Gambar01, ini adalah KV (Grafik: Business Wire)
HONG KONG, 5 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pembangun bebas Hong Kong S-GAME mengumumkan bahawa ujian Beta Tertutup kedua (CBT2) untuk rekaannya Phantom Blade: Executioners (PBEX) akan bermula pada 18 Ogos, 2022. Tetingkap pendaftaran untuk ujian ini akan bermula pada 29 Julai dan berakhir pada 11 Ogos.
Siaran akhbar ini mengandungi multimedia. Lihat siaran penuh di sini : https://www.businesswire.com/news/home/20220729005178/en/
CBT2 merangkumi komputer peribadi, Android, dan iOS (menerusi TestFlight) dengan permainan platform silang diaktifkan. Pengguna Android akan mempunyai akses kepada transaksi mikro. Kesemua matawang dalam permainan yang telah dibeli dan digunakan semasa ujian beta tertutup akan dikembalikan semula sebaik sahaja pelancaran akhir permainan ini, dengan jumlah dua kali ganda.
“Kungfupunk”, gabungan aksi kungfu, jentera steampunk, dan seni elegan yang unik.
PBEX merupakan permainan aksi yang mengutarakan fantasi noir, pertempuran yang dipacu kemahiran, dan gaya seni yang diilhamkan daripada lukisan tradisional Cina. Dalam CBT2, para pemain akan disajikan dengan empat bab cerita yang akan dibentangkan dalam lebih seratus peringkat reka bentuk yang pelbagai.
Tiga watak yang boleh dimainkan untuk gaya permainan berbeza
PBEX kini menawarkan tiga watak yang boleh dimainkan, setiap satu mewakili gaya permainan yang berbeza.
Watak paling utama adalan Soul, watak protagonis lama dalam francais Phantom Blade. Terdapat dua laluan kerjaya lanjutan yang mengutamakan ketangkasan dan kuasa padu, menambah lebih banyak pemboleh ubah kepada formula permainan.
Mu Xiaokui merupakan watak yang lincah. Di samping serangannya sendiri, beliau mempunyai dua pengawal peribadi yang bersedia untuk menyerang mengikut arahannya. Untuk laluan kerjaya lanjutan, kuasa beliau boleh diperkuat dalam bentuk kemahiran melayang di udara atau untuk pertempuran di tanah.
Manakala watak Chord, "Instrumen" Organisasi tanpa nama, yang merupakan satu-satunya watak yang boleh dimainkan dengan serangan jarak jauh dalam CBT2. Kuasanya boleh dipertingkatkan dalam dua cara, sama ada kawalan orang ramai atau diperkuatkan/penyembuhan.
Seni 2D yang gemilang dengan ketelitian tambahan.
Semua peringkat dalam PBEX kini dirombak sepenuhnya dengan 2D dinamik, iaitu lukisan skrol tradisional Cina diperkukuh dengan ketelitian fizikal. Bentuk muka bumi juga diperkaya dengan halangan alam sekitar, perangkap, harta karun tersembunyi, dan laluan bercabang untuk menggalakkan penerokaan.
Animasi dibina menggunakan pendekatan hibrid yang sama - model rangka 3D untuk mewujudkan konsistensi, dan bingkai yang dilukis tangan sepenuhnya untuk menghidupkan butiran halus. Ciri-ciri terbaik dari dua dunia disatukan dalam perpaduan organik yang lancar.
Dunia semakin musnah dan kisah diteruskan.
Cerita PBEX berpusat pada "Sha-Chi Mod", teknik kejuruteraan badan yang memberikan subjek kuasa yang luar biasa tetapi menjadikan mereka tidak stabil dari segi mental. Ia sepatutnya dilupuskan, tetapi dihidupkan kembali kerana manusia giat memburu kuasa, terutamanya di tempat seperti di Phantom World. Selepas kekasih yang mengerikan, sami kanibal, ibu yang penuh dendam, ancaman baru muncul dalam bab keempat, ‘A Failure’s Redemption’. Bersedia untuk melakukan siasatan. Lebih banyak misteri menanti.
29 Julai, ingat tarikh ini!
Daftar dan dapatkan akses penguji anda sebelum kehabisan!
[Tentang CBT2]
Tetingkap daftar: 29 Julai 12:00 – 11 Ogos 23:59 (UTC+8)
Penguji yang diperlukan: 50,000 (jumlah keseluruhan global)
◆ 40,000 untuk Android dan komputer peribadi (digabungkan)
◆ 10,000 untuk iOS (melalui TestFlight)
Laman pendaftaran: https://bit.ly/3czxwfq
Ikuti Phantom Blade: Executioners di:
Facebook: www.facebook.com/PBEXglobal/
Twitter: https://twitter.com/PBEX_global
Discord: https://discord.gg/enq353WFY4
Reddit: https://www.reddit.com/r/PBEX_Official/
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCHd2BZl5jKIck32WVjTg5Qg
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220729005178/en/
Hubungi
Delia Zhang
SGame Studio Limited
Emel: zhangting@s-game.com.cn
Telefon: +86 15801445247
Sumber : S-GAME
No comments:
Post a Comment