Monday, August 15, 2022

ECLOUDVALLEY MENJALIN KERJASAMA DENGAN THE ROYAL GROUP BAGI MEMPERCEPATKAN TRANSFORMASI DIGITAL DI KEMBOJA

eCloudvalley Menjalin Kerjasama dengan The Royal Group bagi Mempercepatkan Transformasi Digital di Kemboja (Foto: Business Wires)

SINGAPURA, 15 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- eCloudvalley Digital Technology, sebuah penyedia terkemuka bagi transformasi digital di Asia, telah mengumumkan penubuhan satu usaha sama di Kemboja dengan The Royal Group. Perkongsian strategik itu bertujuan untuk mempercepatkan transformasi digital di Kemboja dan melancarkan inovasi perusahaan tempatan dengan memanfaatkan pengalaman awan eCloudvalley yang meluas dan hubungan tempatan The Royal Group yang kukuh.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220814005028/en/

Ketua Pegawai Eksekutif eCloudvalley MP Tsai berkata: “Kerjasama dengan The Royal Group itu menegaskan semula komitmen eCloudvalley untuk mempercepatkan transformasi digital global dan pelanggan kami boleh bergantung harap kepada sebuah pasukan tempatan yang menyediakan sokongan global. The Royal Group adalah konglomerat yang paling berprestij di Kemboja. eCloudvalley berbesar hati untuk bekerjasama dengan The Royal Group bagi mempercepatkan transformasi digital di Kemboja. eCloudvalley akan menyediakan latihan untuk membina sebuah pasukan teknikal tempatan dan pada masa yang sama berkongsi pengalaman awan global kami dengan pasaran tempatan. Bersama-sama dengan The Royal Group, kami percaya perkhidmatan awan itu akan memberikan dorongan kepada transformasi digital Kemboja.”

No comments:

Post a Comment

MBI SELANGOR PACU AGENDA ESG DENGAN LAPORAN KELESTARIAN PERTAMA 2024/2025

“YAB Dato’ Sri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor (tengah) bersama-sama YB Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri S...