Thursday, August 25, 2022

MAJORITI PKS KURANG MEMANFAAT KAEDAH BARU RAIH DANA, "PROJECT TREE MASTERCLASS" SASAR TAWAR DANA RM200 JUTA KEPADA PKS BERKELAYAKAN

 

Kapsyen: Speaker Masterclass, Personaliti TV Terkenal, Suhaimi Sulaiman

· Kebanyakan PKS bumiputera masih kurang pendedahan terhadap kaedah baharu meraih dana seliaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
· Syarikat PKS juga tidak bersedia untuk meningkatkan kapasiti dan bersaing bagi memperoleh dana-dana bukan konvensional yang disediakan.
· Project Tree sasar RM200 juta dana boleh ditawarkan kepada peserta “Project Tree Masterclass” melalui kerjasama rakan strategik

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Usahawan tempatan terutamanya usahawan Bumiputera boleh memanfaatkan dana menerusi pelbagai saluran dana ekuiti atau pinjaman yang sah di sisi undang-undang, bertujuan untuk melonjakkan potensi perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
 
Pengarah Eksekutif Laughing Tree Sdn Bhd,  Shamsul Qamar bin Abd Rani bagaimanapun berkata kebanyakan PKS , terutamanya di kalangan bumiputera masih kurang pendedahan terhadap kaedah baharu meraih dana seperti Pendanaan Awam ekuiti, pembiayaan rakan sebaya (P2P), dan terkini Tawaran Tukaran Permulaan (IEO) yang diselia di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Rata-rata PKS bumiputera masih bergantung kepada pinjaman dari institusi kewangan atau geran kerajaan bagi mengembangkan perniagaan mereka.
 
"Sebenarnya banyak PKS Bumiputera yang sangat berpotensi untuk berkembang malah ke peringkat global tetapi oleh kerana tidak cukup dana mereka tidak mahu berkembang. Sedangkan terdapat dana yang besar untuk membiayai pertumbuhan PKS-PKS tersebut menerusi pelbagai kaedah, tetapi malangnya tidak banyak PKS tempatan yang ada akses kepada dana-dana sedemikian," jelas beliau.

Selain pendedahan, syarikat PKS juga tidak bersedia untuk meningkatkan kapasiti dan bersaing bagi memperoleh dana-dana bukan konvensional yang disediakan.

Untuk itu pihaknya sedang menggerakkan program yang menghimpunkan pelabur, modal teroka, institusi kewangan, agensi dana kerajaan dan operator pasaran terkawal untuk memberi pemahaman yang komprehensif terhadap dana-dana yang tersedia di bawah kendalian mereka.

"Oleh itu kami akan menganjurkan sebuah program dinamakan "Project Tree Masterclass" yang akan berlangsung dari 12 ke 13 September 2022 dengan mensasarkan penyertaan pemilik perniagaan yang memerlukan dana untuk mengembangkan perniagaan mereka."

Personaliti TV terkenal, Suhaimi Sulaiman, Pengasas pitchIN, Sam Shafie, Pengarah Urusan Ficus Capital, Rina Neoh, CEO MicroLeap Tunku Danny Mudzaffar dan pengasas Broku, Ku Addy Fazly adalah antara speaker Masterclass yang akan menerangkan tentang proses dunia perniagaan, kewangan, pemasaran dan pelaburan dalam sesi dua hari itu.

"Project Tree Masterclass" merupakan kesinambungan usaha yang dilakukan pihak Laughing Tree Sdn Bhd untuk membantu usahawan PKS yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk mengembangkan perniagaan mereka ketika ketidaktentuan ekonomi dan politik, di mana pihaknya menganjurkan sesi masterclass secara dalam talian.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=16227

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...