eBuku baharu dilancarkan menjelang Gastech 2023 memandangkan persaingan global untuk mendapatkan bekalan LNG kekal sengit
SINGAPURA, 15 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keinginan untuk meningkatkan pengeluaran gas asli cecair (LNG) dan meningkatkan bekalan yang berpanjangan akan menjadi tema utama Gastech 2023 di Singapura ketika dunia menghadapi impak perubahan iklim yang tidak menentu dan cabaran dalam memastikan keboleharapan dan kemampanan sumber tenaga.Dalam eBuku baharunya, LNG: Menjana Masa Hadapan, Black & Veatch memerhatikan peranan yang dimainkan oleh LNG untuk masa hadapan landskap tenaga global. Buku tersebut memperincikan cara industri mesti mengukur melebihi kapasiti pengeluaran semasanya untuk mengimbangi peningkatan tahap tenaga boleh baharu di samping pertimbangan jangka pendek dan jangka panjang bagi penyelesaian tenaga bersih alternatif, termasuk hidrogen, nuklear, penyimpanan tenaga dan penangkapan karbon.
"Ekonomi global sedang berada dalam proses peralihan daripada ekonomi berasaskan karbon kepada berasaskan elektron dan molekul. Mencari campuran tenaga yang sesuai untuk keperluan jangka pendek dan perubahan jangka panjang adalah kritikal,” kata Mario Azar, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Black & Veatch.
“Gas asli cecair adalah penting untuk memacu dunia ke arah masa hadapan rendah karbon pada kadar yang lebih pantas dengan menstabilkan grid dan meningkatkan daya tahannya,” tambah Narsingh Chaudhary, Presiden, Asia Pasifik dan India, Black & Veatch.
Di seluruh negara maritim, termasuk di seluruh Asia Pasifik, permintaan LNG untuk digunakan sebagai sumber tenaga untuk penjanaan kuasa gas berskala besar semakin meningkat. LNG sebagai bahan api utama boleh merapatkan jurang antara penamatan tempoh konsesi loji janakuasa arang batu, kepesatan pembangunan loji janakuasa boleh baharu serta pengenalan sumber alternatif yang lebih bersih.
No comments:
Post a Comment