Monday, August 8, 2022

J.M. HUBER CORPORATION MENANDATANGANI PERJANJIAN UNTUK MEMPEROLEH BIOLCHIM GROUP DARIPADA NB RENAISSANCE, CHEQUERS CAPITAL DAN PASUKAN PENGURUSAN

ATLANTA, 9 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- J.M. Huber Corporation (Huber)—sebuah syarikat pembuatan bahan kejuruteraan khusus milik keluarga global—mengumumkan hari ini bahawa ia telah menandatangani perjanjian terikat untuk memperoleh kawalan penuh bagi Biolchim Group daripada NB Renaissance, Checkers Capital dan pasukan pengurusan Biolchim Group. Biolchim Group yang diurus dan diketuai oleh Galileo Quattro SARL mempunyai pangkalan operasi utamanya di Itali dan merupakan pengeluar dan pengedar utama bagi rangkaian penuh nutrisi tumbuhan khusus dan bioperangsang. Penutupan jualan yang dijangka berlaku pada penghujung tahun 2022 adalah tertakluk kepada syarat penutupan lazim termasuk kelulusan pelaburan langsung asing di Itali.

Semua syarikat di dalam Biolchim Group—termasuk Biolchim S.p.A, Cifo, Ilsa S.p.A, Matécsa Kft dan West Coast Marine-Bio Processing Corp.—adalah dalam skop pembelian. Biolchim Group mengendalikan lapan kilang pengeluaran di seluruh dunia dan produknya—bioperangsang, unsur surih dan baja larut air, cecair dan daun—beroperasi di lebih 70 negara di seluruh dunia. Biolchim Group mempunyai sejarah menarik selama 50 tahun berkhidmat dalam industri pertanian.

Selepas jualan ditutup, Biolchim Group akan menjadi sebahagian daripada Huber Engineered Materials (HEM), sebuah syarikat dalam portfolio perniagaan Huber. Biolchim Group akan menjadi bahagian penting untuk asas strategik unit perniagaan HEM bagi Huber AgroSolutions (HAS) yang ketika ini merangkumi Miller Chemical & Fertilizer (Miller).

Leonardo Valenti, Ketua Pegawai Eksekutif Biolchim Group sejak 2008 dan perintis dalam industri pemakanan tumbuhan, akan kekal komited untuk menerajui Biolchim Group melalui fasa pertumbuhan dan integrasi seterusnya, memanfaatkan potensi sinergi bagi gabungan strategik kedua-dua entiti.

Visi Huber AgroSolutions adalah untuk menjadi perumus terkemuka bagi produk pertanian yang mampan dan berprestasi tinggi di seluruh dunia. Pemerolehan Biolchim Group yang telah mencapai pertumbuhan yang memberangsangkan disebabkan penawaran luas produk bioperangsang dan pemakanan khusus, memajukan visi ini secara ketara dengan membawa tenaga kerja dan budaya inovatif dan keusahawanan kepada HAS. Bersama, syarikat itu berkongsi budaya yang sangat komited terhadap pemakanan tumbuhan dan kejayaan ramai pelanggannya di seluruh dunia.

J.M. HUBER CORPORATION MENANDATANGANI PERJANJIAN UNTUK MEMPEROLEH BIOLCHIM GROUP DARIPADA NB RENAISSANCE, CHEQUERS CAPITAL DAN PASUKAN PENGURUSAN

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...