Sunday, September 3, 2023

PERSATUAN J-HOTATE AKAN MENGADAKAN PAMERAN DI EKSPO MAKANAN LAUT ASIA UNTUK MEMPERAGAKAN KEKAPIS JEPUN SEGAR BERKUALITI TINGGI KE PASARAN LUAR NEGARA




Table

Kekapis Jepun - Keseronokan Gastronomik yang Mampan (Foto: Business Wire)


SAPPORO, Jepun, 4 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bersama objektif untuk memperluas eksport kekapis Jepun, Persatuan Promosi Eksport Kekapis Jepun (iaitu “Persatuan J-HOTATE”; Pengerusi: Ichiro Nomura; Sapporo, Hokkaido) akan mengadakan pameran di Ekspo Makanan Laut Asia, bermula pada 11 September hingga 13 September di Singapura untuk memperagakan kekapis Jepun secara meluas ke pasaran Asia.

Kekapis Jepun (kami menyebut HOTATE [Hoh-Tah-Teh]) diiktiraf dengan tinggi untuk rasa, saiz dan kualiti produk tersebut. Kekapis segar boleh dinikmati sepanjang tahun oleh sebab kaedah penternakan/penuaian yang mesra alam dan teknologi canggih untuk mengekalkan kesegaran—kedua-duanya unik kepada Jepun. Terutamanya di Hokkaido, Aomori, Iwate dan Miyagi, tempat kekapis dihasilkan, arus laut tempatan memberikan nutrien yang sangat kaya, yang menawarkan satu daripada kawasan pendaratan kekapis terbesar di dunia.

Kekapis juga dikenali sebagai makanan laut yang sihat. Kekapis sememangnya kaya dengan nutrien seperti vitamin B1, yang berkesan dalam mengurangkan keletihan dan meningkatkan penumpuan, serta taurina, yang terkenal berupaya menambah baik fungsi jantung dan hati, serta membantu mencegah diabetes. Di samping itu, kekapis juga mempunyai protein yang tinggi dan kalori yang rendah, sesuai dijadikan makanan unggul.

Jepun adalah unik di bahagian lain di dunia kerana dekatnya kawasan perikanan dan pelabuhan membolehkan kekapis diproses dan diedarkan dengan segera selepas ditangkap dan ini sudah menjadi kebiasaan di Jepun untuk kekapis dimakan mentah. Pada masa ini, kekapis disejuk beku dengan pantas sebaik sahaja mendarat, membolehkan pengedaran ke luar negara dilakukan sambil mengekalkan kualiti yang baik.

Eksport “produk kekapis Jepun” dari Jepun ke negara lain mencapai rekod tertinggi berjumlah 94.5 bilion Yen (berat kira-kira 128,000 tan) pada tahun 2022, melebihi dua kali ganda nilai hasil eksport (lebih 1.6 kali ganda berat) berbanding tahun 2020, apabila pasaran terhenti akibat wabak COVID-19.

Table

Melalui pameran ini, kami menyasar untuk mengembangkan lagi eksport kekapis Jepun dan menyebarkan gaya tradisional orang Jepun iaitu ‘memakan dengan mentah’ bertujuan merasai nutrien kekapis yang kaya sepenuhnya. Di ruang pameran kami, ada disediakan tempat pertemuan, maklumat mengenai produk dan kawasan pengeluaran, serta pameran produk sejuk beku/bersuhu bilik dan pensampelan kekapis Jepun.

Maklumat Pameran
Nama Acara: Ekspo Makanan Laut Asia (https://www.seafoodexpo.com/asia/)
Nombor Ruang Pameran: K01
Tarikh: Hari Isnin, 11 September 2023 hingga Hari Rabu, 13 September 2023
Tempat: PUSAT EKSPO DAN KONVENSYEN SANDS (SANDS EXPO AND CONVENTION CENTRE)

Maklumat Tentang Persatuan Promosi Eksport Kekapis Jepun (“Persatuan J-HOTATE”)

Persatuan Promosi Eksport Kekapis Jepun (iaitu “Persatuan J-HOTATE”) telah ditubuhkan pada bulan Disember 2021 dengan objektif untuk memperluas eksport kekapis Jepun, yang terkenal dengan kualiti tinggi dan kelazatan yang sihat oleh akuakultur mampan. Pada masa ini, Persatuan J-HOTATE terdiri daripada 72 ahli, termasuk pengeluar (persatuan koperasi perikanan) dan pemproses yang terlibat dalam pengeksportan kekapis, selain pengedar berkaitan perikanan Jepun dan peniaga. https://j-hotate.com/

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53545494/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi

Untuk Pertanyaan Media:
Pejabat PR Persatuan J-HOTATE (Agensi Asahi)
j-hotate@asahi-ag.co.jp

Sumber: Persatuan J-HOTATE

No comments:

Post a Comment

XSOLLA MELANTIK ZORAN VASILJEV SEBAGAI NAIB PRESIDEN GLOBAL STRATEGIC PARTNERSHIPS

  (Grafik: Xsolla) Vasiljev Membawa Pengalaman Meluas dan Kepimpinan untuk Mendorong Pengembangan Global LOS ANGELES, 26 Sept (Bernama- BUSI...