Saturday, August 6, 2022

OKX MENJADIKAN DAGANGAN RAKAN SETARA SELAMAT, BOLEH DIAKSES DAN BEBAS BAYARAN

 · Selain mengembangkan kaedah pembayaran untuk menjadikan Perdagangan PTP lebih mudah diakses, OKX bertindak sebagai perantara untuk menawarkan pengurusan risiko kepada pedagang

· OKX juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk Perdagangan PTP 

VICTORIA, Seychelles, 4 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Platform mata wang kripto terkemuka dunia OKX hari ini memperkenalkan platform Perdagangan P2P (rakan setara) yang baharu dan dipertingkatkan. Perkhidmatan ini bukan sahaja membolehkan pengguna untuk berdagang dengan lancar antara satu sama lain, tetapi menyediakan perdagangan P2P yang selamat dan boleh dipercayai kepada julat pengguna yang lebih luas.

Perdagangan P2P di OKX memberi kuasa kepada pengguna untuk menjadi pasaran mereka sendiri dengan mengeluarkan "iklan" untuk berdagang antara satu sama lain dan mengawal harga yang mereka beli dan jual dengan lebih baik. Ini meliputi pengguna dalam pasaran tanpa bank yang mungkin kekurangan akses kepada infrastruktur perbankan konvensional. Platform Perdagangan P2P OKX bukan sahaja menawarkan lebih daripada 900 kaedah pembayaran dengan 40 mata wang yang berbeza, tetapi ditawarkan kepada pengguna secara percuma.

No comments:

Post a Comment

OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs Bekerjasama Membina Salah Satu Platform Pengkomputeran AI Berkuasa Tenaga Boleh Baharu Terbesar di Dunia

  OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs sedang membangunkan salah satu platform pengkomputeran AI berkuasa tenaga boleh baharu terbesar di dun...