungan lain, atau manfaat tersebut mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk direalisasikan daripada jangkaan; pengalihan perhatian pihak pengurusan; potensi kesan gabungan pada hubungan dengan pelanggan dan pihak ketiga yang lain; risiko yang berkaitan dengan keadaan ekonomi umum termasuk permintaan pengguna, kadar faedah, inflasi, rantai bekalan dan kesan konflik di Ukraine; serangan siber pada rangkaian dan sistem teknologi maklumat kami atau pelanggan kami; kegagalan kakitangan dan kontraktor kami untuk mematuhi kawalan dan proses kami dan pelanggan kami; ketidakupayaan untuk melindungi maklumat peribadi dan proprietari; ketidakupayaan untuk melaksanakan strategi CX digital kami; kehilangan kakitangan utama atau ketidakupayaan untuk menarik dan mengekalkan kakitangan dengan kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk perniagaan kami; peningkatan dalam kos buruh; kesan pandemik COVID-19 dan penyakit berjangkit lain, bencana alam, keadaan cuaca buruk atau krisis kesihatan awam; geopolitik, ekonomi dan risiko berkaitan iklim atau cuaca di wilayah yang mempunyai kepadatan yang ketara dalam operasi kami; ketidakupayaan untuk berjaya mengenal pasti, melengkapkan dan menyepadukan pemerolehan atau pelaburan strategik; keadaan persaingan dalam industri kami dan penyatuan pesaing kami; liabiliti cukai yang lebih tinggi daripada jangkaan; permintaan untuk penyelesaian dan teknologi CX; kebolehubahan dalam permintaan oleh pelanggan kami atau penamatan awal kontrak pelanggan kami; tahap aktiviti perniagaan pelanggan kami dan penerimaan pasaran serta prestasi produk dan perkhidmatan mereka; turun naik kadar pertukaran mata wang; kebolehkendalian perkhidmatan komunikasi dan sistem dan rangkaian teknologi maklumat kami; perubahan dalam undang-undang, peraturan atau panduan kawal selia; merosakkan reputasi kami melalui tindakan atau tidak bertindak pihak ketiga; tindakan penyiasatan atau undang-undang dan faktor lain yang terkandung dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K bagi tahun fiskal berakhir 30 November 2022 yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa serta pemfailan SEC yang berikutnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan prospektif yang hanya terpakai pada tarikh ia dibuat.

Hak cipta 2023 Concentrix Corporation
Hak cipta terpelihara. Logo Concentrix, Webhelp, Concentrix + Webhelp, Concentrix dan Webhelp serta semua nama dan slogan syarikat, produk dan perkhidmatan Concentrix yang lain merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Concentrix Corporation dan anak syarikatnya. Concentrix dan logo Concentrix Reg. A.S. Pat. & Tm. Off. dan bidang kuasa bukan A.S. yang berkenaan. Nama dan tanda lain adalah hak milik pemilik masing-masing.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5f66a659-481a-4e4e-809d-72dcadc4c2b2


Maklumat Hubungan Pelabur:
David Stein
Perhubungan Pelabur
Concentrix Corporation
+1-513-703-9306
david.stein@concentrix.com

Maklumat Hubungan Media:
Debbie Gonzalez
Pemasaran & Komunikasi
Concentrix Corporation
media@concentrix.com 

SUMBER : Concentrix Corporation

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...