Monday, August 15, 2022

EXPEREO MEMPEROLEH BREEZE NETWORKS, MEMPERTINGKAT SELANJUTNYA AMALAN SD-WAN/SASE DAN KEHADIRANNYA DALAM PASARAN UK

AMSTERDAM, 15 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Expereo, sebuah penyedia penyelesaian rangkaian terurus yang terkemuka di dunia telah mengumumkan pemerolehan Breeze Networks, sebuah penyedia perkhidmatan terurus bagi teknologi SD-WAN/SASE. Pemerolehan ini mendorong usaha pertumbuhan Expereo, mempertingkat selanjutnya amalan SD-WAN/SASE Expereo, membangunkan pelbagai perkhidmatannya yang berkembang untuk mengurus penyelesaian SD-WAN pada skala yang diperlukan oleh rakan dan pelanggan perusahaan multinasional Expereo di seluruh dunia.

Pemerolehan terkini ini memantapkan cita-cita Expereo untuk melengkapi penyelesaian rangkaian terurusnya dengan amalan nasihat yang bertaraf dunia dalam memberikan panduan kepada organisasi mengenai transformasi global mereka kepada rangkaian perisian tertakrif dan berasaskan Internet. Dengan sokongan penuh pelabur majoriti, Vitruvian Partners dan pelabur minoriti, Apax Partners SAS, Expereo berniat untuk meneruskan strategi pemerolehannya.

Breeze Networks merupakan penyedia perkhidmatan terurus bagi ketersambungan rangkaian berasaskan awan (SD-WAN) dan penyelesaian keselamatan untuk perusahaan dan agensi kerajaan. Suatu pengamir rangkaian yang inovatif dan fleksibel, Breeze mendapatkan dan mengurus rangkaian SD-WAN dan penyelesaian keselamatan yang paling baik dalam pasaran.

EXPEREO MEMPEROLEH BREEZE NETWORKS, MEMPERTINGKAT SELANJUTNYA AMALAN SD-WAN/SASE DAN KEHADIRANNYA DALAM PASARAN UK

No comments:

Post a Comment

Kioxia Memperkenalkan Peranti Memori Kilat Terbenam QLC UFS 4.1 untuk Storan Mudah Alih Berkapasiti Tinggi

  Peranti Memori Kilat Terbenam QLC UFS 4.1 Teknologi BiCS FLASH™ Generasi ke-8 Menawarkan Peningkatan Prestasi dan Kecekapan   TOKYO, 30 Ja...