Friday, August 12, 2022

STEFAN KUIJS DILANTIK SEBAGAI PENGURUS PRODUK UNTUK LNG & HIDROGEN - BELANDA - UNTUK NIKKISO CLEAN ENERGY AND INDUSTRIAL GASES GROUP EUROPE

TEMECULA, Calif., 10 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kumpulan Clean Energy & Industrial Gas ("Kumpulan") bagi Nikkiso Cryogenic Industries, sebahagian daripada kumpulan syarikat Nikkiso Co., Ltd (Jepun), berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Stefan Kuijs telah dilantik sebagai Pengurus Produk untuk LNG & Hidrogen untuk Nikkiso Integrated Cryogenic Solutions yang berkhidmat di Belanda.

Stefan, yang merupakan seorang jurutera mekanikal, menerima pendidikan dan latihan khusus dalam kejuruteraan proses dan mempunyai pengalaman lebih sepuluh tahun dalam reka bentuk, pemasangan, pentauliahan dan permulaan stesen LNG/CNG dan pemasangan bio-gas. Tanggungjawabnya juga termasuk projek Hidrogen dengan tumpuan kepada peralihan tenaga dan bahan api bersih. Beliau akan bertanggungjawab ke atas produk barisan penuh, jualan dan penyelesaian yang berkaitan dengan LNG dan Hidrogen.

"Pengalaman industri dan pasaran Stefan akan memberi manfaat besar kepada Kumpulan, sambil kami berusaha untuk membangunkan peluang di rantau ini" menurut Ole Jensen, Naib Presiden, Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Europe.

Dengan tambahan ini, Nikkiso meneruskan komitmen mereka untuk mewujudkan kehadiran global dan tempatan untuk pelanggan mereka. 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...